backup og meta

Lidah Berwarna Putih? Mungkin Sebab Anda Selalu 'Skip' Gosok Gigi!

Lidah Berwarna Putih? Mungkin Sebab Anda Selalu 'Skip' Gosok Gigi!

Kenapa lidah putih? Adakah ini tanda jangkitan atau ia merupakan sesuatu yang normal?

Bagi mereka yang mempunyai masalah ini, bawa bertenang… Selalunya, lidah yang berwarna putih bukanlah tanda penyakit. Walau bagaimanapun, ia boleh menjadi simptom jangkitan dan lebih teruk lagi, kanser!

Jadi, bagaimana untuk pastikan tompokan putih pada lidah bukan tanda bahaya?

Dalam artikel kali ini, kami akan terangkan mengenai punca lidah bertompok putih dan bagaimana untuk merawatnya.

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Mulut, anda boleh klik di sini.

4 punca lidah putih

Apa sebenarnya yang menyebabkan lidah menjadi putih?

Menurut pakar, punca yang paling lazim ialah pengumpulan bakteria dan sel-sel mati pada tunas rasa yang juga dikenali sebagai papilla.

Semua bakteria dan sel mati inilah yang menyebabkan lidah menjadi putih. Selain itu, kondisi ini juga boleh berlaku sekiranya:

1. Anda tidak menjaga kebersihan mulut dengan sempurna

lidah putih

Kebanyakan masanya, lidah yang berwarna putih menandakan penjagaan oral yang tidak sempurna.

Jika wujudnya pertumbuhan yis atau bakteria pada mulut, papilla boleh menjadi bengkak dan bertukar warna.

Perkara yang sama juga boleh berlaku jika anda mengalami dehidrasi. Oleh sebab itu, pastikan anda minum air dengan mencukupi.

Jika masalah lidah warna putih mengganggu anda, cuba gunakan berus khas untuk lidah. Selepas berus gigi, jangan lupa berus sekali kawasan lidah.

Kemudian, bilas mulut menggunakan ubat cuci mulut untuk mengurangkan penyebaran bakteria.

Baca juga:

2. Ada kulat dalam mulut (oral thrush)

Mulut anak berwarna putih? Anak juga sering menangis dan tidak mahu minum susu? Jika ya, besar kemungkinan bayi anda mengalami masalah kulat dalam mulut.

Oral thrush, juga dikenali sebagai oral candidiasis merupakan satu kondisi yang berlaku apabila kulat Candida albicans berkumpul di dalam mulut.

Candida merupakan organisma yang lazim ditemui dalam mulut. Namun, kadangkala ia boleh merebak dan menyebabkan simptom.

Oral thrush boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Namun, bayi dan warga emas merupakan golongan yang paling mudah mengalami jangkitan ini disebabkan sistem imun mereka yang lemah atau pengambilan antibiotik tertentu.

3. Leukoplakia penyebab lidah putih

lidah putih

Leukoplakia merupakan satu kondisi yang lazim berlaku. Ia terjadi disebabkan pertumbuhan sel yang abnormal pada permukaan mulut. Sel inilah yang menyebabkan kawasan dalam mulut berwarna putih.

Individu yang merokok, mengunyah tembakau atau minum terlalu banyak alkohol mempunyai risiko yang tinggi untuk mengalami leukoplakia.

Dalam kebanyakan kes, bintik atau bulatan putih dalam mulut ini tidak mendatangkan sebarang bahaya.

Namun, dalam kes yang jarang berlaku, ia boleh menjadi kanser mulut jika dibiarkan tanpa sebarang rawatan.

4. Oral Lichen Planus

Oral lichen planus merupakan sejenis kondisi keradangan kronik yang mempengaruhi membran mukus di dalam mulut.

Antara simptom oral lichen planus ialah lidah atau kawasan dalam mulut yang berwarna putih.

Penyakit ini tidak membawa sebarang bahaya. Namun, pesakit mungkin perlukan pencuci mulut yang mengandungi steroid untuk mencegahnya pada masa akan datang.

Berbeza dengan leukoplakia, penyakit ini tidak akan menyebabkan kanser. Malah, ia selalunya berkait rapat dengan penyakit autoimun tertentu.

Cara mencegah masalah lidah putih

lidah putih

Sebenarnya, mudah sahaja untuk elakkan masalah lidah putih. Anda hanya perlu pastikan mulut berada dalam keadaan yang bersih. Sebagai panduan, pastikan anda:

  1. Berkumur selepas makan.
  2. Berus gigi dua kali sehari dan flos setiap hari.
  3. Periksa gigi palsu anda. Jangan pakai gigi palsu semalaman. Pastikan ia muat dan tidak akan menyebabkan iritasi. Selain itu, basuh gigi palsu setiap hari.
  4. Jumpa doktor gigi sekurang-kurangnya 2 kali setahun. Jika anda mempunyai gigi palsu atau menghidap diabetes, anda mungkin perlu berjumpa doktor gigi dengan lebih kerap.
  5. Jaga-jaga dengan pemakanan anda. Kurangkan gula dalam diet harian. Pengambilan gula yang terlalu banyak boleh menggalakkan tumbesaran candida.
  6. Minum air dengan mencukupi.
  7. Ambil paracetamol atau ibuprofen untuk kurangkan kesakitan.

Sekiranya simptom yang anda alami tidak hilang, jumpa doktor secepat mungkin.

Pastikan anda berjumpa doktor jika mengalami simptom seperti:

  1. Rasa sakit lidah yang berpanjangan dan tidak sembuh-sembuh.
  2. Ada luka terbuka di dalam mulut.
  3. Anda sukar mengunyah, menelan atau bercakap.
  4. Anda mengalami simptom lain seperti demam, penurunan berat badan atau muncul ruam pada kulit.

Moga artikel kami kali ini dapat menjawab persoalan anda mengenai kenapa lidah putih!

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Leukoplakia Oral. http://www.myhealth.gov.my/leukoplakia-oral/. Accessed on October 17, 2022.
  2. Leukoplakia. https://www.mountsinai.org/health-library/diseases-conditions/leukoplakia. Accessed on October 17, 2022.
  3. Oral Lichen Planus. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/17875-oral-lichen-planus. Accessed on October 17, 2022.
  4. Oral thrush (mouth thrush). https://www.nhs.uk/conditions/oral-thrush-mouth-thrush/. Accessed on October 17, 2022.
  5. Oral thrush. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/oral-thrush/symptoms-causes/syc-20353533. Accessed on October 17, 2022.
  6. Sore or white tongue. https://www.nhs.uk/conditions/sore-or-white-tongue/. Accessed on October 17, 2022.
  7. White Tongue Symptoms: Causes, Types, Treatments and Home Remedies. https://www.medicoverhospitals.in/symptoms/white-tongue. Accessed on October 17, 2022.

Versi Terbaru

07/12/2022

Ditulis oleh Dr. Joseph Tan

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

Lidah Berbulu Hitam: Apa yang Anda Perlu Tahu

Awww! Sakitnya Bila Tergigit Bibir Dan Lidah, Ikut 4 Langkah Ini Untuk Rawat!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Dr. Joseph Tan · Disemak pada 07/12/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan