backup og meta

Sakit Senggugut Tapi Tak Period? 11 Perkara Ini Mungkin Puncanya

Sakit Senggugut Tapi Tak Period? 11 Perkara Ini Mungkin Puncanya

Anda mengalami sakit senggugut tapi tak period? Kenapa agaknya keadaan itu terjadi ya? Dalam perkongsian artikel ini akan membongkarkan punca mengapa sakit pinggang dan senggugut tapi tak period.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.

Mengapa sakit senggugut tapi tak period?

Mengalami senggugut seminggu sebelum haid adalah perkara biasa. Namun haid bukanlah satu-satunya sebab mengapa anda mengalami kekejangan pada bahagian perut. 

Walaupun biasanya tanda senggugut sebelum haid yang teruk bukanlah sesuatu yang membimbangkan, dalam sesetengah kes ia memerlukan perhatian perubatan. 

Pelbagai faktor risiko boleh meningkatkan kecenderungan mengalami senggugut yang tidak berkaitan secara langsung dengan haid, seperti:

  • Merokok
  • Mempunyai kitaran haid yang lebih lama
  • Sejarah aliran haid tidak teratur
  • Kegelisahan atau kemurungan

Punca sakit senggugut tapi tak period

Terdapat banyak sebab mengapa senggugut seminggu tapi tak period boleh terjadi.

Berikut adalah beberapa punca yang mungkin menyebabkan anda mengalami kekejangan perut bukan kerana haid:

sakit senggugut tapi tak period
Sakit perut tanda senggugut sebelum haid.

Ovulasi penyebab senggugut seminggu tapi tak period

Anda mungkin sedang mengalami ovulasi. Ini adalah sebab paling mudah dan biasa untuk berlaku merasai senggugut di luar kitaran haid.

Ovulasi berlaku secara semula jadi dalam tempoh 10-14 hari daripada tempoh haid apabila ovari mengeluarkan telur yang tidak disenyawakan sebagai sebahagian kitaran haid.

Kehamilan punca sakit senggugut tapi tak period

Berbadan dua merupakan antara punca biasa mengapa anda mungkin mengalami senggugut. Ia berlaku apabila embrio yang disenyawakan menempel ke lapisan rahim anda.

Berwaspada dengan simptom lain yang berkaitan kehamilan seperti tompokan darah, payudara sensitif dan loya – terutamanya waktu pagi.

Sista ovari

Keadaan ini juga boleh menyebabkan kekejangan. Sista boleh terbentuk apabila kantung berisi cecair di sekeliling ovari – sama ada tidak membenarkan telur untuk berovulasi atau gagal menutup dengan betul selepas telur dikeluarkan.

Sakit senggugut tapi tak period kerana endometriosis

Masalah endometriosis berkembang apabila lapisan rahim mula tumbuh di luar rahim seperti di tiub fallopio, ovari atau pundi kencing. 

Interstitial cystitis

Interstitial cystitis (IC) adalah keadaan menjejaskan pundi kencing – sering dipanggil sindrom pundi kencing yang menyakitkan. Kekejangan merupakan antara gejalanya bersama keinginan untuk kencing yang kerap. 

Penyakit radang pelvis (PID) penyebab sakit senggugut tapi tak period

tanda nak period
Tanda-tanda period pain.

PID adalah jangkitan pada organ pembiakan wanita. Ia boleh menjadi komplikasi bagi beberapa penyakit jangkitan kelamin seperti klamidia dan gonorea.

Selain kekejangan perut, gejala PID lain adalah:

Pramenopaus

Merujuk kepada tempoh masa yang bermula apabila fungsi ovari mula merosot dan berterusan sehingga menopaus  – tidak berlaku pendarahan haid untuk tempoh setahun.

Selain kesakitan senggugut, beberapa simptom lain mungkin dialami disebabkan turun naik hormon yang tidak normal:

  • Pendarahan faraj tidak teratur
  • Kilatan panas
  • Kelembutan payudara
  • Loya
  • Berpeluh malam
  • Pertambahan berat badan
  • Kesuburan berkurangan
  • Kehilangan kepadatan tulang
  • Perubahan mood
  • Tahap kolesterol darah berubah-ubah

Kanser ovari punca sakit senggugut tapi tak period

Ini adalah punca kesakitan yang jarang berlaku di dalam perut atau pelvis.

Kanser ovari mungkin tidak menyebabkan sebarang gejala, tetapi sekiranya besar ia boleh menyebabkan:

  • Sakit atau tekanan di perut atau belakang
  • Rasa berat atau kenyang
  • Bengkak perut
  • Keperluan mendesak untuk kencing
kanser ovari
Risiko kanser ovari.

Penyakit radang usus (IBD)

IBD merujuk kepada keradangan kronik – jangka panjang dalam usus. Kedua-dua penyakit Crohn dan kolitis ulseratif adalah antara bentuk IBD.

Gejala bergantung kepada keparahan dan jenis IBD tetapi biasanya melibatkan kesakitan pada perut. Simptom lain:

Kekejangan perut kerana sindrom kerengsaan usus (IBS) 

IBS boleh menyebabkan beberapa gejala berkaitan sistem penghadaman tetapi tidak berlaku keradangan kronik dalam usus seperti IBD.

Antara gejala IBS adalah:

  • Cirit-birit 
  • Sembelit 
  • Sakit perut atau kekejangan

Ketakcernaan 

Merujuk kepada gejala berkaitan pencernaan. Ketakcernaan atau senak perut juga disebut sebagai dispepsia.

Gejala biasa yang boleh dialami:

  • Sakit di bahagian atas perut
  • Berasa terlalu kenyang
  • Rasa terlalu kenyang selepas makan

Perut kembung dan berangin juga boleh menyebabkan gejala seperti kekejangan di bahagian bawah abdomen.

Lakukan pemeriksaan doktor jika senggugut tapi tak period

Walaupun terdapat banyak sebab semula jadi mengapa anda mungkin mengalami sakit pinggang dan senggugut tapi tak period, tetapi jika terdapat banyak faktor menyebabkan wujudnya kerisauan, sebaiknya berundinglah dengan doktor.

Pertimbangkan perkara berikut sebelum membuat keputusan anda:

  • Tahap kesakitan kekejangan perut yang dirasai
  • Berapa lama kesakitan telah berlarutan
  • Sama ada anda mempunyai simptom lain selain kekejangan
  • Di mana ia terjadi dalam kitaran haid bulanan anda atau tidak

Kesimpulan

Jika anda kerap mengalami senggugut seminggu tapi tak period , lakukan pemeriksaan doktor untuk lebih kepastian.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Period Pain: Could It Be Endometriosis? https://www.hopkinsmedicine.org/health/wellness-and-prevention/period-pain-could-it-be-endometriosis, Accessed on March 17, 2022
  2. Different types of period pain and what they might mean. https://www.jeanhailes.org.au/news/different-types-of-period-pain-and-what-they-might-mean, Accessed on March 17, 2022
  3. Period pain. https://www.womens-health-concern.org/help-and-advice/factsheets/period-pain/, Accessed on March 17, 2022
  4. Definition & Facts of Indigestion. https://www.niddk.nih.gov/health-information/digestive-diseases/indigestion-dyspepsia/definition-facts, Accessed on March 17, 2022
  5. Inflammatory bowel disease. https://www.womenshealth.gov/a-z-topics/inflammatory-bowel-disease, Accessed on March 17, 2022 
  6. pelvic inflammatory disease (PID). https://www.cdc.gov/std/pid/stdfact-pid.htm, Accessed on March 17, 2022 

 

Versi Terbaru

10/05/2024

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Faraj Rasa Berlengas Akibat Keputihan? Periksa Jika Ia Berketul Dan Berbau, Itu Bahaya!

Stres! Tiap Kali Haid Mesti Berat Badan Naik, Ini Faktor Wanita Gemuk Ketika Period


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 10/05/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan