backup og meta

Orang Lelaki Lebih NARSISISTIK Berbanding Wanita? Hmmm... Patutlah Lagi Ego

Orang Lelaki Lebih NARSISISTIK Berbanding Wanita? Hmmm... Patutlah Lagi Ego

Benarkah orang lelaki merupakan golongan yang paling ramai mempunyai narsisistik personaliti berbanding kaum wanita? Jika benar, adakah ciri lelaki narsistik itu berbeza dengan kaum perempuan yang narsisistik?

Ini yang anda perlu tahu mengenai orang narsisistik lelaki dan juga perempuan. 

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kesihatan Mental, anda boleh klik di sini.

Ciri lelaki narsistik: Pengenalan kepada gangguan personaliti narsisistik (NPD)

ciri lelaki narsistik
Orang lelaki cenderung menunjukkan tingkah laku yang lebih narsisistik.

Gangguan personaliti narsisistik (NPD) adalah satu bentuk gangguan personaliti.

Ia dicirikan oleh pola pemikiran dan tingkah laku yang obses tentang diri sendiri, kurang sifat empati, dan keperluan yang mendalam untuk dikagumi oleh orang lain.

Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), individu dengan NPD sering menghadapi masalah dalam pelbagai aspek kehidupan mereka.

Ini termasuklah dalam hubungan peribadi, pekerjaan, pengajian atau kewangan.

Mereka sering berasa tidak puas hati dan terkejut jika tidak menerima layanan istimewa yang dirasakan layak oleh mereka.

Salah satu ciri utama NPD adalah imej diri yang dikatakan sebagai meninggi diri.

Mereka mungkin berasa lebih penting, berkuasa, berpengetahuan atau hebat daripada orang lain.

Namun, jauh dalam sudut hati, mereka mungkin sangat rapuh dan mudah terluka oleh kritikan atau penolakan.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), untuk didiagnosis dengan NPD, tingkah laku seseorang individu tersebut mestilah lebih ekstrem dan berterusan.

Ia juga sering menimbulkan ketidakselesaan atau masalah dalam kehidupan harian seseorang.

Barulah seseorang itu dianggap sebagai individu narsisistik.

Adakah NPD satu keadaan perubatan yang serius? Jawapannya adalah ya!

Walaupun NPD mungkin tidak seteruk gangguan kesihatan mental lain seperti skizofrenia atau bipolar, namun ia masih boleh menyebabkan penderitaan yang mendalam dan boleh mengganggu keupayaan seseorang untuk menjalani kehidupan yang normal dan memuaskan.

Gangguan ini sering memerlukan rawatan profesional untuk membantu individu memahami sebab-sebab tingkah laku mereka dan membangunkan strategi untuk mengatasinya.

Ciri lelaki narsistik: Adakah benar lelaki lebih narsisistik berbanding wanita?

Dalam masyarakat moden kita, topik tentang narsisisme dan mempunyai pasangan narsistik sering menjadi perbualan hangat.

Namun, adakah benar bahawa lelaki cenderung lebih narsisistik berbanding wanita? Mari kita selami dengan lebih mendalam.

ciri lelaki narsistik
Cara menggunakan media sosial yang betul.

Satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal Psychological Bulletin telah menemui bukti menarik.

Berdasarkan hasil penelitian kajian tersebut, didapati bahawa orang lelaki cenderung menunjukkan tingkah laku yang lebih narsisistik berbanding kaum wanita.

Kajian yang melibatkan ribuan responden sepanjang tiga dekad ini mendapati, lelaki menunjukkan keyakinan diri yang lebih tinggi dan keinginan untuk memegang kuasa berbanding orang perempuan. 

Mengapa lelaki cenderung tunjukkan tingkah laku narsisistik?

Faktor budaya dan pendidikan mungkin memainkan peranan penting dalam membentuk ciri lelaki narsistik dalam kalangan kaum Adam.

Sejak kecil, lelaki sering didorong untuk menjadi lebih dominan, berkeyakinan dan berkuasa.

Sebaliknya, wanita sering didorong untuk menjadi lebih penyayang dan empati.

Ini mungkin menggalakkan orang lelaki untuk membangunkan sifat-sifat narsisistik dengan lebih kuat berbanding kaum wanita.

Perbezaan ciri lelaki narsistik dan wanita

ciri lelaki narsistik
Ciri-ciri lelaki yang mempunyai personaliti narsistik.

Walaupun kedua-dua jantina boleh mempunyai NPD, namun cara mereka mengekspresikannya mungkin sedikit berbeza.

Lelaki dengan NPD mungkin bersifat lebih agresif, gemar bermusuhan dan mempunyai keinginan untuk berkuasa.

Sementara wanita mungkin lebih fokus kepada hal-hal kecantikan dan keperluan untuk mendapatkan penghargaan daripada orang lain.

Kesimpulan

Narsisisme atau narsistik personaliti adalah topik yang kompleks dan setiap individu adalah unik.

Walaupun kajian menunjukkan kecenderungan tertentu berdasarkan jantina, tetapi penting untuk kita agar tidak mengeneralisasikannya kepada semua kelompok.

Setiap individu mempunyai pengalaman dan latar belakang yang berbeza, yang mempengaruhi tingkah laku mereka.

Apa yang paling penting adalah untuk memahami dan menghormati setiap individu sebagai individu tersebut, tanpa mengira jantina mereka.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Grijalva, E., Newman, D. A., Tay, L., Donnellan, M. B., Harms, P. D., Robins, R. W., & Yan, T. (2015). Gender differences in narcissism: a meta-analytic review. Psychological bulletin, 141(2), 261–310. https://doi.org/10.1037/a0038231. Diakses pada Ogos 11, 2023. 

Men and young adults are more narcissistic than women and older people. https://www.myscience.org/en/news/2023/maenner_und_junge_erwachsene_sind_narzisstischer_als_frauen_und_aeltere-2023-uni-muenster. Diakses pada Ogos 11, 2023.

Gender differences in narcissism: A meta-analytic review. https://psycnet.apa.org/record/2014-57446-001. Diakses pada Ogos 11, 2023.

Narcissistic personality disorder. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/narcissistic-personality-disorder/symptoms-causes/syc-20366662. Diakses pada Ogos 11, 2023.

Men of All Ages Tend to Be More Narcissistic. https://www.futurity.org/men-gender-narcissism-868772/. Diakses pada Ogos 11, 2023.

Versi Terbaru

20/08/2024

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Digelar Anti Sosial Sebab Asyik Dengan Telefon, Ini 5 Cara Ingin Atasi Ketagihan Telefon

Bernafas Pun Ada Caranya, Ini 4 Teknik Pernafasan Yang Baik Jika Anda Sedang Stress!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 20/08/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan