backup og meta

Malunya… Bau Miss V Hanyir Lepas Bersama Dengan Suami? Ini Cara Atasinya!

Malunya apabila faraj berbau hanyir atau lelehan faraj tidak normal selepas hubungan intim dengan suami, atau ketika ingin bermesra! Ini mungkin menandakan anda mengalami masalah jangkitan bakteria pada faraj yang disebabkan oleh pembiakan bakteria secara berlebihan!

Jangkitan faraj seperti vaginosis bakteria adalah masalah yang biasa dialami oleh wanita dalam usia reproduktif, di mana setiap 23% hingga 29% wanita dalam usia reproduktif di peringkat global mengalaminya1

Ketahui lebih lanjut tentang punca biasa yang menyebabkan simptom memalukan ini berlaku.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.

Apa maksud vaginosis bakteria?

Jangkitan bakteria pada faraj
Vaginosis bakteria adalah masalah biasa bagi wanita.

Jangkitan bakteria pada faraj atau vaginosis bakteria adalah jangkitan pada faraj yang berpunca akibat daripada ketidakseimbangan bakteria baik seperti Lactobacilli, dan bakteria buruk di dalam faraj2

Antara simptom-simptomnya termasuk2

  • Bau hanyir yang kuat pada faraj terutama selepas hubungan seksual
  • Keputihan cair berwarna putih, kelabu atau hijau
  • Sedikit kegatalan atau rasa tidak selesa 
  • Rasa terbakar ketika membuang air kecil

Berbeza daripada jangkitan kulat yang disebabkan kulat, vaginosis bakteria sebenarnya berpunca daripada bakteria. 

Rawatan biasa untuk vaginosis bakteria melibatkan penggunaan antibiotik oral atau topikal seperti metronidazole atau clindamycin yang disyorkan oleh doktor3.

Oleh sebab itu, amat penting untuk mengenal pasti jenis jangkitan dengan tepat agar rawatan yang sesuai dapat diberikan mengikut puncanya. 

Rawatan biasa bagi jangkitan bakteria pada faraj tidak berkesan untuk jangka panjang?

Jangkitan bakteria pada faraj
Rawatan antibiotik tidak sesuai untuk jangka panjang.

Rawatan biasa yang sering disyorkan oleh doktor bagi vaginosis bakteria adalah menerusi antibiotik oral (tablet) atau topikal seperti gel atau krim. 

Antibiotik sememangnya berkesan untuk membunuh bakteria buruk yang menyebabkan jangkitan pada faraj

Namun rawatan ini bukanlah penyelesaian yang ideal untuk jangka masa panjang. 

Menurut kajian yang diterbitkan dalam American Journal of Obstetrics and Gynecology pada tahun 2004, antibiotik boleh menyebabkan kerintangan bakteria, menjadikan jangkitan lebih sukar dirawat apabila ia terjadi kembali3

Walaupun terdapat rawatan untuk vaginosis bakteria, kaedah rawatan semasa yang menggunakan antibiotik hanya memberikan penyembuhan jangka pendek dan gagal memberikan penyelesaian jangka panjang yang konsisten bagi kebanyakan wanita. Malah, kajian ada menunjukkan, sebanyak 50-80% wanita mengalami jangkitan berulang dalam tempoh setahun selepas melengkapkan rawatan antibiotik4.

Selain itu, penggunaan antibiotik dengan kerap turut boleh menjejaskan bakteria baik yang penting untuk kesihatan faraj, seterusnya meningkatkan risiko jangkitan pada faraj berulang. 

Oleh itu, cara merawat faraj pedih yang lebih lestari perlu digunakan bagi menguruskan jangkitan ini.

Mengapa pentingnya penjagaan kesihatan intim?

Faraj merupakan kawasan intim wanita yang kaya dengan mikrobiom unik yang bertanggungjawab memastikan kesihatan dan keseimbangan faraj. 

Keadaan faraj yang sihat adalah sedikit berasid, dengan pH antara 3.8 hingga 4.55

Namun, keseimbangan ini boleh terganggu dengan mudah oleh pelbagai faktor seperti amalan cuci faraj (douching), penggunaan antibiotik, kitaran haid, perubahan hormon, aktiviti seksual, dan produk kebersihan tertentu.

Ini kerana air mani lelaki bersifat alkali, yang apabila memasuki faraj, boleh menyebabkan perubahan mendadak kepada tahap pH faraj

Ketidakseimbangan ini yang dikenali sebagai dysbiosis, memudahkan bakteria buruk membiak secara berlebihan, menyebabkan masalah seperti vaginosis bakteria. 

Jangkitan bakteria pada faraj
Antara teknik menghilangkan masalah miss v berbau.

Malah, jika keadaan ini dibiarkan tanpa rawatan atau langkah pencegahan, ia boleh membawa kepada komplikasi serius seperti penyakit radang pelvis, peningkatan risiko jangkitan penyakit kelamin dan juga komplikasi kehamilan seperti kelahiran pramatang. 

Oleh itu, adalah amat penting untuk menjaga flora faraj dan mengambil langkah pencegahan bagi mengelakkan jangkitan faraj daripada berulang.

Ini bagi mencegahnya daripada berulang agar anda dapat mengelakkan komplikasi kesihatan yang serius.

Tip mencegah vaginosis bakteria atau jangkitan bakteria pada faraj daripada berulang

Berikut adalah beberapa cara mudah untuk mencegah vaginosis bakteria atau jangkitan bakteria pada faraj:

#1. Pakai pakaian dalam yang diperbuat daripada bahan kapas

Elakkan memakai seluar dalam yang ketat dan pilih bahan yang mesra aliran udara, seperti kapas. 

Kapas membantu menyerap kelembapan dan memudahkan peredaran udara, sekali gus mengurangkan risiko pertumbuhan bakteria. 

Selain itu, pilih pakaian yang lebih longgar memandangkan seluar dan pakaian dalam yang terlalu ketat boleh memerangkap haba dan kelembapan, lalu mewujudkan persekitaran yang sesuai untuk pertumbuhan jangkitan bakteria pada kemaluan.

#2. Amalkan kebersihan intim, namun elakkan douching

Pastikan kawasan intim sentiasa bersih dan kering. 

Namun, elakkan mencuci bahagian dalam faraj (douching) kerana ini boleh mengganggu keseimbangan semula jadi faraj dan meningkatkan risiko jangkitan bakteria pada kemaluan6.

Jika anda ingin menggunakan sabun, gunakan sabun yang lembut dan tidak mengandungi pewangi. 

Ini kerana, produk dengan kandungan pewangi boleh menyebabkan iritasi pada kawasan faraj dan menyuumbang kepada ketidakseimbangan bakteria faraj. 

#3. Gunakan produk penjagaan intim yang sesuai untuk elak jangkitan bakteria pada faraj

Oleh kerana vaginosis bakteria berkaitan dengan ketidakseimbangan flora faraj, adalah penting untuk mengekalkan keseimbangan flora faraj bagi mencegah gejala berulang atau risiko jangkitan semula. 

Ini boleh dilakukan dengan memastikan tahap pH faraj berada dalam julat 3.8-4.4.

Kajian saintifik oleh O’Hanlon et al (2013), menunjukkan bahawa asid laktik secara wujud dalam faraj wanita sihat secara semula jadi yang mempunyai flora faraj yang didominasi oleh bakteria Lactobacilli7.

Oleh itu, pilih produk yang mempunyai bahan aktif seperti asid laktik yang mampu menjaga keseimbangan pH semula jadi faraj.  

Penggunaan supositori faraj yang mengandungi asid laktik dapat membantu menambah semula asid laktik di dalam faraj secara langsung, sekaligus menurunkan nilai pH faraj dengan cepat untuk mengekalkan dan memulihkan pertumbuhan bakteria asid laktik serta persekitaran faraj sihat yang kurang berasid. 

Ini dapat mengurangkan ketidakseimbangan flora faraj, melegakan ketidakselesaan, digunakan untuk penjagaan harian, mencegah vaginitis, dan mengurangkan risiko berulangnya vaginitis.

Kaedah ini membantu mencegah jangkitan dan memastikan kawasan intim kekal sihat.

Kesimpulan


Menjaga kesihatan intim bukan sahaja mengelakkan anda daripada rasa malu akibat bau hanyir, malah membantu meningkatkan keyakinan diri dan kualiti hidup anda secara keseluruhan.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Bacterial vaginosis. https://www.who.int/news-room/fact-sheets/detail/bacterial-vaginosis. Diakses pada Mac 10, 2025.
  2. Bacterial vaginosis. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/bacterial-vaginosis/symptoms-causes/syc-20352279. Diakses pada Mac 10, 2025.
  3. Beigi, R. H., Austin, M. N., Meyn, L. A., Krohn, M. A., & Hillier, S. L. (2004). Antimicrobial resistance associated with the treatment of bacterial vaginosis. American journal of obstetrics and gynecology, 191(4), 1124–1129. https://doi.org/10.1016/j.ajog.2004.05.033. Diakses pada Mac 10, 2025.
  4. Abbe, C., & Mitchell, C. M. (2023). Bacterial vaginosis: a review of approaches to treatment and prevention. Frontiers in reproductive health, 5, 1100029. https://doi.org/10.3389/frph.2023.1100029. Diakses pada Mac 10, 2025.
  5. Principles of Vaginal Microscopy, pH, and KOH Testing. https://vulvovaginaldisorders.org/microscopy/principles-of-vaginal-microscopy-ph-and-koh-testing/. Diakses pada Mac 10, 2025.
  6. Douching. https://womenshealth.gov/a-z-topics/douching. Diakses pada Mac 10, 2025.
  7. O’Hanlon, D. E., Moench, T. R., & Cone, R. A. (2013). Vaginal pH and microbicidal lactic acid when lactobacilli dominate the microbiota. PloS one, 8(11), e80074. https://doi.org/10.1371/journal.pone.0080074. Diakses pada Mac 10, 2025.

Versi Terbaru

07/04/2025

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Keputihan Bertukar Warna, Bagaimana Nak Tahu Tanda Normal @ Penyakit?

Perempuan Gemar Makan Timun Ada Banyak Keputihan: Fakta Atau Mitos?


Disemak oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group · Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Dikemas kini 07/04/2025

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan