2. Brokoli
Sayuran cruciferous seperti brokoli, kubis, kubis bunga dan kubis Brussel sangat terkenal dengan sifat antikansernya.
Antara semua sayuran yang disenaraikan di atas, brokoli merupakan makanan yang terbaik untuk diambil oleh pesakit kanser. Ia juga dapat memperlahankan penyebaran kanser. Oleh sebab itu, semua orang digalakkan untuk makan sayur-sayuran ini setiap hari.
Makanan untuk pesakit kanser payudara 3: Epal
Bak pepatah Inggeris, sebiji epal sehari dapat menjauhkan anda daripada doktor!
Jika anda makan epal, jangan buang kulitnya. Kulit epal mengandungi banyak antioksidan, serat dan komponen lain yang bersifat antikanser.
Malah, kajian juga menunjukkan kulit epal mengandungi bahan yang dapat memperlahankan penyebaran sel kanser.
Baca juga:
4. Ikan
Ikan merupakan sumber asid lemak omega-3 yang sangat baik. Oleh sebab itu, ia adalah antara sumber protein yang terbaik untuk dijadikan makanan untuk pesakit kanser payudara.
Bukan itu sahaja, pesakit kanser payudara juga digalakkan untuk mengurangkan pengambilan daging merah. Sebagai permulaan, pilih ikan salmon, kembung, sardin dan tuna untuk melengkapi diet harian.
5. Makan lebih banyak lobak merah dan ubi kayu

Lobak merah, ubi kayu dan tembikai wangi kaya dengan sejenis komponen yang dikenali sebagai karotenoid.
Menurut sebuah artikel yang dimuatkan di dalam The American Journal of Clinical Nutrition pada tahun 2015, wanita yang mengambil lebih banyak karotenoid mempunyai risiko yang lebih rendah untuk menghidap kanser payudara.
Oleh sebab itu, jika anda ingin mengambil makanan elak kanser payudara, cubalah lobak merah!
Selain itu, sayur dan buah yang berwarna jingga selalunya mengandungi karotenoid. Jadi, tambahkan lebih banyak makanan yang berwarna merah, oren, kuning dan juga hijau dalam diet harian.
Makanan untuk pesakit kanser payudara 6: Teh hijau

Teh hijau dan teh putih mengandungi katekin, bahan kimia yang terbukti dapat mencegah kanser payudara.
Walau bagaimanapun, pesakit mungkin perlu minum banyak teh hijau – hingga 4 cawan sehari – untuk mendapatkan kesan positifnya.
7. Kekacang
Kacang seperti walnut mengandungi banyak nutrisi dan lemak sihat yang dapat membantu badan melawan inflamasi.
Kajian juga menunjukkan, kacang walnut mungkin dapat memperlahankan pertumbuhan tumor kanser payudara, menjadikan ia salah satu makanan untuk pesakit kanser payudara yang paling berkhasiat.
Namun, kajian ini dilakukan dalam skala kecil. Jadi, lebih banyak kajian lain yang perlu dijalankan pada masa hadapan untuk menentukan kesan sebenarnya terhadap penghidap kanser payudara.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen