backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

2

Tanya Doktor
Simpan

Sakit Senggugut Tapi Tak Period? 11 Perkara Ini Mungkin Puncanya

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 28/06/2023

    Sakit Senggugut Tapi Tak Period? 11 Perkara Ini Mungkin Puncanya

    Anda mengalami sakit senggugut tapi tak period? Kenapa agaknya keadaan itu terjadi ya? Dalam perkongsian artikel ini akan membongkarkan punca mengapa kekejangan perut berlaku walaupun tiada pendarahan haid. 

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.

    Mengapa sakit senggugut tapi tak period?

    Mengalami senggugut semasa kitaran haid adalah perkara biasa. Namun haid bukanlah satu-satunya sebab mengapa anda mengalami kekejangan pada bahagian perut. 

    Walaupun biasanya gejala itu bukanlah sesuatu yang membimbangkan, dalam sesetengah kes ia memerlukan perhatian perubatan. 

    Pelbagai faktor risiko boleh meningkatkan kecenderungan mengalami senggugut yang tidak berkaitan secara langsung dengan haid, seperti:

    • Merokok
    • Mempunyai kitaran haid yang lebih lama
    • Sejarah aliran haid tidak teratur
    • Kegelisahan atau kemurungan

    Punca sakit senggugut tapi tak period

    Terdapat banyak sebab mengapa kesakitan senggugut boleh terjadi walaupun tanpa pendarahan haid.

    Berikut adalah beberapa punca yang mungkin menyebabkan anda mengalami kekejangan perut bukan kerana haid:

    sakit senggugut tapi tak period

    Ovulasi

    Anda mungkin sedang mengalami ovulasi. Ini adalah sebab paling mudah dan biasa untuk berlaku merasai senggugut di luar kitaran haid.

    Ovulasi berlaku secara semula jadi dalam tempoh 10-14 hari daripada tempoh haid apabila ovari mengeluarkan telur yang tidak disenyawakan sebagai sebahagian kitaran haid.

    Kehamilan punca sakit senggugut tapi tak period

    Berbadan dua merupakan antara punca biasa mengapa anda mungkin mengalami senggugut. Ia berlaku apabila embrio yang disenyawakan menempel ke lapisan rahim anda.

    Berwaspada dengan simptom lain yang berkaitan kehamilan seperti tompokan darah, payudara sensitif dan loya – terutamanya waktu pagi.

    Sista ovari

    Keadaan ini juga boleh menyebabkan kekejangan. Sista boleh terbentuk apabila kantung berisi cecair di sekeliling ovari – sama ada tidak membenarkan telur untuk berovulasi atau gagal menutup dengan betul selepas telur dikeluarkan.

    Sakit senggugut tapi tak period kerana endometriosis

    Masalah endometriosis berkembang apabila lapisan rahim mula tumbuh di luar rahim seperti di tiub fallopio, ovari atau pundi kencing. 

    Baca juga:

    Interstitial cystitis

    Interstitial cystitis (IC) adalah keadaan menjejaskan pundi kencing – sering dipanggil sindrom pundi kencing yang menyakitkan. Kekejangan merupakan antara gejalanya bersama keinginan untuk kencing yang kerap. 

    Penyakit radang pelvis (PID) penyebab sakit senggugut tapi tak period

    PID adalah jangkitan pada organ pembiakan wanita. Ia boleh menjadi komplikasi bagi beberapa penyakit jangkitan kelamin seperti klamidia dan gonorea.

    Selain kekejangan perut, gejala PID lain adalah:

    Pramenopaus

    Merujuk kepada tempoh masa yang bermula apabila fungsi ovari mula merosot dan berterusan sehingga menopaus  – tidak berlaku pendarahan haid untuk tempoh setahun.

    Selain kesakitan senggugut, beberapa simptom lain mungkin dialami disebabkan turun naik hormon yang tidak normal:

    • Pendarahan faraj tidak teratur
    • Kilatan panas
    • Kelembutan payudara
    • Loya
    • Berpeluh malam
    • Pertambahan berat badan
    • Kesuburan berkurangan
    • Kehilangan kepadatan tulang
    • Perubahan mood
    • Tahap kolesterol darah berubah-ubah

    Kanser ovari punca sakit senggugut tapi tak period

    Ini adalah punca kesakitan yang jarang berlaku di dalam perut atau pelvis.

    Kanser ovari mungkin tidak menyebabkan sebarang gejala, tetapi sekiranya besar ia boleh menyebabkan:

    • Sakit atau tekanan di perut atau belakang
    • Rasa berat atau kenyang
    • Bengkak perut
    • Keperluan mendesak untuk kencing

    sakit senggugut tapi tak period

    Penyakit radang usus (IBD)

    IBD merujuk kepada keradangan kronik – jangka panjang dalam usus. Kedua-dua penyakit Crohn dan kolitis ulseratif adalah antara bentuk IBD.

    Gejala bergantung kepada keparahan dan jenis IBD tetapi biasanya melibatkan kesakitan pada perut. Simptom lain:

    Kekejangan perut kerana sindrom kerengsaan usus (IBS) 

    IBS boleh menyebabkan beberapa gejala berkaitan sistem penghadaman tetapi tidak berlaku keradangan kronik dalam usus seperti IBD.

    Antara gejala IBS adalah:

    • Cirit-birit 
    • Sembelit 
    • Sakit perut atau kekejangan

    Ketakcernaan 

    Merujuk kepada gejala berkaitan pencernaan. Ketakcernaan atau senak perut juga disebut sebagai dispepsia.

    Gejala biasa yang boleh dialami:

    • Sakit di bahagian atas perut
    • Berasa terlalu kenyang
    • Rasa terlalu kenyang selepas makan

    Perut kembung dan berangin juga boleh menyebabkan gejala seperti kekejangan di bahagian bawah abdomen.

    Lakukan pemeriksaan doktor jika senggugut tapi tak period

    Walaupun terdapat banyak sebab semula jadi mengapa anda mungkin mengalami kekejangan tanpa haid, tetapi jika terdapat banyak faktor menyebabkan wujudnya kerisauan, sebaiknya berundinglah dengan doktor.

    sakit senggugut tapi tak period

    Pertimbangkan perkara berikut sebelum membuat keputusan anda:

    • Tahap kesakitan kekejangan perut yang dirasai
    • Berapa lama kesakitan telah berlarutan
    • Sama ada anda mempunyai simptom lain selain kekejangan
    • Di mana ia terjadi dalam kitaran haid bulanan anda atau tidak

    Jika terdapat sebarang kebimbangan mengenai keadaan kesihatan diri, lakukan pemeriksaan doktor untuk lebih kepastian.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 28/06/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan