backup og meta

Penyakit Gusi & Mulut (Gingivitis & Periodontitis)

Penyakit Gusi & Mulut (Gingivitis & Periodontitis)

Penyakit gingivitis adalah masalah radang gusi, biasanya disebabkan oleh jangkitan bakteria.

Sekiranya tidak dirawat, ia boleh menjadi jangkitan yang lebih serius dikenali sebagai periodontitis.

Gingivitis dan periodontitis adalah penyebab utama kehilangan gigi pada orang dewasa, menurut Persatuan Pergigian Amerika.

Jangkitan gigi memerlukan kos rawatan yang agak mahal, dan mampu mempengaruhi kesihatan serta dompet anda.

Menurut Pusat Perkhidmatan Medicare & Medicaid, penduduk Amerika menghabiskan anggaran $129 bilion untuk perkhidmatan pergigian pada tahun 2017.

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Mulut, anda boleh klik di sini.

Apakah penyebab penyakit gingivitis dan periodontitis?

Gusi anda sebenarnya melekat pada gigi di titik yang lebih rendah berbanding di penghujung gusi yang kita lihat.

Ini membentuk ruangan kecil yang disebut sebagai sulcus. Makanan dan plak boleh terperangkap di ruangan ini dan menyebabkan jangkitan gusi atau gingivitis.

Plak adalah lapisan bakteria yang nipis. Ia biasanya terbentuk di permukaan gigi.

Apabila plak bertambah, ia akan mengeras dan menjadi tartar. Kalian akan mula mengalami jangkitan apabila plak terbentuk di bawah garis gusi.

Jika tidak diperiksa, gingivitis boleh menyebabkan gusi anda terpisah daripada gigi.

Hal ini berisiko menyebabkan kecederaan pada tisu lembut dan tulang yang menyokong gigi. Gigi juga boleh menjadi longgar dan tidak stabil.

Sekiranya jangkitan berlaku, anda akhirnya akan kehilangan gigi atau memerlukan bantuan doktor gigi untuk mengeluarkannya.

Faktor-faktor risiko gingivitis dan periodontitis

penyakit gingivitis

Berikut adalah beberapa faktor risiko penyakit gingivitis dan periodontitis:

  • Merokok atau mengunyah tembakau
  • Diabetes
  • Mengambil ubat-ubatan tertentu seperti pil perancang, steroid, antikonvulsan, penyekat saluran kalsium, dan kemoterapi
  • Gigi bengkok
  • Peralatan pergigian yang tidak sesuai
  • Fillings yang rosak
  • Kehamilan
  • Faktor genetik
  • Sistem imun terjejas seperti menghidap HIV/AIDS

Simptom-simptom penyakit gingivitis dan periodontitis

Kebanyakan orang tidak menyedari bahawa mereka mempunyai penyakit gusi. Kadangkala penyakit gusi tidak menunjukkan sebarang gejala.

Walau bagaimanapun, berikut adalah beberapa gejala penyakit gusi:

  • Gusi berwarna merah, sakit, atau bengkak
  • Gusi berdarah semasa menggosok gigi
  • Gusi yang telah berjarak daripada gigi
  • Gigi longgar
  • Perubahan gigi ketika menggigit (malocclusion)
  • Nanah antara gigi dan gusi
  • Sakit ketika mengunyah
  • Gigi sensitif
  • Gigi palsu separa yang tidak lagi sesuai
  • Nafas busuk yang tidak hilang setelah menggosok gigi

Bagaimana penyakit gusi didiagnosis?

Semasa pemeriksaan gigi, gusi anda akan diperiksa dengan pembaris kecil.

Pemeriksaan ini adalah cara untuk memeriksa sebarang keradangan. Ia juga mengukur pockets di sekitar gigi.

Kedalaman yang normal ialah 1 hingga 3 milimeter. Doktor gigi mungkin juga akan menjalankan sinar-X untuk memeriksa sebarang kehilangan tulang.

Berkomunikasilah dengan doktor gigi anda mengenai faktor risiko penyakit gusi dan juga gejala dialami.

Ia dapat membantu untuk mendiagnosis radang gusi anda. Sekiranya mempunyai gingivitis, anda mungkin dirujuk ke pakar periodontik.

Pakar periodontik adalah doktor gigi yang mahir dalam rawatan penyakit gusi.

Bagaimana penyakit gusi dirawat?

Anda haruslah mengamalkan kebersihan mulut yang betul untuk merawat masalah radang gusi.

Selain itu, anda juga harus kurangkan merokok, jika merokok, dan menguruskan penyakit diabetes.

Rawatan-rawatan lain termasuk:

  • Membersihkan gigi dengan mendalam
  • Ubat antibiotik
  • Pembedahan

Membersihkan gigi

penyakit gingivitis

Terdapat beberapa teknik yang boleh digunakan untuk membersihkan gigi dan mengelakkan penyakit gingivitis tanpa memerlukan pembedahan.

Kesemuanya menghilangkan plak dan tartar untuk mengelakkan kerengsaan gusi:

  • Scaling: Menghilangkan tartar dari atas dan bawah garis gusi
  • Root planing: Melicinkan bintik-bintik kasar dan menghilangkan plak serta tartar dari permukaan akar
  • Laser: Menghilangkan tartar, akan alami rasa sakit dan pendarahan yang lebih sedikit berbanding scaling dan root planing

Ubat-ubatan

Sejumlah ubat boleh digunakan untuk mengubati penyakit gingivitis:

  • Pengkumur mulut antiseptik yang mengandungi chlorhexidine boleh digunakan untuk membasmi kuman pada mulut
  • Timed-release antiseptic chips yang mengandungi chlorhexidine dimasukkan ke dalam poket setelah root planing
  • Antibiotic microspheres yang dibuat dengan minocycline dapat dimasukkan ke dalam poket setelah scaling dan planing
  • Antibiotik oral boleh digunakan untuk mengubati kawasan radang gusi yang berterusan
  • Doxycycline, sejenis antibiotik yang membantu menjaga enzim daripada menyebabkan kerosakan gigi
  • Pembedahan flap adalah prosedur di mana gusi diangkat ke belakang sementara plak dan tartar dikeluarkan daripada poket yang lebih dalam. Gusi kemudian dijahit dengan kemas
  • Bone and tissue grafts boleh digunakan apabila gigi dan rahang sudah terlalu rosak untuk sembuh

Bagaimana penyakit gusi dapat dicegah?

penyakit gingivitis

Mengamalkan kebersihan mulut yang betul dan konsisten dapat mencegah penyakit gusi. Ini termasuk:

  • Menemui doktor gigi dengan kerap
  • Gosok gigi 2 kali sehari dengan ubat gigi fluorida
  • Flos gigi setiap hari

Makan makanan seimbang juga amat penting untuk mencapai dan menjaga kesihatan gigi yang baik.

Masalah kesihatan berkaitan penyakit gingivitis

Centers for Disease Control and Prevention dan National Institute of Dental and Craniofacial Research melaporkan penyakit periodontal dikaitkan dengan peningkatan risiko bagi:

  • Diabetes
  • Penyakit jantung
  • Strok
  • Penyakit paru-paru

Ia turut meningkatkan risiko wanita melahirkan bayi pramatang atau dengan berat badan rendah.

Walaupun penyakit gusi dikaitkan dengan masalah-masalah kesihatan ini, namun ia tidak terbukti menjadi penyebabnya.

Lebih banyak penyelidikan diperlukan untuk menentukan kaitan yang spesifik.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Gingivitis. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/gingivitis/symptoms-causes/syc-20354453. Accessed on October 27, 2022.
  2. Gum disease. http://www.ada.org/en/Home-MouthHealthy/az-topics/g/gum-disease. Accessed on October 27, 2022.
  3. Oral health. https://www.cdc.gov/oralhealth/conditions/index.html. Accessed on October 27, 2022.
  4. Gum Disease and Other Diseases. https://www.perio.org/consumer/gum-disease-and-other-diseases. Accessed on October 27, 2022.
  5. Periodontal Gum Disease. http://www.nidcr.nih.gov/oralhealth/Topics/GumDiseases/PeriodontalGumDisease.htm. Accessed on October 27, 2022.

Versi Terbaru

27/10/2022

Ditulis oleh Nisreen Nadiah

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Fatin Zahra


Artikel Berkaitan

Ibu Ayah, Buat 11 Perkara Penting Ini Untuk Elak Gigi Si Manja Cepat Rosak & Berlubang!

Pernah Ada Masalah Gusi? JAGA-JAGA! Risiko Untuk Anda Terkena Penyakit Strok TINGGI


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 27/10/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan