Apa itu PMS? Sindrom pramenstruasi (PMS) adalah keadaan yang menjejaskan emosi, kesihatan fizikal, dan tingkah laku wanita pada hari-hari tertentu kitaran menstruasi, sebelum haid.
Usah risau, kerana PMS adalah 1 kondisi normal dan kerap menimpa kaum Hawa. Gejalanya turut menjejaskan lebih daripada 90% wanita haid.
Simptom PMS pula bermula 5 hingga 11 hari sebelum didatangi haid dan biasanya akan menghilang sebaik sahaja haid bermula. Malangnya, punca PMS masih menjadi tanda tanya.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkan di sini.
Apa itu PMS: Simptom-simptom
Setelah persoalan apa itu PMS dapat difahami, sekarang mari kita beralih kepada gejala-gejalanya yang boleh dikenal pasti!
Senarai tanda dan gejala yang berpotensi untuk sindrom pramenstruasi adalah banyak, tetapi kebanyakan wanita hanya mengalami sesetengah daripada masalah berikut:
Simptom emosi dan tingkah laku
- Ketegangan atau keresahan
- Mood tertekan
- Terasa ingin menangis
- Perubahan mood, mudah iritasi atau marah
- Perubahan selera makan dan mengidam makanan
- Masalah untuk tidur (insomnia)
- Pengasingan sosial
- Kebolehan untuk fokus yang lemah
- Perubahan dalam libido (rangsangan seks)
Simptom fizikal
- Sakit sendi atau otot
- Sakit kepala
- Keletihan
- Kenaikan berat badan berkaitan dengan water retention
- Kembung perut
- Kesakitan payudara
- Pertumbuhan jerawat
- Sembelit atau cirit-birit
- Tidak bertoleransi terhadap alkohol
Kitaran haid seseorang wanita berlangsung rata-rata selama 28 hari. Ovulasi, tempoh masa telur (ovum) dilepaskan dari ovari, berlaku pada hari ke-14 kitaran.
Menstruasi, atau pendarahan pula berlaku pada hari ke-28 kitaran. Simptom apa itu PMS boleh bermula sekitar hari ke-14 dan berterusan sehingga 7 hari selepas permulaan haid.
PMS wanita, kenali punca-puncanya
Disebab penyebab PMS wanita masih tidak diketahui, beberapa faktor dikatakan boleh menyumbang kepada keadaan:
- Perubahan siklik dalam hormon: Tanda dan simptom sindrom pramenstruasi berubah dengan turun naik hormon dan menghilang dengan kehamilan atau menopaus.
- Perubahan kimia pada otak: Perubahan serotonin, bahan kimia otak (neurotransmitter) yang dikata memainkan peranan penting bagi perubahan mood, berupaya mencetuskan gejala PMS. Jumlah serotonin yang tidak mencukupi juga mampu memicu kemurungan pramenstruasi, keletihan, craving dan kesukaran tidur.
- Kemurungan: Sesetengah wanita dengan PMS yang teruk mengalami depresi yang tidak didiagnosis.
Apa itu PMS: Pilihan rawatan untuk PMS wanita
Kadar kejayaan ubat-ubatan dalam menghilangkan simptom adalah berbeza mengikut individu. Antara ubat yang kerap diberikan untuk PMS merangkumi:
- Antidepresi: Selective serotonin reuptake inhibitors (SSRI) yang merangkumi fluoxetine, paroxetine, sertraline dan lain-lain telah berjaya mengurangkan gejala mood. SSRI adalah rawatan first line untuk PMS atau PMDD yang teruk. Ubat ini biasanya perlu diambil setiap hari.
- Nonsteroidal anti-inflammatory drugs (NSAID): Diambil sebelum atau pada permulaan haid, NSAID seperti ibuprofen atau naproxen sodium dapat meredakan kekejangan dan ketidakselesaan payudara.
- Diuretik: Apabila bersenam dan mengehadkan pengambilan garam masih tidak mencukupi untuk mengurangkan kenaikan berat badan, maka mengambil pil air (diuretik) membantu tubuh membuang lebihan cecair melalui buah pinggang.
- Kontraseptif hormon: Ubat-ubatan preskripsi ini bertindak menghentikan ovulasi, yang dapat menghilangkan simptom PMS.
Perubahan gaya hidup & rawatan di rumah
Malangnya, PMS tidak dapat disembuhkan, tetapi jangan risau kalian masih boleh mengambil langkah-langkah untuk mengurangkan gejala.
Apa itu PMS: Perubahan diet
- Ambil makanan dalam porsi yang lebih kecil dapat mengurangkan kekembungan
- Hadkan makanan tinggi garam dan masin untuk elak masalah kembung dan water retention
- Pilih makanan tinggi karbohidrat kompleks, seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan biji-bijian
Selitkan senaman ke dalam rutin harian
Cuba unuk bersenam sekurang-kurangnya 30 minit brisk walking, berbasikal, berenang atau aktiviti fizikal lain beberapa kali dalam seminggu.
Melakukan senaman harian yang berkala pastinya bermanfaat dan dapat meningkatkan kualiti kesihatan keseluruhan serta mengurangkan gejala tertentu, seperti keletihan dan kemurungan!
Kurangkan stres
- Dapatkan tidur yang mencukupi
- Praktik progressive muscle relaxation atau senaman deep-breathing untuk bantu mengurangkan sakit kepala, kegelisahan atau masalah tidur (insomnia)
Catat simptom selama beberapa bulan
Buat rekod untuk mengenal pasti pencetus dan tempoh masa gejala yang anda alami.
Ini akan membolehkan kalian menghasilkan strategi yang dapat membantu mengurangkan gejala dialami.
Rawatan alternatif
Antara rawatan alternatif yang digunakan untuk mengawal dan mengurangkan gejala sindrom pramenstruasi adalah:
- Makanan tambahan/suplemen vitamin: Kalsium, magnesium, vitamin E dan vitamin B-6 kesemuanya dilaporkan dapat mengurangkan simptom, namum bukti agak tidak mencukupi
- Remedi herba: Sesetengah wanita melaporkan ramuan herba tertentu berjaya melegakan gejala PMS, seperti ginkgo, halia, chasteberry, minyak evening primrose dan St. John’s wort. Tetapi, remedi herba tidak dikawal oleh Food and Drug Administration, maka tiada rekod keselamatan atau keberkesanan produk yang boleh dijadikan panduan
- Akupunktur: Akupunktur dilakukan dengan memasukkan jarum keluli tahan karat yang telah disteril ke dalam kulit pada titik-titik badan yang tertentu. Sebilangan wanita juga dikatakan berjaya mengurangkan simptom PMS usai rawatan ini
Konklusi
Majoriti wanita mengalami sekurang-kurangnya 1 gejala PMS sebelum datang bulan.
Turun naik hormon mungkin memainkan peranan yang penting dalam PMS, tetapi penyebabnya masih belum dapat dikenal pasti.
Pengambilan ubat tahan sakit di kaunter, melakukan modifikasi diet yang bersesuaian dan menguruskan stres yang dihadapi berkemungkinan besar dapat bantu mengurangkan gejala PMS wanita.
Pun begitu, sekiranya gejala dialami bertambah parah hingga mengganggu rutin hidup, pastikan untuk melakukan janji temu bersama doktor atau pakar sakit puan untuk didiagnosis dan mendapatkan rawatan bersesuaian.
[embed-health-tool-ovulation]