Masalah buli emosi merupakan suatu pengalaman yang tentu sahaja akan meninggalkan parut pada anda dan menjejaskan perkembangan mental serta fizikal anda.
Jadi apa yang boleh anda lakukan untuk menangani dan mengatasi gejala sosial ini?
Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kesihatan Mental, anda boleh klik di sini.
Apa itu masalah buli emosi?
Contoh buli mental termasuk:
- Mengejek, atau memanggil seseorang dengan panggilan yang tidak sewajarnya
- Menggunakan sindiran atau panggilan menyakiti atau membuatkan seseorang berasa buruk
- Mengancam, mengugut dan memeras
- Membuat seseorang berasa kerdil dan tidak berdaya
- Mengabaikan atau mengecualikan seseorang itu daripada kumpulan
- Membuat seseorang itu terseksa secara mental
- Dihina
Apa perlu buat jika anda mangsa masalah buli emosi?
Berlapang dada kerana ia bukan salah anda
Walaupun individu yang membuli anda mungkin membuat anda merasa seperti anda bertanggungjawab ke atas emosi mereka, itu adalah pilihan mereka untuk menyatakan perasaan mereka dengan cara yang kasar.
Sekiranya pembuli mengalami masalah kesihatan mental atau emosi tertentu, seperti gangguan, atau perasaan negatif tentang masa lalu, ingatlah bahawa ia adalah tidak baik dan tidak boleh dijadikan alasan untuk bermusuhan dan membuli anda.
Berkongsi dengan keluarga atau rakan anda
Jika anda dibuli, anda harus mencari seseorang untuk anda kongsikan apa yang anda lalui.
Terdapat ramai individu di sekeliling anda yang boleh membantu.
Walaupun dengan berkongsi masalah anda kepada teman rapat, mungkin tidak dapat mengubah keadaan, sekurang-kurangnya anda mendapat sokongan emosi dan mungkin mendapat pendapat dan nasihat untuk mengatasi masalah pembuli ini.
Sebagai alternatif, anda boleh berkongsi bersama keluarga anda, dan mungkin mereka dapat membantu mengubah situasi, atau paling tidak menunjukkan cara yang betul mengatasinya.
Andai perkara itu adalah mustahil, masih ada guru, kaunselor sekolah yang boleh anda kongsikan masalah anda.
Namun, jika anda merasa tidak selamat untuk berkongsi secara bersemuka, terdapat berbagai laman web yang bersesuaian dan menawarkan bantuan untuk anda luahkan masalah anda.
Kesimpulannya, jangan memendam apa yang anda lalui, luah, cerita dan kongsikan.
Cari jalan keluar dari masalah buli emosi
Langkah ini mungkin agak menakutkan kerana ia mungkin akan mengubah beberapa perkara dalam hidup anda.
Anda mungkin akan merasai kesakitan secara fizikal atau emosi.
Adalah penting untuk anda berkongsikan masalah bersama individu di sekeliling anda dan meminta bantuan mereka, kerana ini adalah salah satu cara untuk membawa anda keluar dari masalah buli dan penyalahgunaan kuasa.
Anda boleh maklumkan kepada kaunselor sekolah, atau dapatkan kebenaran untuk berjumpa dengan pengetua sendiri.
Apabila anda berjaya keluar dari situasi dibuli ini, pastikan anda mendapatkan terapi.
Ramai orang mungkin tidak menyedarinya, tetapi masalah buli ini boleh meninggalkan parut seumur hidup.
Jika berkemampuan, dapatkan bantuan perubatan.
Jika anda dibuli secara emosi, jangan takut untuk beranikan diri mendapatkan pertolongan.
Membiarkan keadaan itu berlanjutan hanya akan menjadikannya lebih teruk kerana anda mungkin akan disakiti dari hari demi hari.
Bebaskan diri anda dari kesakitan dibuli secepat yang mungkin.