backup og meta

Mengurangkan Tekanan: Petua Menenangkan Badan Dan Minda

Mengurangkan Tekanan: Petua Menenangkan Badan Dan Minda

Tekanan, jika tidak dirawat boleh menyebabkan keadaan kronik dan menjadi punca kepada pelbagai masalah kesihatan. Cara terbaik untuk menangani tekanan adalah pengurusan kendiri. Mari kita lihat cara menguruskan minda dan badan anda untuk mengurangkan tekanan.

Tenangkan fikiran anda

Pertama, beri perhatian kepada minda anda,kerana seperti yang anda ketahui, tekanan adalah masalah emosi. Anda boleh mempertimbangkan petua-petua berikut:

Luangkan masa untuk menulis tentang masalah anda: Tulis tentang kebimbangan anda termasuk tentang pekerjaan, pelajaran, keluarga, rakan, atau cinta. Anda boleh menulis tentang peristiwa yang menjadikan anda tertekan dan apa perasaan anda semasa setiap situasi. Anda juga boleh menulis tentang bagaimana anda akan mengawal tekanan anda. Ini dapat membantu anda mengatasi tekanan dengan lebih baik.

Jangan pendam perasaan anda: Luahkannya. Anda boleh menangis atau ketawa apabila anda mahu. Anda juga boleh bercakap dengan orang lain mengenai keadaan anda. Bercakap dengan orang yang dipercayai dan dicintai dapat membantu anda menangani masalah anda. Mereka mungkin boleh memberi nasihat berguna kepada anda.

Memperbaiki hubungan peribadi anda (dengan rakan dan keluarga anda).

Pelajari beberapa kemahiran: Kemahiran pengurusan masa atau penyelesaian masalah berguna apabila menghadapi situasi yang menimbulkan tekanan.

Tingkatkan keanjalan emosi anda dan keupayaan anda untuk mengawal sesuatu keadaan: Apabila anda dapat mengawal kebanyakan perkara dalam hidup anda, anda dapat melihat bahawa kurangnya masalah yang memberi tekanan.

Lakukan perkara anda gemari: Walaupun anda mungkin terpaksa bekerja keras dan anda perlu terus bekerja, masa bersantai adalah penting untuk menghindari beban kerja yang banyak. Cuba petua-petua ini:

  • Lakukan kerja-kerja rumah, seperti membersihkan rumah, memasak, atau berkebun.
  • Menulis, melukis, atau nyanyi sebuah lagu.
  • Bangunkan (teks asal tidak lengkap)
  • Mengambil bahagian dalam aktiviti sukarela.
  • Jangan terlalu fikirkan masa lalu atau masa depan. Hiduplah untuk saat ini.
  • Cuba meditasi dan khayalan berpandu
  • Tenangkan badan anda

Melakukan senaman selalunya baik untuk kesihatan anda. Untuk menghilangkan tekanan, latihan dapat membantu menenangkan tubuh anda serta meningkatkan metabolisme, hati dan fikiran anda. Sekiranya anda seorang yang tidak aktif, mulakan dengan senaman ringan seperti berjalan kemudian lakukan senaman yang lebih berat secara beransur-ansur

Melakukan aktiviti harian seperti mencuci pinggan mangkuk, mencuci pakaian, atau membersihkan lantai juga merupakan idea yang baik.

Teknik-teknik lain seperti senaman pernafasan, yoga, tai chi, dan relaksasi otot boleh digunakan untuk mengurangkan tekanan. Senaman-senaman ini membantu anda mengawal respirasi anda, mengurangkan kadar degupan jantung anda, menurunkan tekanan darah anda, meningkatkan penggunaan oksigen oleh badan anda, dengan itu, membebaskan diri dari tekanan.

Langkah-langkah yang mudah ini dapat membantu anda dengan menguruskan tekanan anda. Walaubagaimanapun, jika anda terus mengalami gejala yang teruk atau kronik, hubungi penyedia penjagaan kesihatan anda untuk rawatan yang betul.

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Versi Terbaru

08/12/2019

Ditulis oleh Maggie Quek

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Ingin Tahu Tahap Stres Dan Anxiety Anda? Lakukan Ujian DASS, Buat Online Lebih Cepat Tahu!

Nampak Tenang Namun Jiwa Bergejolak, Usah Normalisasi Sindrom Itik!


Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Maggie Quek · Disemak pada 08/12/2019

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan