“Melupakan” Lebih Banyak Menggunakan Aktiviti Otak Berbanding “Mengingati”

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 09/07/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Melupakan sesuatu lebih mudah daripada kekal mengingatinya. Tetapi benarkah pernyataan tersebut? Kajian terbaharu mendedahkan bahawa dengan memilih untuk melupakan sesuatu berkemungkinan memerlukan lebih banyak usaha mental berbanding untuk mengingatinya berdasarkan penemuan melalui kajian neuroimaging, proses menghasilkan imej struktur atau aktiviti otak atau bahagian lain sistem saraf dengan teknik seperti pengimejan resonans magnetik atau tomografi berkomputer.

Kajian bertajuk “More is Less: Increased Processing of Unwanted Memories Facilitates Forgetting” telah dijalankan oleh penyelidik di The University of Texas at Austin dan telah diterbitkan pada Mac 2019 dalam Journal of Neuroscience. Dalam kajian tersebut, penyelidik menyatakan bahawa untuk melupakan sesuatu perkara atau pengalaman yang tidak dikehendaki, lebih banyak perhatian diperlukan untuk memberi fokus terhadapnya. Hasil kajian yang mengejutkan ini memanjangkan kajian terdahulu berkenaan lupa yang disengajakan, yang memberi tumpuan kepada mengurangkan perhatian kepada maklumat yang tidak diingini dengan mengarahkan perhatian dari pengalaman yang tidak diingini atau menekan kembali pengambilan memori.

Jarrod Lewis-Peacock, pengarang utama kajian yang juga pensyarah di universiti tersebut menyatakan, telah banyak kajian dilaksanakan yang menunjukkan bahawa kita mempunyai kebolehan untuk melupakan sesuatu secara seukarela, tetapi bagaimana otak kita melakukannya masih menjadi satu persoalan. Sebaik sahaja kita menemui cara bagaimana memori dilemahkan dan merangka cara untuk mengawalnya, kita boleh mereka rawatan untuk membantu manusia menyingkirkan sebarang memori yang tidak diingini olehnya. Beliau turut menyatakan bahawa memori tidak bersifat statik dan memori adalah binaan dinamik otak yang sentiasa dikemaskini, diubah dan disusun kembali melalui pengalaman. Otak sentiasa mengingati dan melupakan maklumat, dan kebanyakannya berlaku semasa tidur.

Dengan menggunakan neuroimaging untuk menjejaki corak aktiviti otak, penyelidik telah menunjukkan beberapa imej pemandangan dan wajah kepada sekumpulan individu dewasa sihat, mengarahkan mereka untuk samada mengingati mahupun melupakan setiap gambar. Kajian tersebut bukan sahaja mengesahkan bahawa manusia mampu untuk mengawal apa yang mereka lupakan, tetapi kejayaan melupakannya dengan sengaja memerlukan aktivti otak “tahap yang sederhana” dikawasan deria dan persepsi, iaitu memerlukan lebih banyak aktiviti berbanding apa yang diperlukan untuk proses mengingati. Tracy Wang, pengarang utama kajian dan felo pasca kedoktoran psikologi di universiti yang sama menyatakan, aktiviti otak di tahap yang sederhana adalah kritikal bagi mekanisme “melupakan” ini. Sekiranya aktiviti itu terlalu kuat, ia akan menguatkan memori; sekiranya ia terlalu lemah, aktiviti otak tidak dapat membuat sebarang perubahan.

Penyelidik turut menemui bahawa responden lebih mudah untuk melupakan gambar pemandangan berbanding gambar wajah, yang mana boleh membawa lebih banyak informasi yang bersifat emosi. Penyelidik turut menyatakan sedang membuat kajian bagaimana mekanisme didalam otak kita memberi respon terhadap pelbagai jenis maklumat yang berbeza dan ia memerlukan lebih banyak kajian pada masa hadapan. Kajian-kajian seperti ini membantu kita memahami bagaimana kita memproses maklumat, dan menyingkirkannya sebarang memori bersifat emosi yang terlalu kuat yang memberikan kesan yang terlalu besar terhadap kesihatan dan kesejahteraan manusia.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Penggemar Minuman Keras Akan Cepat Hilang Ingatan! Ada 9 Lagi Tabiat Lain Yang Buat Anda Jadi Pelupa

    Hilang ingatan atau gangguan memori cenderung untuk berlaku seiring dengan peningkatan usia manusia. Oleh itu, elak daripada melakukan 9 perkara ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 01/10/2020 . 3 minit bacaan

    Berniat Nak Bunuh Diri Tanda Ada Masalah Otak? Ini Fakta Yang Anda MESTI Tahu!

    Adakah niat atau perasaan ingin bunuh diri itu dianggap sebagai satu penyakit otak? Atau sekadar kesan gangguan mental? Ini penjelasan yang anda mesti tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 05/06/2020 . 3 minit bacaan

    Ini Sebab Klimaks Penting Semasa Hubungan Intim, Ada Kaitan Dengan Otak

    Klimaks seks merupakan salah satu daripada cara untuk meningkatkan perkembangan otak manusia. Hormon yang dirembeskan mampu memberikan kesan positif ini.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Seksual 08/05/2020 . 3 minit bacaan

    Bagaimana Menjaga Pasangan Dengan Masalah Nyanyuk?

    Demensia dan Alzheimer, kedua-duanya menyebabkan individu menjadi nyanyuk atau kemerosotan ingatan. Apakah cara terbaik untuk menjaga mereka?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Tips Kesihatan 21/01/2020 . 5 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    makanan tidak berkhasiat

    Memori Otak Anda Akan Lebih ‘Power’ Kalau Kurang Ambil 5 Jenis Makanan Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 19/01/2021 . 3 minit bacaan
    perkembangan otak bayi

    Mahu Anak Yang Bijak? Ibu Cuba Lakukan 9 Rangsangan Ini Pada Si Manja, Baik Untuk Otak

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 14/01/2021 . 3 minit bacaan
    struktur otak

    Bagaimana Perubahan Otak Berlaku Seiring Dengan Peningkatan Usia

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 07/01/2021 . 3 minit bacaan
    kesihatan usus

    Benarkah Saluran Usus & Otak Saling Berkaitan? Ini 4 Keadaan PATUT Anda Ketahui…

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 19/11/2020 . 3 minit bacaan