backup og meta

Sudah Lama Tidak Datang Haid? Ini 5 Kesan Menopaus Yang Wanita WAJIB Tahu

Sudah Lama Tidak Datang Haid? Ini 5 Kesan Menopaus Yang Wanita WAJIB Tahu

Menopaus akhirnya tiba dalam hidup anda Anda akan mengalami banyak kesan menopause melibatkan emosi, fizikal dan mental.

Walaupun menopaus menimbulkan banyak tekanan, namun sesetengah orang dalam tempoh ini, mencari hobi baru dan aktiviti yang dapat memastikan mereka kekal aktif.

Rujuk artikel ini untuk belajar tentang perubahan yang datang bersama-sama dengan menopaus dan bagaimana untuk mengendalikannya.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.

Kesan-kesan menopause & tip hadapinya

#1 Pertambahan berat badan

Perubahan hormon boleh menyebabkan badan menyimpan berat dengan cara yang berbeza berbanding dahulu.

Di samping itu, tekanan yang datang akan menyebabkan lebih banyak kalori disimpan dalam badan anda.

Ini menyebabkan pertambahan lemak dan berat badan. Diet biasa tidak akan membantu dalam situasi ini kerana badan anda akhirnya akan menyimpan lebih banyak kalori. 

Oleh itu, cuba untuk menjauhkan diri atau mengehadkan pengambilan karbohidrat yang diproses.

Makanan yang kaya dengan serat, protein berkualiti tinggi, buah-buahan, sayur-sayuran dan lemak sihat boleh menjadi pilihan terbaik dalam tempoh ini kerana dapat menstabilkan paras gula darah dan mengurangkan penyimpanan lemak.

#2 Keguguran rambut

kesan menopause

Ramai orang mengalami keguguran rambut semasa

menopaus atau perimenopaus. Tekanan adalah puncanya.

Ia memberi kesan kepada kulit kepala, sementara perubahan hormon menjejaskan pertumbuhan rambut dan kitaran pengguguran rambut.

Sediakan badan anda dengan vitamin seperti B6, B12, C, D, E, besi, tembaga, kalsium, magnesium, zink dan asid lemak dari kapsul minyak ikan. 

#3 Kesan menopause, insomnia

Semuanya berpunca daripada tekanan hingga membuatkan fikiran berasa tegang dan sukar tidur.  

Kajian mendapati bahawa tidur yang baik bukan sahaja dapat melegakan tekanan tetapi juga membantu sistem penghadaman.

Oleh itu, selesaikan segala kekusutan dalam fikiran anda di siang hari, tulis perkara-perkara yang belum anda selesaikan atau yang dirancang untuk dilakukan pada hari berikutnya di atas sekeping kertas.

Tujuan utama di sini adalah untuk membebaskan fikiran dan biarkan minda berehat sekurang-kurangnya satu jam sebelum tidur. 

#4 Perubahan Mood 

Perubahan mood dek kerana kesan menopause boleh menjadi lebih serius daripada yang anda fikirkan.

Emosi yang tidak stabil bukan memberi kesan kepada anda sahaja, malah orang lain juga. 

Dalam kes ini, senaman adalah pilihan terbaik.

Bersenam membantu pembebasan bahan kimia ke dalam otak dan badan yang membuatkan anda berasa bertenaga serta gembira.

menopause

Selain itu, latih diri untuk menjadi positif, tulis perasaan anda pada sekeping kertas atau bercakap dengan ahli profesional mengenainya.

Memendam perasaan boleh menyumbang kepada lebih banyak tekanan.

#5 Kesan menopause – Osteoporosis

Wanita yang putus haid sebelum umur 40 lebih terdedah kepada osteoporosis.

Walau bagaimanapun, sejarah keluarga, keadaan perubatan, gaya hidup peribadi juga menjadi faktor penyumbang.

Pastikan anda mendapat kalsium yang cukup dan vitamin D setiap hari, kerap bersenam dan menjalani pemeriksaan osteoporosis sekurang-kurangnya setiap 6 bulan untuk menjaga kesihatan diri. 

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Menopause. https://www.nhs.uk/conditions/menopause/. Accessed May 20, 2022.
  2. Menopause. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/menopause/diagnosis-treatment/drc-20353401. Accessed May 20, 2022.
  3. Dealing with the symptoms of menopause. https://www.health.harvard.edu/womens-health/dealing-with-the-symptoms-of-menopause. Accessed May 20, 2022.
  4. Managing Menopause. https://www.aafp.org/afp/2000/0301/p1391.html. Accessed May 20, 2022.
  5. Staying Healthy at Menopause and Beyond. https://www.menopause.org/for-women/menopauseflashes/women%27s-health-and-menopause/staying-healthy-at-menopause-and-beyond. Accessed May 20, 2022.
  6. Managing menopause: don’t let symptoms of menopause reduce your quality of life. https://www.jeanhailes.org.au/news/managing-menopause-dont-let-symptoms-of-menopause-reduce-your-quality-of-life. Accessed May 20, 2022.

Versi Terbaru

29/05/2022

Ditulis oleh Helma Hassan

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Maria Stork


Artikel Berkaitan

Kaum Hawa, Kenali 5 Tanda Awal Anda Sedang Alami Fasa Perimenopause!

Keliru Sudah Putus Haid Atau Belum? Ini Tanda-tanda Menopaus Yang Boleh Diperhatikan!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 29/05/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan