Selain kerana anda tidak menjaga kebersihan, masalah ini juga mungkin akibat keadaan kesihatan. Persoalannya, benarkah jika nafas berbau tanda penyakit? Jom baca artikel untuk tahu lebih lanjut!
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Oral, anda boleh klik di sini.
#1. Tanda jangkitan saluran pernafasan
Jangkitan saluran pernafasan biasa seperti demam biasa dan sinusitis boleh menjadi faktor yang menyumbang kepada nafas anda yang tidak normal.
Walaupun anda mengalami demam atau sinusitis, rembesan bakteria di dalam hidung atau sinus terus berlaku di tekak, menyebabkan nafas berbau.
#2. Kekeringan dalam mulut
Mulut kering, atau juga dikenali sebagai xerostomia, adalah keadaan di mana terdapat disfungsi pada kelenjar air liur atau bernafas melalui mulut.
Anda juga boleh tahu jika anda mempunyai mulut kering atau tidak dengan melihat sama ada nafas anda berbau atau tidak.
Jika anda mempunyai nafas berbau, kemungkinan besar anda mengalami xerostomia.
Nafas berbau tanda penyakit #3. Diabetes
Sungguh pelik, nafas anda juga boleh memberitahu jika anda mempunyai diabetes atau tidak.
Jika nafas berbau seperti buah-buahan, kemungkinan besar anda mempunyai kadar glukosa darah yang tidak terkawal (ketoasidosis).
Keadaan ini berlaku disebabkan badan membakar lemak dan bukannya menggunakan glukosa untuk menghasilkan tenaga, yang membawa kepada pembentukan ketone.
Nafas berbau tanda penyakit #4. Obesiti
Kajian yang dijalankan oleh pengkaji Los Angeles Medical Center mendedahkan bahawa keadaan tidak normal pada nafas anda boleh menjadi petunjuk kepada obesiti.
Orang yang mempunyai BMI dan peratusan lemak yang lebih tinggi lebih cenderung mempunyai kepekatan metana dan hidrogen yang lebih tinggi berbanding orang yang mempunyai BMI normal.
Kepekatan yang tinggi tersebut boleh menyebabkan nafas berbau. Gas ini menyebabkan bau busuk yang sedikit sebanyak menyerupai bau tandas.
#5. Kegagalan buah pinggang atau hati
Walaupun komplikasi kegagalan buah pinggang atau hati mempunyai simptom dan tanda-tanda yang ketara, nafas anda juga boleh menjadi petunjuk.
Jika anda mempunyai mana-mana daripada dua penyakit di atas, bau nafas mungkin mudah dikesan.
Disebabkan oleh kegagalan fungsi buah pinggang dan hati, pelbagai toksin di dalam badan dikeluarkan melalui paru-paru, yang menyebabkan bau.
Nafas berbau tanda penyakit #6. Kanser paru-paru
Orang yang mengalami kanser paru-paru boleh dibezakan dengan mudah daripada penyakit paru-paru yang lain melalui analisis sampel nafas yang mudah kerana nafas pesakit kanser paru-paru mengandungi sebatian meruap yang berbeza berbanding orang lain.
Sebatian meruap adalah bahan yang menyebabkan bau nafas anda kerana ia boleh menguap dengan mudah ke dalam udara.
Walau bagaimanapun, anda boleh didiagnosis dengan bantuan teknologi hidung elektrik, yang sangat sensitif dalam mengesan kanser paru-paru.
#7. Kondisi candida albicans
Satu lagi penyumbang kepada nafas berbau adalah candida albicans, iaitu sejenis yis yang boleh membawa masalah kepada mereka yang mempunyai tindik di lidah mereka.
Candida albicans juga boleh berlaku pada mereka yang memakai gigi palsu atau orang yang menggunakan peralatan pergigian lain, seperti retainer gigi.
Bau mulut memang boleh membawa masalah kepada ramai orang dan menjejaskan keyakinan diri.
Jika anda mempunyai nafas berbau dan anda mengesyaki bahawa anda mungkin mempunyai salah satu daripada tanda-tanda di atas, sebaiknya anda berjumpa doktor anda untuk mendapatkan panduan lanjut, diagnosis dan rawatan.
[embed-health-tool-bmi]