Pasti ramai wanita ingin mengetahui jika terdapat perkara yang boleh dilakukan bagi meningkatkan kualiti telur dan kesuburan sekali gus peluang kehamilan mereka, betul tak? Ini ada makanan untuk mematangkan sel telur wanita yang boleh anda amalkan.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.
Kenapa perlu mematangkan sel telur?
Pastinya ada yang bertanya penting ke pengambilan makanan untuk mematangkan sel telur wanita?
Berbeza dengan lelaki yang terus menjana sperma, wanita dilahirkan dengan jumlah kesemua telur (ovum) yang akan dimiliki sepanjang hidup dan ia akan berkurangan seiring peningkatan usia.
Kualiti baki telur juga akan menurun dan secara tidak langsung meningkatkan risiko masalah kesuburan dan keguguran.
Walaupun tidak boleh menambah bilangan telur yang dimiliki, tetapi anda boleh mempengaruhi kualitinya.
3-4 bulan sebelum ovulasi, sel telur – juga disebut folikel – matang dan membesar secara mendadak dalam saiznya. Tumbesaran folikel ini memerlukan nutrien dan tenaga.
Dengan memperbaiki diet dan gaya hidup dalam tempoh anggaran 90 hari sebelum ovulasi, anda boleh meningkatkan kualiti telur dan peluang kehamilan yang sihat.
9 makanan untuk mematangkan sel telur wanita
Jika anda sedang berusaha untuk hamil, menjaga pemakanan adalah perkara paling mudah tetapi penting untuk dilakukan.
1. Avokado
Merupakan antara makanan hebat yang kaya nutrisi.
Mengandungi lemak tak tepu tunggal (monounsaturated) tinggi yang membantu dalam meningkatkan kesihatan telur dan mengekalkan kesihatan reproduktif.
2. Legum & lentil
Jika badan kekurangan zat besi, ia boleh menyebabkan wujudnya masalah ovulasi.
Menambah legum dan lentil ke dalam diet adalah idea yang baik kerana ia merupakan sumber kaya zat besi, vitamin B kompleks, magnesium dan nutrien penting lain untuk kesuburan.
Antara jenis legum dan lentil adalah kacang pis, kacang soya, kacang hitam, kacang panggang serta dal.
Makanan untuk mematangkan sel telur wanita #3. Kekacang & buah kering
Kekacang dan buah kering adalah sumber protein, vitamin, mineral dan antioksidan yang hebat.
Kandungan selenium dalam kekacang berfungsi sebagai mineral yang dapat mengurangkan kerosakan kromosom telur.
Fungsi antioksidan pula untuk menghalang radikal bebas dan membolehkan pengeluaran telur yang lebih baik.
4. Biji bijan
Biji bijan tinggi kandungan zink untuk membantu pengeluaran hormon yang bertanggungjawab untuk kesihatan telur optimum. Sebagai bonus, ia juga kaya dengan lemak tak tepu tunggal.
5. Beri
Buah beri seperti raspberi, strawberi, kranberi dan beri biru padat dengan nutrisi sekali gus dianggap sebagai buah yang meningkatkan kesuburan wanita.
Ia mengandungi banyak vitamin C, folat (asid folik) dan antioksidan kuat untuk melindungi telur daripada radikal bebas serta memastikan ia kuat dan sihat.
Baca juga: