backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

2

Tanya Doktor
Simpan

Ada 6 Jenis Kondisi Rahim Jatuh Yang Para Wanita Perlu Faham, Jangan Biarkan!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada tadi

    Ada 6 Jenis Kondisi Rahim Jatuh Yang Para Wanita Perlu Faham, Jangan Biarkan!

    Anda pernah dengar tentang kejatuhan rahim wanita? Kenapa rahim boleh jatuh? Ia memang satu misteri hingga kini. Persoalannya, apa maksud rahim jatuh berserta puncanya? Jom kita ikuti artikel ini untuk tahu dengan lebih lanjut!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.

    Apa maksud rahim jatuh?

    Sebelum pergi dengan lebih mendalam lagi tentang maksud rahim jatuh, adalah wajar untuk kita semua mengetahui definisi sebenar kondisi ini terlebih dahulu.

    Maksud rahim jatuh, Anterior vaginal prolapse yang juga dikenali sebagai peranakan jatuh atau turun adalah satu keadaan di mana tisu sokongan di antara pundi kencing dan dinding faraj menjadi lemah.

    Ia sekali gus mungkin akan mengakibatkan pundi kencing tersembul masuk ke dalam faraj serta menyebabkan pelbagai masalah selepas menopaus ekoran estrogen yang turun mendadak.

    maksud rahim jatuh
    Masalah pada rahim wanita.

    Dalam pada itu, masalah pada rahim akan membuat wanita mengalami simptom-simptom seperti berikut:

    • Rasa tertekan pada pelvis dan faraj
    • Rasa tidak selesa ketika batuk, bersin, mencangkung atau mengangkat barang berat
    • Rasa pundi kencing masih belum kosong walaupun selepas membuang air kecil
    • Rasa sakit ketika melakukan hubungan seksual
    • Rasa sakit pada bahagian bukaan faraj
    • Jangkitan pundi kencing yang berterusan

    Simptom-simptom ini juga selalunya akan lebih ketara selepas penderita berdiri untuk jangka masa yang lama dan mungkin hilang apabila berbaring.

    Sekiranya anda mempunyai sebarang kebimbangan dan persoalan tentang penyakit rahim jatuh atau rahim turun ini, sila berjumpa doktor dengan kadar segera.

    Apa punca rahim jatuh?

    Seperti mana yang kita tahu, kondisi rahim jatuh akan berlaku akibat tisu sokongan di antara pundi kencing dan dinding faraj menjadi lemah.

    Persoalannya, apakah punca rahim jatuh yang sebenar?

    Sebenarnya, terdapat banyak sebab keadaan kesihatan ini boleh berlaku pada wanita dan antara yang utama adalah tekanan pada lantai pelvis.

    Buat anda yang mungkin belum tahu, lantai pelvis terdiri daripada otot, ligamen dan tisu penghubung yang menyokong organ pelvis.

    Hubungan di antara otot, ligamen dan tisu ini akan menjadi lemah dari semasa ke semasa akibat beberapa faktor risiko seperti trauma.

    maksud rahim jatuh
    Masalah pada rahim perempuan.

    Trauma yang dimaksudkan ini mungkin berpunca daripada proses kehamilan, kelahiran dan sebagainya seperti:

    • Batuk yang kronik
    • Bersin tanpa henti
    • Kerap mengangkat barang yang berat
    • Sering meneran untuk membuang air
    • Sembelit
    • Genetik
    • Obesiti
    • Pernah melakukan pembedahan pelvis
    • Pernah melakukan pembuangan rahim
    • Menopaus
    • Penuaan

    Mungkin ada beberapa faktor risiko serta tanda peranakan jatuh yang kami tidak nyatakan di atas, jadi sila berjumpa doktor untuk mengetahui mengenai maksud rahim jatuh dengan lebih terperinci.

    Jenis-jenis keadaan kesihatan rahim jatuh

    Baiklah, sekarang kita semua sudah tahu maksud rahim jatuh, punca, simptom dan kesan buruk peranakan jatuh. Berbalik kepada persoalan utama artikel, benarkah maksud rahim jatuh ada banyak jenis? Ya!

    #1. Vaginal vault prolapse

    Ia adalah kondisi di mana kawasan atas faraj jatuh ke dalam ruang faraj akibat keadaan ini dan biasa berlaku pada wanita yang pernah melakukan pembuangan rahim.

    #2. Uterine prolapse

    Ia adalah kondisi di mana rahim jatuh ke dalam ruang faraj akibat kondisi ini dan kadangkala mungkin juga boleh membengkak dan terkeluar daripada bukaan faraj.

    penyakit rahim
    Penyakit yang boleh berlaku dalam rahim.

    #3. Cystocele

    Ia adalah kondisi di mana pundi kencing turun ke dalam ruang faraj dan biasa berlaku serentak dengan kondisi jenis urethrocele.

    #4. Urethrocele

    Ia adalah kondisi di mana tiub uretra turun ke dalam ruang faraj dan biasa berlaku serentak dengan kondisi jenis cystocele.

    #5. Rectocele

    Ia adalah kondisi di mana rektum membengkak lantas termasuk atau terkeluar daripada ruang faraj.

    #6. Enterocele

    Ia adalah kondisi di mana usus kecil membengkak lantas melekat pada dinding belakang faraj dan biasa berlaku serentak dengan kondisi jenis vaginal vault prolapse.

    Keenam-enam jenis ini boleh dikategorikan sebagai keadaan kesihatan yang dikenali sebagai anterior vaginal prolapse kerana kesemuanya tergolong dalam organ pada pelvis wanita.

    Anda rasa diri anda menghidapi maksud rahim jatuh ini? Segera berjumpa doktor untuk mengetahui jika ada cara merawat rahim jatuh yang anda boleh cuba.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada tadi

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan