backup og meta

Seluar Dalam Koyak Sebab Keputihan? Buat 3 Cara Mudah Ini Elak 'Panties' Berlubang!

Seluar Dalam Koyak Sebab Keputihan? Buat 3 Cara Mudah Ini Elak 'Panties' Berlubang!

“Alamak, baru sahaja beli seluar dalam baru, sudah bertompok-tompok disebabkan keputihan! Kalau dibiarkan, seluar dalam koyak pula nanti! Apa yang perlu saya lakukan? Perlukah saya pilih seluar dalam yang sesuai untuk perempuan atau yang lebih tahan terhadap keputihan?”

Bagi wanita di luar sana, jangan risau! Anda tidak perlu mencari seluar dalam yang sesuai untuk perempuan semata-mata untuk elakkan masalah seluar dalam terkoyak disebabkan keputihan.

Untuk elakkan seluar dalam terkoyak, kami ada jawapannya! Dalam artikel kali ini, kami akan terangkan mengapa keputihan menyebabkan seluar dalam koyak dan apa yang anda boleh lakukan untuk elakkannya.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.

Mengapa seluar dalam koyak dan berlubang?

seluar dalam koyak

Penat-penat sahaja beli seluar dalam yang comel. Lama-lama ia akan berlubang dan koyak disebabkan masalah keputihan. Namun, pernahkah anda terfikir, mengapa seluar dalam koyak akibat keputihan?

Pertama sekali, jangan terkejut jika anda mengalami masalah ini. Relaks… Ramai wanita turut alami masalah yang sama!

Malah, seluar dalam terkoyak atau berlubang disebabkan keputihan merupakan sesuatu yang normal. Ia juga menunjukkan vagina anda sihat dan tidak mempunyai sebarang masalah.

Julat pH yang normal untuk vagina yang sihat adalah sekitar 3.8 hingga 4.5- pH yang sedikit berasid inilah yang menyebabkan seluar dalam anda terkoyak atau mengalami penyahwarnaan.

Kadangkala, selepas dibasuh, mungkin ada tompokan oren atau putih pada seluar dalam anda. Ini juga merupakan kesan pH keputihan pada panties anda.

Jadi, ya, keputihan anda boleh menyebabkan seluar dalam terkoyak! Vagina wanita perlukan persekitaran yang berasid untuk menampung pertumbuhan bakteria sihat. Bakteria inilah yang melindungi faraj wanita daripada sebarang penyakit.

Sekiranya keputihan anda tidak mempunyai warna yang luar biasa seperti hijau, kuning atau coklat, anda tidak perlu risau! Untuk menguji pH keputihan anda, ikuti langkah-langkah dalam artikel ini.

Baca juga:

3 cara elak seluar dalam koyak disebabkan keputihan

seluar dalam koyak

Tiada apa-apa yang boleh anda lakukan untuk elak keputihan. Lagipun, anda tidak perlu hentikannya kerana ia merupakan sejenis cecair yang dihasilkan secara semula jadi oleh badan kita.

Namun, ada cara yang anda boleh lakukan untuk mengelakkan seluar dalam anda rosak. Antaranya:

1. Rendam panties dalam air sejuk selepas guna

Selepas memakai seluar dalam, pastikan anda basuh atau rendam seluar dalam secepat mungkin. Dengan cara ini, keputihan dapat ditanggalkan sebelum ia melekat pada permukaan seluar dalam.

Anda juga boleh rendam panties dalam baldi bersama-sama pencuci baju. Kemudian, basuh seperti biasa menggunakan mesin basuh atau dengan cucian tangan.

2. Gunakan pencuci yang mempunyai enzim

seluar dalam koyak

Pencuci baju yang mempunyai enzim boleh menghilangkan kesan keputihan dan darah dengan mudah. Sebelum basuh, sapukan pencuci pada kawasan yang terjejas. Kemudian, basuh seperti biasa.

Selain itu, anda juga boleh gunakan hidrogen peroksida. Ia merupakan bahan yang boleh menanggalkan kesan degil pada baju. Pertama sekali, basuh seluar dalam dengan air sejuk. Kemudian, sapukan hidrogen peroksida pada kesan keputihan.

Jika anda ingin menggunakan sesuatu yang lebih lembut pada baju, campuran soda penaik dan lemon mungkin dapat membantu. Walau bagaimanapun, ia tidaklah sekuat pencuci yang mengandungi enzim atau hidrogen peroksida.

Oleh sebab itu, anda mungkin perlu mengaplikasikannya beberapa kali. Tetapi, pastikan anda bilas dahulu seluar dalam sebelum memasukkannya ke dalam mesin basuh.

Tip: Untuk elakkan penyahwarnaan, hindari penggunaan mesin pengering. Sidai baju di bawah cahaya matahari sekejap bagi mencegah warna pakaian mudah luntur.

3. Gunakan pantyliner untuk elak seluar dalam koyak

Penggunaan pantyliner dapat membantu menghasilkan satu ‘pemisah’ antara keputihan dan juga seluar dalam. Tidak dinafikan, penggunaan pantyliner merupakan satu solusi yang mudah untuk elak seluar dalam terkoyak disebabkan keputihan.

Walau bagaimanapun, bukan semua wanita sesuai memakai pantyliner. Ada yang akan alami kegatalan malahan jangkitan.

Keburukan memakai pantyliner:

  1. Pantyliner boleh dipakai sebelum atau selepas haid. Walau bagaimanapun, ia tidak sesuai untuk pendarahan berat.
  2. Permukaan pantyliner boleh bergesel dengan vagina dan menyebabkan kegatalan.
  3. Pantyliner yang mengandungi pewangi boleh menyebabkan iritiasi pada permukaan faraj yang sensitif.

Jika anda tidak mempunyai sebarang masalah ketika memakai pantyliner, anda boleh teruskan penggunaannya seperti biasa.

Namun, jika anda alami kegatalan, berhenti serta-merta. Pantyliner boleh menghalang peluh daripada kering. Jika tidak ditukar dengan kerap, ia boleh menyebabkan jangkitan.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Vaginal Discharge. https://my.clevelandclinic.org/health/symptoms/4719-vaginal-discharge. Accessed on November 6, 2022.
  2. Vaginal Discharge. https://www.nationwidechildrens.org/conditions/vaginal-discharge. Accessed on November 6, 2022.
  3. Vaginal discharge. https://www.nhs.uk/conditions/vaginal-discharge/. Accessed on November 6, 2022.
  4. Vaginal Discharge. https://www.sutterhealth.org/health/teens/female/vaginal-discharge. Accessed on November 6, 2022.
  5. Vaginal Discharge: What’s Normal, What’s Not. https://kidshealth.org/en/teens/vdischarge2.html. Accessed on November 6, 2022.
  6. What are Panty Liners for? Are They Good for You? https://flo.health/menstrual-cycle/lifestyle/hygiene-and-beauty/panty-liners. Accessed on November 6, 2022.

Versi Terbaru

07/12/2022

Ditulis oleh Fatin Zahra

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

Ini Ujian Untuk Tahu Masalah Keputihan Pada Wanita Normal Atau Tidak!

Ini 6 Punca Keputihan Banyak! Jaga-Jaga, Ia Mungkin Tanda Penyakit!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 07/12/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan