backup og meta

Gilakan Game Online? Ini Cara Nak Kenal Pasti Anda Minat Main Game Atau KETAGIH Game!

Gilakan Game Online? Ini Cara Nak Kenal Pasti Anda Minat Main Game Atau KETAGIH Game!

Anda minat bermain permainan video dalam talian seperti PUBG dan Mobile Legend, jadi anda kerap meluangkan masa bermain game tersebut. Namun, apakah yang membezakan perbuatan anda itu satu minat atau satu ketagihan? Jika ia merupakan ketagihan, adakah ia boleh digelar sebagai satu penyakit ketagihan? Ketahui maksud ketagihan terlebih dahulu di sini.

Maksud ketagihan dan minat

Menurut kamus Merriam-Webster, maksud ketagihan ialah keperluan kompulsif, kronik, fisiologi atau psikologi untuk bahan, tingkah laku, atau aktiviti yang membentuk satu tabiat.

Tabiat tersebut pula mempunyai kesan fizikal, psikologi, atau sosial yang berbahaya.

Biasanya ia menyebabkan gejala yang jelas (seperti kegelisahan, kerengsaan, gegaran, atau mual) semasa ‘withdrawal’ atau menahan diri daripada melakukan perkara tersebut.

Menurut American Psychiatric Association pula, maksud ketagihan adalah satu keadaan yang kompleks, iaitu penyakit otak yang dimanifestasikan melalui penggunaan bahan yang kompulsif walaupun mempunyai kesan berbahaya.

Orang yang mempunyai ketagihan (gangguan penggunaan bahan yang teruk) mempunyai tumpuan yang kuat untuk menggunakan bahan tertentu, seperti alkohol atau ubat-ubatan, sehingga ia menjejaskan kehidupan mereka.

Minat pula bermaksud kesukaan yang tinggi atau keinginan yang kuat atau setia terhadap beberapa aktiviti, objek, atau konsep.

Minat adalah perasaan semangat yang tinggi atau keinginan yang kuat terhadap seseorang atau sesuatu.

Minat boleh berkisar daripada minat atau kekaguman terhadap idea, cadangan, atau sebab; sehinggalah kepada keseronokan dalam melakukan sesuatu aktiviti.

Perkara yang boleh mencetuskan maksud ketagihan

maksud ketagihan

Pada tahun 2014, sebuah laman web, Addiction.com telah diwujudkan bagi membantu mereka yang mempunyai masalah ketagihan dalam kehidupan mereka.

Melalui laman web tersebut, mereka menyenaraikan 10 jenis ketagihan yang sering berlaku kepada manusia. Ketagihan-ketagihan tersebut ialah:

  • Nikotin
  • Dadah
  • Alkohol
  • Kopi atau kafein
  • Berjudi
  • Rasa marah
  • Makanan
  • Teknologi
  • Seks
  • Pekerjaan

Namun, menurut American Psychiatric Association, teknologi, seks dan juga pekerjaan tidak dianggap sebagai jenis-jenis ketagihan dalam edisi Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders yang terkini.

Beberapa tabiat atau tingkah laku sosial kelihatan seperti satu ketagihan.

Tetapi jika berlaku ketagihan, seseorang biasanya akan bertindak balas secara negatif apabila mereka tidak mendapat ‘ganjaran’ mereka.

Sebagai contoh, seseorang yang ketagihan kopi boleh mengalami gejala penarikan fizikal dan psikologi seperti sakit kepala yang teruk dan mudah marah apabila tidak mendapat kopi pada waktu tersebut. 

Apakah perbezaan antara ketagihan dan juga minat?

Untuk memudahkan anda memahaminya, kami akan terangkan perbezaan antara penyakit ketagihan dan minat dengan cara yang mudah.

Perbezaan pertama antara penyakit ketagihan dan juga minat ialah ia sentiasa menuntut anda untuk melakukannya.

Dalam ketagihan, semakin anda berikan banyak masa dan peluang kepadanya, maka ia akan semakin meminta-minta atau menuntut anda untuk melakukannya dengan kerap.

Bahkan, ia boleh mengubah dan menjejaskan kehidupan anda tidak seperti sebelum anda mengalami ketagihan.

Berbeza dengan minat, minat tidak mempengaruhi anda untuk kerap melakukannya, apatah lagi sehingga mengubah kehidupan anda ke arah yang lebih buruk.

Sebagai contoh, bagi isu pornografi. Sekiranya anda memerlukan kaedah buatan untuk tujuan rangsangan, ia bukanlah satu minat tetapi penyakit ketagihan.

Minat pula akan mengajar anda bagaimana untuk mendapatkan rangsangan dengan cara yang betul, bukan melalui rangsangan buatan sehingga membuatkan anda kerap melakukannya.

Perbezaan kedua yang membezakan ketagihan dan juga minat ialah, ketagihan akan membuatkan anda sering kehilangan tenaga sehingga menjadikan anda tidak aktif ataupun pasif.

Minat pula memberikan anda lebih banyak tenaga dan semangat dalam melakukan sesuatu perkara. Minat juga menjadikan anda lebih aktif dan cergas.

Hati-hati, ada juga minat yang sihat dan juga yang tidak sihat

penyakit ketagihan

Namun, minat yang kelihatan positif ini juga mempunyai jenis yang sihat dan tidak sihat.

Jenis minat yang sihat dicirikan oleh kegigihan yang fleksibel terhadap aktiviti yang diinginkan, yang tidak mengganggu atau menjejaskan aspek lain dalam hidup anda seperti hubungan kekeluargaan atau kesihatan.

Ia juga menjadikan diri anda berada dalam keadaan emosi yang lebih positif.

Minat yang tidak sihat pula melibatkan ketekunan dalam segala aspek dan seolah-olah perkara tersebut yang mengawal anda.

Sebagai contoh, anda mungkin sangat berminat dengan pekerjaan anda.

Namun, anda tidak sedar bahawa bukan anda yang mengawal tugas pekerjaan anda tetapi pekerjaan anda yang sedang mengawal seluruh kehidupan anda.

Ini adalah satu contoh minat yang tidak sihat yang boleh membawa kepada ketagihan di kemudian hari.

Selain itu, mereka yang mempunyai minat yang sihat kurang mengalami masalah atau gangguan berkaitan mental seperti keresahan, kemurungan dan tekanan berbanding mereka yang mempunyai minat yang tidak sihat. 

Bagaimana untuk memastikan kita mempunyai minat yang sihat, bukannya ketagihan?

Kesemuanya bergantung kepada bagaimana kita melakukannya, bukannya apa yang kita lakukan.

Setiap apa yang kita ingin lakukan, kita mestilah mempunyai kesedaran terhadapnya.

Kesedaran inilah yang membuatkan kita melakukan sesuatu itu dengan cara yang betul dan tidak berlebihan sehingga mengalami ketagihan.

Ini termasuklah pengurusan masa, pengurusan stres dan penyusunan tugas harian yang perlu dilakukan. 

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

https://www.psychiatry.org/patients-families/addiction/what-is-addiction

https://nordicwelfare.org/popnad/en/artiklar/addiction-as-a-passion-the-philosophy-of-addiction/

https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3832462/

https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3190444/

https://www.ambition.com.au/blog/2018/03/the-importance-of-passion

Versi Terbaru

27/10/2021

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

Bertarung Nyawa Disebabkan Ketagihan Vaping

Menggigil Antara Simptom Ketagihan Gula, Ini Cara Untuk Elak Ambil Makanan Manis


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 27/10/2021

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan