backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan

Segan Payudara BESAR? Jom Cuba 5 Tip Semula Jadi Ini, Confirm Boleh Kecil!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 05/10/2022

Segan Payudara BESAR? Jom Cuba 5 Tip Semula Jadi Ini, Confirm Boleh Kecil!

Anda tidak suka dengan saiz buah dada dan ingin mencari cara untuk mengecilkan payudara? Hello Doktor ada tip semula jadi yang boleh anda cuba. 

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.

Mahu mengecilkan payudara

Buah dada adalah antara organ badan yang hadir dalam pelbagai bentuk dan ukuran, tidak wujud saiz payudara yang betul mahupun salah.

Walau bagaimanapun, saiz buah dada yang besar boleh menjejaskan kehidupan harian sesetengah individu.

Ini kerana terdapat beberapa bukti yang menunjukkan saiz yang besar mempunyai kaitan dengan sakit bahu dan leher. 

Tidak kurang juga yang mahu mengecilkan payudara mereka disebabkan faktor kosmetik atau psikologi.

Faktor mempengaruhi saiz payudara

Umumnya, payudara terdiri daripada tisu adiposa dan kelenjar reseptor hormon yang melekat.

Tisu adiposa adalah tisu lemak yang mengisi payudara, sementara tisu kelenjar atau tisu payudara berfungsi dalam penghasilan susu.

Perubahan hormon dalam badan boleh menyebabkan tisu-tisu ini mengembang. Kesannya? Saiz buah dada membesar dari masa ke masa. 

Faktor lain yang boleh memberi kesan adalah seperti:

  • Genetik
  • Berat badan
  • Usia 

Jadi bagi mereka yang sedang mencari jalan untuk mengecilkan payudara, kami ada cara untuk membantu anda melakukannya secara semula jadi.

mengecilkan payudara

5 kaedah semula jadi kecilkan buah dada

Bagi mengelakkan ketidakselesaan dan memudahkan pergerakan harian, sesetengah wanita memilih untuk melakukan pembedahan mengecilkan payudara.

Walau bagaimanapun, terdapat cara yang kurang menyakitkan untuk membantu mengecilkan saiz ukuran buah dada anda.

Bahkan, ia amat mudah untuk dilakukan di rumah. 

Pun begitu, sebelum mencuba sebarang tip yang dikongsikan, sebaiknya berbincanglah dengan doktor untuk mengetahui tahap kesesuaian anda untuk melakukannya. 

#1. Diet

Seperti yang dinyatakan pada awal tadi, buah dada terdiri daripada sejumlah besar tisu adiposa atau lemak. 

Maka, kehilangan lemak badan dapat mengurangkan ukuran payudara seseorang. 

Anda boleh kehilangan lemak badan dengan menggunakan lebih banyak kalori berbanding jumlah yang dimakan serta mengamalkan diet pemakanan sihat.

Diet rendah kalori dan berkhasiat secara tidak langsung dapat membantu mengecutkan tisu pada buah dada. 

Jika anda ingin mencuba, apa kata fokuskan kepada pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran, ikan berlemak seperti salmon dan daging tanpa lemak seperti ayam panggang.

Jenis-jenis makanan ini membantu anda berasa lebih kenyang sambil menyokong penurunan berat badan yang sihat.

Pun begitu, bagi ibu yang menyusu badan mahupun wanita sedang berbadan dua, berbincanglah dengan doktor sebelum mencuba untuk mengurangkan berat, okay?

Takut nanti boleh dapat masalah kesihatan lain pula!

Mengecilkan payudara #2. Bersenam

Amalan bersenam secara teratur akan dapat membantu menurunkan lemak dada dan menguatkan otot di bawah payudara untuk mengurangkan ukurannya. 

Oleh sebab buah dada mengandungi sejumlah lemak, maka fokus kepada senaman kardio dan intensiti tinggi dapat mengurangkan berat badan dengan lebih cepat dengan mensasarkan bahagian bermasalah.

Senaman aerobik seperti menaiki tangga, berbasikal dan berjalan kaki – dapat meningkatkan metabolisme badan.

Ini sekali gus turut membantu usaha anda dalam menurunkan lemak dalam tubuh.

Manakala senaman kekuatan seperti tekan tubi akan dapat menguatkan dada dan mengubah penampilan payudara.

Senaman itu juga dapat mengencangkan dan menegangkan otot dada bagi mengecilkan payudara secara keseluruhan. 

Rajin-rajinkanlah diri untuk bersenam sekurang-kurangnya 30 minit, 4 kali seminggu, okay?

mengecilkan payudara

#3. Teh hijau

Teh hijau adalah ubat semula jadi yang dikenali dapat mengurangkan berat badan.

Minuman teh hijau ini mengandungi sejumlah antioksidan dan dapat meningkatkan metabolisme tubuh untuk membakar lemak dan kalori.

Ia sekali gus dapat mengurangkan pembentukan lemak yang akan membantu mengecilkan ukuran buah dada anda.

Amalan minum teh hijau sepanjang hari turut boleh meningkatkan tenaga. 

#4. Halia boleh bantu mengecilkan payudara

Seperti teh hijau, halia juga boleh membantu merangsang metabolisme dan membakar lemak berlebihan dalam badan secara keseluruhan. 

Walaupun ia boleh dimasukkan sebagai bahan semula jadi dalam masakan, namun pakar pemakanan mengesyorkan untuk menjadikannya sebagai minuman yang diambil 3 kali sehari.

Ia untuk mempercepatkan metabolisme dan meningkatkan kesan penurunan berat badan. 

#5. Biji rami

Sesetengah asid lemak, seperti asid lemak omega-3 diperlukan untuk fungsi otak, menurunkan tekanan darah dan mengawal hormon.

Ini penting dalam proses mengurangkan saiz payudara kerana ketidakseimbangan hormon boleh mendorong tumbesarannya. 

Malangnya, tubuh kita tidak menghasilkan nutrien yang diperlukan ini secara semula jadi. Maka anda perlu mendapatkannya melalui pengambilan makanan yang tinggi zat ini. 

Biji rami bersama ikan seperti salmon dan tuna, adalah antara pilihan makanan tinggi kandungan asid lemak omega-3. 

Ia dapat membantu mengawal tahap estrogen dan akhirnya mengecilkan ukuran buah dada anda. Ia juga terkenal untuk meningkatkan proses pencernaan tubuh

mengecilkan payudara

Kesimpulannya 

Sebelum anda melakukan sebarang tip semula jadi untuk mengurangkan ukuran buah dada, sebaiknya berbincanglah dengan doktor.

Jika perkongsian di atas tidak membantu dalam mengecilkan payudara mahupun mengurangkan rasa sakit leher dan bahu, mungkin prosedur pembedahan adalah penyelesaian terbaik yang akan disarankan doktor. 

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.



Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 05/10/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan