Berapa lama lubang bekas cabut gigi menutup sejurus selepas menerima khidmat doktor gigi? Ya, ramai orang mungkin masih belum tahu tentang tempoh sembuh cabut gigi yang sebenar.
Ada yang kata seminggu tetapi ia mungkin kurang atau lebih. Jom baca artikel dengan lebih lanjut!
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Mulut, anda boleh klik di sini.
Proses pertumbuhan dan penggantian gigi
Untuk pengetahuan anda semua, gigi adalah antara komponen tulang manusia yang wujud dalam mulut dengan fungsi menggigit, menghancur dan mengunyah makanan atau minuman.
Ia akan mula tumbuh semasa bayi berusia kira-kira 6 bulan di dalam bentuk gigi susu atau primer.
Di saat mencapai umur kanak-kanak, jumlah gigi pertama ini boleh mencecah sehingga 20 batang.
Menginjak umur remaja atau belia pula, gigi pertama itu akan digantikan dengan gigi kekal dan ia boleh tetap di situ sampai usia dewasa kelak dengan purata 32 batang jika tiada masalah.
Pun begitu, mungkin ada situasi tertentu yang mengakibatkan gigi anda tertanggal dengan sendiri malah terpaksa dicabut angkara kerosakan, kemalangan atau keadaan kesihatan individu.
Berbalik kepada persoalan utama artikel tadi, berapa lama tempoh sembuh cabut gigi? Seminggu?
Berapa lama tempoh sembuh cabut gigi?
Legenda mengatakan kesakitan cabut gigi merupakan yang kedua paling teruk selepas bersalin. Ia mungkin ada unsur tokok tambah namun ramai juga yang demam selepas cabut gigi!
Sama ada gigi anda itu luruh dengan sendiri atau anda cabut di klinik, ia tetap akan meninggalkan lubang pada gusi. Lubang inilah yang akan memerlukan masa untuk ia tutup atau sembuh.
Jadi, berapa lama lubang bekas cabut gigi menutup selepas menerima khidmat pakar ortodontik?
Tidak kurang ramai yang percaya bahawa tempoh sembuh cabut gigi adalah seminggu. Benarkah?
Menurut laman web My Health, lubang bekas cabut gigi akan mula mengecil lalu menutup dengan mengambil masa sekitar 3 ke 7 hari jika tidak wujud sebarang komplikasi seperti berikut:
- Bekas cabut gigi membengkak
- Rasa kebas yang berpanjangan
- Rasa sakit yang berlarutan
- Pendarahan masih tidak terhenti
- Pembukaan mulut agak terhad
- Infeksi pada gigi atau gusi
Sekiranya anda ada masalah seperti di atas, atau gusi bernanah selepas cabut gigi, sila segera ke klinik gigi yang berdekatan untuk mendapatkan informasi, nasihat serta rawatan lanjut.
Bagaimana pula cara merawat gusi bengkak selepas cabut gigi?
Seperti mana yang kami nyatakan di atas tadi, tempoh sembuh cabut gigi yang normal adalah di antara 3 – 7 hari kalau tiada komplikasi. Namun, ia mungkin tidak akan lebih lama daripada jangka masa itu.
Agar ia lebih cepat pulih, beberapa cara merawat gusi bengkak selepas cabut gigi berikut mungkin dapat membantu:
- Ambil ubat tahan sakit–Petua hilangkan rasa sakit selepas cabut gigi yang pertama dan paling penting ialah jangan lupa untuk mengambil ubat tahan sakit seperti ibuprofen, paracetamol dan antibiotik demi mengelak daripada infeksi.
- Tuam dengan kompres sejuk – Tuaman di sisi pipi dengan kompres sejuk daripada air batu membantu meredakan dan melegakan rasa sakit akibat bengkak pada gigi atau gusi.
- Sering ganti kain kapas – Usah biarkan kain kapas penahan darah di lubang bekas cabut gigi itu terlalu lama. Baik gantikan ia sebelum darah sudah terlampau banyak dan penuh.
- Gosok gigi dengan cermat – Siapa kata tidak boleh berus selepas cabut gigi? Anda masih perlu gosok gigi namun buat dengan cermat dan perlahan untuk elak kecederaan.
- Berkumur setiap kali selepas makan – Setiap kali selepas makan dan minum, pastikan anda berkumur dengan larutan air garam atau cecair kumuran bagi membunuh kuman.
- Berpantang makanan dan minuman tertentu – Makanan yang bertekstur keras dan bersaiz besar tentu sahaja perlu dielakkan. Sebaiknya, amalkan menu lebih lembut seperti bubur nasi selepas prosedur cabut gigi.
- Bersandar jika masih ada pendarahan – Andai berlaku pendarahan yang tidak berhenti dalam tempoh yang lama, bersandar. Kemudian, dapatkan perhatian doktor gigi.
Kesimpulan
[embed-health-tool-bmi]