backup og meta

Kelewatan Haid

Kelewatan Haid

Kelewatan haid bukanlah sesuatu yang luar biasa bagi wanita. Ada banyak sebab haid lambat selain mengandung. Selalunya, ia berlaku disebabkan masalah hormon dan juga penyakit. Namun, ada dua ketika haid yang tidak teratur merupakan sesuatu yang normal bagi wanita – ketika mula-mula datang haid dan sewaktu menopaus bermula.

Definisi

Apa itu kelewatan haid?

Kebanyakan wanita mengalami haid antara 11 hingga 13 kali setiap tahun. Tetapi anda mungkin berbeza apabila mengalami bilangan haid terlebih atau terkurang yang dipanggil haid lambat atau tidak teratur.

Apakah kebarangkalian haid datang lambat?

Haid lewat boleh terjadi kepada mana-mana pesakit tanpa mengira usia. Masalah ini boleh diatasi dengan mengurangkan faktor risiko anda. Sila berjumpa doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Kelewatan Haid

Apakah simptom-simptom Kelewatan Haid?

Kebanyakan wanita mempunyai haid setiap 28 hari atau lebih kurang, tetapi biasa bagi wanita mempunyai kitaran haid sedikit pendek atau panjang daripada itu, antara  24 hingga 35 hari.

Sesetengah wanita tidak selalunya mempunyai kitaran haid yang teratur. Haid mereka mungkin lebih awal atau lambat, dan tempoh haid berakhir dan kuantiti darah haid juga berbeza setiap kali haid.

Mungkin terdapat beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom-simptom tersebut, sila berjumpa dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Anda harus berjumpa doktor anda jika anda mengalami sebarang masalah berikut:

  • Anda mengalami sakit pada bahagian bawah perut.
  • Anda hamil walaupun ujian mengatakan anda tidak hamil.
  • Anda terlewat dua kali tempoh haid yang teratur dan tidak tahu sebabnya.
  • Anda terlewat dua kali tempoh haid ketika mengambil pil perancang, dan anda tidak pernah gagal mengambilnya.
  • Anda tidak pernah datang haid walaupun sudah berumur 16 tahun.
  • Anda tidak mempunyai bentuk payudara atau bulu ari-ari walaupun sudah berumur 14 tahun.

Punca

Kelewatan Haid

Apakah punca kelewatan haid?

Ketika beberapa tahun pertama haid bermula, tempoh haid selalunya tidak teratur. Haid mungkin mengambil masa beberapa tahun untuk menstabilkan hormon.

Tempoh haid juga mungkin jadi tidak teratur ketika tahun-tahun terakhir haid berlaku.

Kebanyakan wanita menyedari bahawa mereka sudah mendekati perimenopaus dan menopaus apabila mereka mengalami kelewatan haid. Menopaus berlaku apabila tidak datang haid selama 12 bulan sejak haid terakhir berlaku.

Kebiasaannya haid lewat disebabkan oleh kehamilan. Gunakan ujian kehamilan di rumah sebagai langkah pertama untuk mengetahui sama ada anda hamil atau tidak.Sekiranya anda tidak hamil, punca-punca lain bagi haid lewat atau tidak teratur termasuklah:

  • Hilang atau naik berat badan secara berlebihan. Walaupun kurang berat badan adalah punca biasa bagi haid lewat atau tidak teratur, obesiti juga boleh menjadi punca masalah haid.  
  • Gangguan makanan, seperti anoreksia atau bulimia.
  • Senaman berlebihan. Selalu berlaku pada atlet daya tahan.
  • Stress emosi.
  • Sakit.
  • Melancong.
  • Ubat-ubatan seperti kaedah kawalan kelahiran.
  • Masalah hormon. Ini mungkin disebabkan perubahan paras hormon yang diperlukan oleh tubuh bagi membantu menstruasi.
  • Penyalahgunaan dadah.
  • Masalah pada organ pelvik, seperti selaput dara tidak berlubang, sindrom ovari polisistik atau Sindrom Asherman.
  • Menyusu badan.
  • Kegagalan ovari pramatang di mana haid anda berhenti sebelum umur 40 tahun. Pembedahan, kimoterapi, dan terapi radiasi pada abdomen atau pelvik boleh  menyebabkan kegagalan ovari pramatang.

