backup og meta

Bukan Hanya Lelaki, Wanita Juga Boleh Alami KETAGIHAN Seks! Ini Ciri Orang Gila Seks

Bukan Hanya Lelaki, Wanita Juga Boleh Alami KETAGIHAN Seks! Ini Ciri Orang Gila Seks

Ketagihan seks adalah masalah yang boleh berlaku sama ada kepada lelaki mahupun kaum wanita. Ini perbezaan signifikan ciri-ciri orang gila seks bagi kedua-dua jantina yang perlu difahami.

Bolehkah wanita mengalami ketagihan seks?

Berdekad lamanya, masalah ketagihan ini dipercayai hanya dialami kaum lelaki dan wujud kepercayaan bahawa wanita tidak mungkin akan mengalaminya. 

Malah, banyak kajian hanya menunjukkan kesannya pada lelaki dan pengkaji tidak terfikir untuk melihat sama ada masalah tersebut turut boleh berlaku kepada perempuan. 

Sehinggalah pada tahun 1980-an, di mana perbezaan gender dalam alkoholisme jelas kelihatan.

Keadaan tersebut membuatkan para profesional mengetahui bahawa kaum wanita mengembangkan ciri ketagihan alkohol yang jauh berbeza daripada lelaki. 

Penyelidikan tersebut membawa kesedaran bahawa masalah itu boleh berlaku kepada sesiapa dan ia membentuk manifestasi diri dengan cara yang unik.

kaum wanita

Ketagihan seks tidak mengenal jantina

Ini bermakna jika kaum Adam boleh mengalami ketagihan seks, maka kaum Hawa juga berisiko.

Dianggarkan satu per tiga daripada penagih seks adalah wanita dan hanya sekitar satu per lima yang mendapatkan rawatan. 

Keadaan ini jelas menunjukkan individu wanita turut menderita kesan sama seperti lelaki.

Pun begitu, gejalanya adalah berbeza.

Lelaki & seks

Apabila seorang lelaki mempunyai ketagihan terhadap seks, dia cenderung menolak hubungan seksual dengan pasangannya.

Ini kerana mereka lebih gemar melakukan hubungan intim tanpa sebarang ikatan emosi.

Antara beberapa jalan pilihan lelaki adalah:

Semua ciri di atas hanya melibatkan sedikit hubungan emosi. Ia membolehkan lelaki memenuhi keinginan seksual tanpa terikat dengan sebarang ikatan. 

Menariknya, ciri ketagihan seks adalah kesan cara didikan umum masyarakat kepada lelaki, di mana mereka digalakkan untuk tidak terikat dengan emosi atau akan diejek lemah. 

Ketagihan seks kaum wanita

Pada masa dahulu, wanita adalah individu yang diharapkan untuk menjadi suri rumah dan perlu patuh serta memenuhi keperluan suami

ketagihan seks

Walau bagaimanapun, kaum wanita dengan keadaan ini menunjukkan tingkah laku yang bertentangan. 

Mereka lebih gemar menguasai lelaki dan mempunyai kawalan sepenuhnya. Bagi wanita ini, tujuan utama seks adalah demi perhatian dan kekuatan. 

Bagi memenuhi keinginan mereka, aktiviti berikut akan dilakukan:

  • Bermain seks peranan (role-playing) dalam bilik tidur
  • Menggoda dan bukannya digoda
  • Memperdagangkan seks untuk sesuatu barangan
  • Mengamalkan sadomasochism. Ia adalah apabila seseorang individu mendapatkan keseronokan seksual daripada sadisme (menyakitkan seseorang) dan masokisme (disakiti)

Wanita dengan ketagihan seks ini cenderung bertindak bertentangan dengan norma sosial.

Kesannya terhadap individu

Impak ketagihan seks boleh menjadi sesuatu yang serius.

Menurut United States Department of Agriculture (USDA), kira-kira 38% kaum lelaki dan 45% wanita dengan masalah ini mempunyai penyakit kelamin (STD) kesan daripada tingkah laku mereka.

Kehamilan tidak dirancang juga antara kesan sampingan yang biasa berlaku.

Menerusi satu tinjauan, hampir 70% individu wanita dengan ketagihan terhadap seks melaporkan mereka mengalami sekurang-kurangnya satu kehamilan tidak diingini.

Selain itu, ia juga memberikan kesan negatif dalam kehidupan seseorang seperti:

Ketagihan ini juga boleh memberi kesan psikologi yang mendalam seperti menimbulkan rasa malu, rasa tidak cukup dan tekanan emosi. 

kegelisahan

Selain itu, gangguan psikologi juga cenderung untuk berlaku. Antaranya: 

  • Kegelisahan
  • Kemurungan
  • Penyalahgunaan bahan terlarang
  • Masalah berkaitan kawalan impuls dan ketidakseimbangan emosi
  • Gangguan obsesif-kompulsif

Adakah anda ketagihan seks?

Umumnya, terdapat beberapa gejala yang boleh dilihat untuk mengetahui sama ada anda mengalami masalah ini atau tidak:

  • Anda berasa tidak berdaya dalam hal melibatkan tingkah laku seksual
  • Pilihan seksual menjadikan hidup anda tidak terkawal
  • Wujud rasa malu atau membenci diri atas perbuatan seksual
  • Anda berjanji pada diri akan berubah tetapi gagal menepati janji tersebut
  • Terlalu sibuk dengan seks sehingga ia seakan menjadi ritual kepada anda

Sekiranya wujud gejala seperti di atas, mungkin sudah tiba masanya untuk anda mendapatkan rawatan bagi mengatasi ketagihan ini. 

Jika mempunyai sebarang keraguan, sebaiknya berundinglah dengan profesional kesihatan untuk melakukan penilaian yang tepat.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

All been accessed on Dec 12, 2020 from

https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC5370367/

https://slaafws.org/download/core-files/Characteristics-of-Sex-Love-Addiction.pdf

https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC6376399/

https://sca-recovery.org/WP/recovery-program/characteristics/

https://ct.counseling.org/2018/08/addicted-to-sex/

https://www.goodtherapy.org/learn-about-therapy/issues/sex-addiction

Sex Addiction: Male or Female

Sex Addiction Symptoms, Causes and Effects

Versi Terbaru

02/11/2022

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: Fatin Zahra


Artikel Berkaitan

Menggigil Antara Simptom Ketagihan Gula, Ini Cara Untuk Elak Ambil Makanan Manis

Kaki Game, Ini 11 Tanda Anda Sedang Alami Ketagihan Game! Sila Berpada-pada


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 02/11/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan