Alami Sakit Tekak Yang Teruk, Ini 3 Sebab UTAMA Mengapa Tonsil Anda Perlu Dibedah

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 20/11/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Apabila doktor membincangkan tentang pembedahan untuk membuang tonsil, lazimnya mereka merujuk kepada tonsil Palatine kerana terdapat beberapa jenis tonsil yang lain yang berada di bahagian leher dan tekak kita.

Tonsil adalah sejenis tisu limfoid dan ianya memainkan peranan sebagai barisan hadapan sistem pertahanan (sistem imun) badan kita dalam melawan jangkitan.

Anda mungkin pernah terdengar kawan-kawan atau anak-anak mereka telah menjalani pembedahan untuk membuang tonsil, namun, pernahkah anda tertanya, apakah situasi yang menyebabkan tonsil itu lebih baik jika dibuang?

Pembedahan untuk membuang tonsil, kenapa ia diperlukan? 

radang tonsil

Terdapat beberapa situasi, penyakit dan indikasi di mana tonsil itu digalakkan untuk dibuang. Antaranya:

Keradangan tonsil yang kerap, kronik atau sangat teruk

Anggaran 4 kali keradangan tonsil setahun adalah indikasi yang diguna pakai di banyak negara sebagai syarat untuk membuang tonsil.

Selain itu, jika seseorang itu mengalami keradangan tonsil (tonsillitis) yang teruk sehingga berlaku komplikasi seperti nanah di sekitar kawasan tonsil (Peritonsillar Abscess), ia juga dikira sebagai indikasi untuk tonsil menjalani pembedahan untuk membuang tonsil.

Jangkitan telinga (Otitis Media) yang kerap atau kronik

Walaupun pembuangan tonsil di sini lazimnya merujuk kepada tonsil Adenoid, ia tetap tergolong dalam salah satu jenis tonsil yang ada dalam badan kita.

Tonsil adenoid digalakkan untuk dibuang dalam situasi ini kerana tonsil adenoid yang besar akan mengganggu pengudaraan tiub Eustachian yang menghubungkan kaviti tengah telinga dan bahagian belakang hidung serta tekak (nasofarinks).

Gangguan dalam pengudaraan ini akan menyebabkan jangkitan di telinga lambat atau sukar untuk sembuh, atau meningkatkan kecenderungan bahagian tengah telinga untuk dijangkiti.

Obstructive Sleep Apnoea (OSA)

Keadaan ini kitaran antara jeda pernafasan buat seketika, dan penyambungan semula pernafasan. Tonsil yang besar akan menyebabkan saluran pernafasan menjadi lebih sempit dan menyebabkan penerimaan udara (oksigen) yang tidak optimum kepada otak dan badan.

Kesannya, pesakit atau penghidap OSA akan mengalami gangguan pernafasan tidur yang kerap sepanjang malam, berdekur dan akibat daripada gangguan tidur dan penerimaan udara tersebut, penghidap lazimnya akan merasa penat, mengantuk dan tidak bermaya keesokan paginya.

Mereka juga lebih cenderung untuk mendapat pening kepala dan dehidrasi khususnya selepas bangun tidur di mana mulut dan tekak mereka akan terasa kering.

Pembedahan untuk membuang tonsil ini adalah pembedahan yang mempunyai risikonya tersendiri. Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang risiko, kos dan juga kesesuaian pembedahan ini, berjumpalah dengan doktor anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

10 Cara Melegakan Sakit Tekak

Mengalami sakit tekak boleh menjadi sangat menjengkelkan, terutamanya apabila kerja anda memerlukan anda bercakap banyak. Sekiranya anda tiada masa untuk berjumpa doktor, anda boleh mendapatkan ubat-ubatan daripada ...

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Farah Aziz
Gaya Hidup Sihat, Tips Kesihatan 30/08/2018 . 2 minit bacaan

Limfangitis

Kenali apa itu Limfangitis . Apakah simptom-simptom, punca dan rawatannya.

Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Ditulis oleh Fariha Zakaria
Kesihatan A-Z, Kesihatan A-Z 31/05/2018 . 4 minit bacaan

Umckaloabo

KegunaanApakah kegunaan Umckaloabo? Umckaloabo adalah tumbuhan berbunga yang berasal dari Afrika Selatan, seperti namanya. Akarnya digunakan untuk ubat. Umckaloabo mula diperkenalkan di Britain pada tahun 1897 sebagai ...

Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Ditulis oleh Muhammad Basheer Yahya
Rawatan Tradisional & Herba, Ubat Herba 22/05/2018 . 3 minit bacaan

Kanser Tonsil

Kenali apa itu Kanser Tonsil . Apakah simptom-simptom, punca dan rawatannya.

Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Ditulis oleh Muhammad Basheer Yahya
Kesihatan A-Z, Kesihatan A-Z 05/04/2018 . 4 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

radang tonsil

Sukar Menelan Makanan Petanda Radang Tonsil, Benarkah Ia Boleh Membawa Maut?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 17/09/2020 . 3 minit bacaan
adenoiditis

What Is Adenoiditis

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nga Truong
Diterbitkan pada 25/10/2019 . 3 minit bacaan
Pembedahan untuk membuang tonsil

Tonsillectomy And The Reasons For Doing It

Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
Diterbitkan pada 23/04/2019 . 2 minit bacaan

Menurut Laporan Kajian, Kebanyakan Pembuangan Tonsil Kanak-Kanak Tidak Diperlukan

Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
Diterbitkan pada 12/11/2018 . 2 minit bacaan