Penyakit lain seperti sindrom iritasi usus, tuberkulosis, penyakit hati dan diabetes boleh menyebabkan kelewatan haid atau haid tidak teratur, walaupun hal ini jarang berlaku.

Namun jika ada sebarang penyakit ini, anda biasanya akan mengalami simptom lain selain daripada haid tidak teratur.

Jika haid lambat datang, cuba untuk bertenang. Kembalikan emosi dan fizikal yang stabil dalam hidup anda mungkin boleh membantu.

Haid lewat adalah perkara biasa untuk setiap wanita. Melainkan jika anda hamil, kitaran haid anda berpeluang untuk kembali normal pada bulan hadapan.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya?

Terdapat banyak faktor risiko untuk kelewatan haid seperti:

  • Hilang berat badan.
  • Menghadkan pemakanan.
  • Senaman yang keterlaluan.

Diagnosis dan Rawatan

Kelewatan Haid

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit didiagnosis?

Doktor akan melakukan pemeriksaan pelvik ringkas untuk mengetahui sama ada anda mempunyai sebarang sebab lain. Jika anda berumur 18 tahun dan tidak pernah datang haid, ujian yang lebih mendalam akan dilakukan.

Bagaimana pesakit dirawat?

Jika punca di sebalik haid lewat didiagnosis, rawatan bagi punca tersebut akan dilakukan. Namun begitu, jika punca haid lewat tidak dijumpai, terdapat pilihan rawatan lain seperti:

  • Diet yang sihat.
  • Vitamin dan mineral.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil?

Anda boleh mencuba beberapa tip di bawah untuk mengawal haid anda:

  • Makan diet yang seimbang.
  • Jangan merokok atau menggunakan produk tembakau yang lain.
  • Elakkan alkohol atau dadah.
  • Elakkan kafein, atau sekat pengambilan anda kepada 1 cawan kopi atau teh setiap hari.
  • Jangan cuci bekas najis kucing, bagi mengelakkan risiko toxoplasmosis.
  • Jauhi orang yang sakit.
  • Ambil vitamin tambahan yang mengandungi folik asid atau vitamin prenatal.

Jika ujian kehamilan di rumah anda negatif tetapi anda masih mengalami simptom-simptom kehamilan, lebih baik anda berjumpa doktor untuk mengesahkan perkara ini. Amalkan gaya hidup sihat sehingga anda berjumpa doktor.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Cleaveland Clinic. Why Is My Period Late? https://health.clevelandclinic.org/why-is-my-period-late/
  2. Vital Record. 9 Reasons Your Period Is Late (If You’re Not Pregnant). https://vitalrecord.tamhsc.edu/9-reasons-missed-period/
  3. NHS. Stopped or missed periods. https://www.nhs.uk/conditions/stopped-or-missed-periods/
  4. Seattle Children’s Hospital. Menstrual Period – Missed or Late. https://www.seattlechildrens.org/conditions/a-z/menstrual-period-missed-or-late/
  5. Penn Medicine. Irregular Periods: Why Is My Period Late? https://www.pennmedicine.org/updates/blogs/womens-health/2020/november/irregular-periods-why-is-my-period-late

Versi Terbaru

13/01/2022

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Nurul Iftida Basri

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Sakit Payudara Setiap Kali Selepas Haid? Punca #7 Itu Yang Paling Bahaya!

WOW! Ada Seluar Dalam Khas Untuk Wanita Yang Haid, Lebih Jimat & Mesra Alam!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Nurul Iftida Basri

Obstetrik dan ginekologi · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 13/01/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan