Wujud banyak faktor yang mengubah haid wanita dan menjadikan aliran darah haid lebih ringan. Berat badan, senaman, dan stres boleh menyumbang kepada pendarahan ringan. Apabila pemicunya dapat dikenal pasti, masalah ini boleh dirawat! Jadi, apakah cara mengeluarkan darah haid yang tidak keluar?
Hakikatnya, setiap haid wanita bersifat unik dan berbeza-beza pada setiap individu.
Sesetengah wanita mempunyai kitaran yang tidak dapat diramalkan, manakala yang lain pula memiliki ‘jam’ menstruasi yang lebih teratur.
Jom ikuti kupasan ini untuk kenal pasti pemicunya berserta cara mengeluarkan darah haid yang tidak keluar!
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.
Aliran darah haid sedikit/ringan
Haid wanita secara umumnya konsisten dalam jumlah hari dan tahap aliran. Para wanita juga biasanya didatangi haid setiap 21 hingga 35 hari.
Aliran menstruasi pula boleh berkisar antara 2 hingga 7 hari. Walau bagaimanapun, haid anda boleh berubah dari masa ke masa, diakibatkan oleh faktor yang berbeza.
Misalnya, jika hamil, anda tidak akan mengalami haid dek kerana lapisan rahim tidak digugurkan.
Suka untuk penulis ingatkan sekali lagi, setiap haid wanita adalah berbeza. Justeru, haid anda mungkin akan terjadi seperti diramalkan dengan tepat atau sebaliknya.
Antara ciri aliran darah haid yang sedikit adalah seperti berikut:
- Berdarah kurang dari 2 hari
- Anda terlepas 1 atau lebih aliran haid normal
- Pendarahan yang sangat ringan, seperti spotting
- Mengalami aliran haid ringan dengan lebih kerap berbanding kitaran 21 hingga 35 hari
Jadi, apakah pemicunya?
Aliran haid wanita yang ringan boleh terjadi atas dasar pelbagai sebab. Ini termasuklah:
#1 Berat dan diet
Peratusan berat dan lemak badan boleh menjejaskan haid anda.
Kekurangan berat badan berupaya menyebabkan haid anda menjadi tidak teratur dek kerana hormon yang tidak berfungsi dengan normal.
Selain itu, kehilangan atau kenaikan berat badan yang berlebihan pula mampu membuatkan kitaran haid yang tidak teratur.
#2 Kehamilan
Logiknya, sekiranya anda ternyata hamil, mana mungkin kalian akan mengalami haid, kan?
Anda mungkin akan melihat beberapa tompokan darah (spotting) dan menganggapnya sebahagian daripada aliran haid.
Tetapi, kalian mungkin tersilap dengan pendarahan implantasi! Ia boleh berlaku apabila telur yang disenyawakan melekat pada dinding rahim.
Tambahan itu, pendarahan implantasi biasanya berlangsung selama 2 hari atau kurang.
#3 Menyusukan bayi? Ini cara mengeluarkan darah haid yang tidak keluar
Sekiranya anda menyusu, haid berkemungkinan tidak akan kembali sebaik sahaja bersalin.
Ini kerana, hormon yang bertanggungjawab dalam penghasilan susu menghalang ovulasi dan melambatkan haid untuk kembali.
Namun usah khuatir, jika sedang menyusu, haid anda akan kembali normal beberapa bulan pasca bersalin.
#4 Cara melancarkan darah haid yang sedikit: Umur
Jangka masa dan aliran darah wanita boleh berubah-ubah pada usia remaja.
Di sisi lain pula, jika wanita dalam fasa menopaus, anda mungkin bakal mengalami isu berkenaan haid yang tidak teratur, berserta aliran pendarahan ringan.
Kejadian ini adalah normal, yang diakibatkan oleh ketidakseimbangan hormon.
#5 Pencegah kehamilan
Kontraseptif hormon yang anda amalkan juga mungkin menyumbang kepada pendarahan haid yang ringan.
Ini kerana, beberapa jenis pencegah kehamilan menghalang telur daripada ‘dibebaskan’ di dalam badan.
Kaedah ini boleh datang dalam pelbagai bentuk, antaranya merangkumi:
- Pil
- Tampalan
- Cincin
- Suntikan
Apabila badan anda tidak lagi melepaskan telur, rahim juga tidak menghasilkan lapisan tebal.
Bukan itu saja, anda juga mungkin bakal alami haid yang tidak teratur jika baru memulakan atau berhenti mengambil pencegah kehamilan, baru-baru ini.
#6 Cara mengeluarkan darah haid yang tidak keluar: Tekanan/stres
Tahukah anda, apabila kita mengalami tekanan, otak berupaya mengubah hormon kitaran haid?
Ya, benar sekali! Hal inilah yang membuatkan anda mungkin mengalami haid yang dilangkau atau aliran pendarahan lebih ringan.
#7 Sindrom ovari polisistik (PCOS)
Jika anda mengalami haid yang tidak teratur atau tidak ‘datang bulan’ sama sekali, itu mungkin angkara PCOS!
Kondisi ini memicu perubahan hormon dalam badan anda, menyebabkan telur berhenti mematang.
Perubahan hormon ini juga boleh:
- Mengakibatkan jerawat
- Menyebabkan bulu muka tumbuh berlebihan
- Menyebabkan kemandulan
- Mengubah berat badan dan membawa kepada kegemukan
Doktor anda dapat mendiagnosis PCOS melalui penggunaan ultrasound. Ini kerana PCOS menyebabkan sista terbentuk di ovari anda.
Jika anda ternyata memiliki PCOS, doktor mungkin akan mengesyorkan anda untuk menurunkan berat badan dan mengambil pil kontraseptif, sebagai usaha mengembalikan haid menjadi normal.
Selain itu, doktor juga boleh mempreskripsikan metformin. Ubat ini biasanya diberi kepada penghidap diabetes jenis 2, tetapi kadangkala digunakan sebagai rawatan wanita PCOS.
Oleh itu, apakah cara mengeluarkan darah haid yang tidak keluar?
Cara mengeluarkan darah haid yang tidak keluar melalui rawatan
Membuat perubahan gaya hidup dan pengambilan ubat-ubatan tertentu juga boleh menjadi antara rawatan cara mengeluarkan darah haid yang tidak keluar.
Kadangkala, penggunaan hormon kontraseptif dapat membantu dengan menjadikan haid lebih teratur!
Kesimpulan
[embed-health-tool-ovulation]