Apakah sebenarnya ciri ciri wanita sihat? Adakah ia terletak pada wajah yang cantik, badan yang mengiurkan atau mental yang kuat?
Sempena Hari Wanita Sedunia #IWD2022, kami galakkan kaum Hawa untuk #StandStrong dan pupuk kesihatan fizikal, mental serta emosi yang lebih baik.
Bagaimana caranya? Teruskan membaca artikel ini.
Ciri ciri wanita sihat fizikal dan mental
Kita tidak dapat mengukur kesihatan mental seperti mana kita mengukur kesihatan fizikal.
Namun, tidak dapat dinafikan, wanita yang lebih kuat dari segi fizikal, emosi dan mental selalunya lebih cekal dalam menghadapi cabaran hidup.
Kesihatan kita bergantung pada banyak faktor seperti stres, hormon, usia, diet, senaman dan sebagainya.
Untuk menjalani hidup yang lebih gembira serta mengatasi stres dalam kehidupan seharian, penting untuk kita menjaga kesihatan mental masing-masing.
Pada zaman kini, kita sering dimomokkan mengenai tubuh badan yang perfect dan wajah yang cantik di media sosial dan di kaca televisyen. Rasa macam terlalu ramai yang cantik dan mempunyai bentuk badan tip top di luar sana!
Tipulah jika kita tidak rasa resah atau rendah diri mengenai rupa paras serta penampilan diri.
Benar, salah satu ciri ciri wanita sihat adalah mempunyai badan yang kurus dan perut yang ramping. Namun, itu tidak bermaksud mereka mempunyai badan yang sihat!
Malah, definisi sebenar kesihatan yang digariskan oleh World Health Organization (WHO) langsung tidak menyentuh tentang rupa paras seseorang.
Menurut pertubuhan ini, kesihatan merangkumi keadaan fizikal, mental serta sosial seseorang.
Ini 4 ciri ciri wanita sihat luaran dan dalaman!
Antara ciri ciri wanita sihat ialah anda makan dengan mencukupi. Selain itu, diet anda juga pelbagai dan lengkap dengan campuran buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin penuh dan serat.
Inginkan tubuh dan emosi yang sihat? Makan sebelum lapar dan berhenti sebelum kenyang.
Ramai wanita di luar sana yang lupa mengamalkan tabiat makan ini. Jangan seksa diri dan berlapar terlalu lama. Tak baik untuk kesihatan!
Jika anda boleh naik tangga sebanyak 2 tingkat tanpa rasa penat atau tercungap-cungap, ini menandakan kesihatan fizikal anda berada pada tahap yang baik!
Menurut Dr. Cindy Geyer, Ahli True Health Initiate dalam temu bualnya bersama Insider, keupayaan anda untuk naik tangga sebanyak 2 tingkat menandakan badan anda mampu melakukan aktiviti berintensiti tinggi – satu tanda badan anda sihat dan cergas!
Satu lagi ciri ciri wanita dengan fizikal yang sihat ialah anda boleh lakukan aktiviti yang disukai tanpa rasa penat.
Boleh berjalan sepanjang hari di pusat membeli-belah? Ada masa untuk berjoging atau bersukan bersama kawan-kawan pada hujung minggu?
Tahniah, ini merupakan tanda badan wanita sihat dan cergas! Malah, kemampuan anda untuk bersosial juga berada pada tahap yang memuaskan.
Baca juga:
- Wanita, Jangan Stres Stres! Ada Cara Untuk Kekal Sihat & Bebas Tekanan, Jom Cuba!
- Bukan Sekadar Senaman, Ada 7 Sebab Kita PATUT Buat Yoga & Jom Tukar Mindset!
Bagaimanakah wanita boleh menguruskan stres dengan lebih baik?
Menguruskan stres bukanlah sesuatu yang mustahil. Malah, ia boleh ditangani jika wanita fokus pada 6 cabang kehidupan iaitu fizikal, emosi, mental, pekerjaan, sosial dan spiritual.
Dengan tumpuan pada 6 cabang ini, wanita dapat mencari keseimbangan dalam hidup.
Malah, anda juga boleh mengenali potensi diri serta kelemahan masing-masing. Inilah masanya untuk kenal pasti bahagian mana yang boleh diperbaiki.
Apa yang anda boleh lakukan untuk menjadi seorang wanita yang cekal dari segi mental? Sebagai panduan, cuba lakukan perkara di bawah:
- Fizikal – Lakukan senaman, relaks (lakukan yoga, meditasi, dengar lagu), makan dengan sihat, pastikan anda ada masa untuk melakukan perkara yang disukai dan dapatkan tidur yang mencukupi.
- Emosi – Belajar cara untuk meluahkan perasaan anda. Ulang fikiran yang positif. Cuba tingkatkan keyakinan diri.
- Mental – Berfikir secara positif dan realistik, lakukan aktiviti yang meningkatkan kreativiti.
- Kerja – Cari keseimbangan antara kerja dan kehidupan. Letakkan limitasi dalam waktu bekerja.
- Sosial – Kekalkan hubungan yang sihat, sentiasa berhubung dengan ahli keluarga dan rakan-rakan.
- Spiritual – Cari makna dalam hidup, sentiasa bersyukur.
Cara lain untuk mendapatkan mental dan badan yang sihat
- Cuba cari punca tekanan. Bolehkah anda kurangkannya? Cuba buat jadual atau cari jalan untuk kurangkan stres.
- Berani hadapi sebarang perubahan. Perubahan bukanlah satu ancaman. Ia merupakan satu peluang untuk anda cuba sesuatu yang baharu.
- Fokus pada masa sekarang. Tidak ada gunanya jika anda terlalu memikirkan tentang masa lepas atau perkara yang belum berlaku.
- Cari masa untuk bersenam. Jangan duduk sahaja sepanjang hari. Sayangi diri anda dan bergeraklah, walaupun hanya beberapa minit setiap hari.
- Makan dengan sihat. Banyakkan pengambilan sayur, buah, bijirin penuh dan makanan berserat. Jangan lupa, minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.
- Terima apa yang berlaku seadanya. Ada perkara yang kita boleh ubah. Namun, ada juga yang kita terpaksa terima seadanya. Jika anda tidak boleh ubah apa yang berlaku, tukar reaksi anda dan cuba terimanya dengan positif.
- Ciri ciri wanita sihat adalah tahu bersyukur. Ingatlah, amalan bersyukur akan membawa kegembiraan.
- Jangan fokus pada perkara yang negatif. Berfikir secara positif bukan sahaja dapat memberi manfaat terhadap mental, ia juga akan membawa kepada badan yang sihat.
- Tahu bila masanya untuk minta bantuan. Kadangkala, kita perlukan bantuan pakar untuk masalah yang berkait rapat dengan kesihatan mental. Jangan malu untuk berjumpa doktor dan dapatkan pemeriksaan lanjut.
- Senyumlah, anda boleh lakukan semua ini!
Kaum Hawa, tidak mustahil untuk wanita sihat secara fizikal, mental dan emosi!
Mulai tahun ini, cuba lakukan perkara yang kami cadangkan di atas untuk berubah dan bentuk diri menjadi ciri ciri wanita yang kuat dan cekal.
Jangan lupa, kesihatan fizikal dan mental selalunya berkait rapat antara satu sama lain. Sebab itulah, anda perlu jaga kedua-duanya untuk mendapatkan badan yang sihat.
Namun, jika anda rasa tidak sihat dan mengalami simptom-simptom tertentu, berjumpalah pakar untuk pemeriksaan lanjut. Berjumpa doktor juga merupakan satu jenis self-care yang perlu wanita amalkan.
Jangan biarkan diri anda sakit dalam tempoh masa yang panjang. Dapatkan nasihat serta pendapat pakar mengenai kesihatan anda.
[embed-health-tool-ovulation]