Pernahkah anda mengalami keputihan berwarna coklat apabila hampir dengan hari haid? Jika pernah, anda mungkin tertanya-tanya sama ada ia normal atau sebaliknya, bukan?
Usah risau, keputihan berwarna coklat sebelum haid bermula biasanya tidak bersifat bahaya, dan beberapa sebab berikut boleh menjadi salah satu puncanya.
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Wanita, anda boleh klik di sini.
#1 Keputihan berwarna coklat tanda kehamilan?
Apakah keputihan warna coklat termasuk haid? Ia bergantung kepada dua aspek berikut:
Sekiranya tidak hamil:
- Darah lama keluar daripada rahim beberapa hari selepas berakhirnya haid
- Haid yang baru bermula, di mana alirannya masih ringan
- Tompokan ovulasi
- Reaksi terhadap ujian Pap smear atau pemeriksaan faraj
- Reaksi terhadap hubungan intim, terutamanya jika dilakukan dengan ‘kasar’
Sekiranya anda hamil:
Keputihan berwarna coklat atau merah jambu sebelum haid mungkin merupakan tanda awal kehamilan.
Walaupun ia tidak terjadi kepada semua bakal ibu, namun sebilangan wanita boleh mengalaminya.
Ia disebabkan oleh pendarahan implantasi yang terjadi ketika telur yang disenyawakan menempel di lapisan rahim.
Pendarahan implantasi ini boleh berlaku 1 sehingga 2 minggu setelah telur disenyawakan. Dalam beberapa kes, ia mungkin disertai dengan kekejangan implantasi.
Usah risau kerana kenapa darah haid keluar sedikit dan berwarna coklat seringkali tidak berlaku dalam jangka masa lama dan cenderung untuk berlangsung hanya selama 1 atau 2 hari.
Gejala awal kehamilan termasuk:
- Payudara terasa sakit
- Keletihan
- Kerap membuang air kecil
- Loya
- Muntah
#2 Menstruasi punca keputihan berwarna coklat?
Kenapa keluar spotting coklat sering kali merupakan petanda ovulasi atau haid yang bakal bermula dan perkara ini adalah normal, jadi ia tidak perlu dibimbangkan.
Sekiranya anda mempunyai tompokan coklat yang bermula 2 minggu sebelum haid, ini mungkin merupakan tanda perubahan hormon yang berkaitan dengan ovulasi.
Biasanya, wanita berovulasi sekitar 10 sehingga 16 hari selepas hari pertama dalam haid yang terakhir. Ini adalah ketika ovari mengeluarkan telur untuk persenyawaan.
Ovulasi pula berlaku apabila tahap estrogen tinggi dan keputihan coklat ini berlaku selepas telur dilepaskan, yang disebabkan oleh penurunan estrogen.
Tetapi jika anda sedang mengambil pil pencegah kehamilan, tompokan coklat mungkin merupakan petanda lain kerana pil ini mampu menghalang proses ovulasi.
#3 Perimenopaus
Perimenopaus adalah satu fasa transisi sebelum wanita mencapai usia menopaus dan kebiasaannya terjadi kepada wanita yang berusia sekitar 30 hingga 40 tahun dan ke atas.
Ia akan berlangsung selama beberapa bulan atau tahun, bergantung kepada individu itu sendiri.
Sebagai tindak balas terhadap proses ini, anda mungkin tidak akan berovulasi atau mengalami haid seperti dahulu.
Sekiranya anda mengalami perimenopause, haid yang tidak teratur dan tompokan coklat di antara haid adalah perkara biasa.
#4 Keputihan mungkin petanda penyakit kelamin
Keputihan berwarna coklat sebelum haid turut boleh menjadi petunjuk kepada penyakit jangkitan kelamin (STD), seperti gonorea atau klamidia.
Tetapi, bukan semua pesakit STD mengalami gejala, disebabkan itu adalah sangat penting bagi semua individu yang aktif dalam hubungan seksual untuk melakukan ujian STD secara berkala.
#5 Sindrom ovarium polikistik (PCOS)
PCOS adalah gangguan hormon yang biasa berlaku pada wanita usia reproduktif.
Wanita dengan masalah PCOS mungkin mengalami haid yang jarang, berpanjangan atau tahap hormon lelaki (androgen) yang berlebihan.
Ovari boleh menghasilkan banyak koleksi cecair (folikel) dan gagal melepaskan telur secara berkala.
Ia juga boleh menyebabkan keputihan berwarna coklat akibat pendarahan ringan dan tidak teratur.
Menurut Centers for Disease Control (CDC), sehingga 12% wanita di Amerika Syarikat mengalami kesukaran untuk hamil kerana masalah PCOS yang tidak dirawat.
Ada beberapa punca keputihan bertukar berwarna kecoklatan, seperti yang berikut:
- Kehamilan
- Menstruasi
- Perimenopaus
- Jangkitan kelamin
- Sindrom ovarium polikistik
- Kanser serviks
Penyebab keputihan berwarna coklat #6 Kanser serviks
Keputihan coklat tapi tidak berbau mungkin merupakan simptom kanser serviks, tetapi kes ini adalah sangat jarang berlaku.
Kanser serviks berlaku apabila terdapat sel yang berubah dalam serviks seseorang wanita, yang menghubungkan rahim dengan faraj.
Kanser serviks atau juga dikenali dengan nama barah pangkal rahim merupakan kanser kedua terbanyak berlaku dalam kalangan wanita selepas kanser payudara.
[embed-health-tool-ovulation]