backup og meta

Kesihatan Mental, PUNCA Putera Harry Undur Diri?

Kesihatan Mental, PUNCA Putera Harry Undur Diri?

Pasti ada yang berangan berkahwin dengan putera raja. Namun, tidak semuanya indah seperti apa yang kita bayangkan. Mereka manusia biasa, tidak lari daripada berdepan dengan masalah seperti isu kesihatan mental.

Mengejutkan dunia

Berita mengenai pengunduran Putera Harry dan isterinya, Meghan Markle, daripada struktur kanan kerajaan Britain mengejutkan dunia. Ada perkhabaran mengatakan, salah satu punca keputusan itu dilakukan adalah berkaitan dengan isu kesihatan mental.

Putera Harry dikatakan bimbang masalah melibatkan gangguan mental akan menjejaskan kesihatannya. Keadaan itu cenderung untuk berlaku jika beliau terus berada di dalam struktur kerajaan Britain. 

Walaupun ramai yang tidak bersetuju dengan keputusan tersebut. Tetapi dalam masa yang sama, terdapat juga pihak yang menyokong pilihan putera yang pernah aktif dalam ketenteraan selama 10 tahun itu.

Jadi benarkah wujud isu berkaitan kesihatan mental yang menyelubungi keluarga diraja Britain itu?

Masalah kesihatan mental yang mengganggu

Terdahulu, isu melibatkan kesihatan mental pernah melanda keluarga diraja ini. Ia berlaku kepada Diana Spencer atau lebih dikenali dengan panggilan Puteri Diana.

Diana pernah membuat beberapa pengakuan dalam rakaman untuk biografinya. Antara pengakuan yang dibuat adalah dia mengalami tekanan secara emosi disebabkan perkahwinannya, pernah cuba membunuh diri serta menghidapi bulimia. 

Bulimia, adalah satu gangguan pemakanan. Ia akan menyebabkan seseorang individu untuk makan dengan banyak dan sukar berhenti. Dalam masa yang sama, akibat takut mengalami perubahan bentuk badan, individu tersebut akan cuba memuntahkan kembali apa yang dimakan. Umumnya, keadaan ini akan terjadi berulang kali. 

Selepas pengakuan dari Puteri Diana, terdapat kajian menunjukkan berlakunya peningkatan drastik dalam kalangan individu penghidap bulimia. Keadaan ini disebut sebagai efek Diana.

Dunia kembali dikejutkan dengan berita bahawa Putera Harry dan isterinya, akan meninggalkan keluarga diraja Britain. Kenyataan ini kemudiannya diterbitkan dalam beberapa media di United Kingdom (UK).

Menurut Putera Harry, beliau khuatir kesihatan mentalnya akan merosot andai beliau tidak mengundurkan diri dalam jawatan sebagai ahli keluarga diraja. Duke of Sussex ini juga memberitahu telah wujud masalah dengan kerabat diraja lain sebelum pengumuman mengejutkan ini dikeluarkan. 

Isu kesihatan berkaitan mental menjadi keutamaan bagi Harry. Bahkan beliau dikenali sebagai individu yang lantang bersuara dalam hal berkaitan mental. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Harry bersama abangnya, Putera William, bergiat aktif dalam sebuah organisasi yang dikenali sebagai Heads Together.

Penubuhan organisasi itu adalah bagi menggalakkan ramai individu dari seluruh dunia melepaskan diri daripada gangguan mental dengan berkongsi cerita. Dalam sebuah video, Putera Harry, Putera William bersama isterinya, Kate Middleton berkongsi cerita kehidupan mereka dan masalah mental yang dialami mereka. 

Melalui perkongsian video itu, mereka mahu menunjukkan bahawa dengan berkongsi cerita tanpa rasa bimbang dihakimi dapat menjadikan kehidupan seseorang itu lebih baik. Bercerita juga membantu meningkatkan keyakinan diri sekali gus mewujudkan sokongan daripada keluarga dan rakan-rakan. 

keadaan mental kerabat diraja britain
sumber: commons.wikimedia.org

Memahami keadaan mental

Apa yang anda faham mengenai keadaan mental yang sihat? Ia adalah melibatkan kesihatan emosi, psikologi dan sosial seseorang individu. Keadaan mental boleh mempengaruhi bagaimana anda berfikir dan bertindak.

Keadaan mental yang terjejas, pastinya akan memberikan impak kepada tingkah laku apabila berdepan dengan tekanan, ketika berhubung dengan individu lain serta sewaktu membuat keputusan. 

Keadaan kesihatan melibatkan mental adalah satu aspek penting dalam fasa kehidupan individu. Bermula daripada zaman kanak-kanak, kemudian remaja, sehinggalah menempuhi alam dewasa. 

Keadaan mental yang baik bukan sahaja mempunyai pengaruh ke atas emosi dan tingkah laku, bahkan ia turut memainkan peranan dalam beberapa aspek kehidupan lain, seperti:

  • Mengendalikan tekanan dalam kehidupan
  • Menjadikan badan lebih sihat
  • Mewujudkan satu hubungan baik dengan individu lain
  • Hasil kerja yang lebih produktif
  • Menimbulkan kesedaran mengenai potensi diri sendiri

Hakikatnya, kepentingan penjagaan mental yang baik bukan sekadar kepada diri sendiri tetapi ia juga mendatangkan impak kepada individu di sekeliling dan juga alam sekitar.

Cara mengekalkan keadaan mental yang sihat

Menjadi keluarga diraja terbesar dan berpengaruh di dunia pastinya satu impian buat kebanyakan individu. Ia sudah tentu melibatkan kehormatan dan juga kekayaan yang bakal diperolehi.

Namun, apa yang tidak diketahui umum, adalah wujudnya faktor yang menyebabkan beberapa kerabat diraja Britain berdepan masalah berkaitan mental. Contohnya seperti Puteri Diana dan juga Putera Harry.

Oleh sebab itu, adalah sangat penting untuk mengekalkan keadaan mental yang baik agar tidak menjejaskan fizikal dan emosi, sama ada ketika di bawah tekanan mahupun tidak. 

Berikut dikongsikan beberapa cara yang boleh diamalkan untuk mengekalkan keadaan mental pada tahap baik. Antaranya:

  1. Mempunyai rasa hormat kepada diri sendiri.
  2. Menjaga tahap kesihatan badan dengan menitik beratkan aspek pemakanan melalui pengambilan makanan berkhasiat serta bersenam secara berkala.
  3. Memastikan diri dikelilingi individu yang menyayangi anda.
  4. Sentiasa ringan tangan untuk membantu.
  5. Mengetahui dan mempelajari cara menangani tekanan dan menyelesaikan masalah dengan baik.
  6. Berfikir dengan jelas dan realistik.
  7. Mendapatkan bantuan individu lain, jika memerlukan.

gangguan mental

Kesimpulannya

Masalah kesihatan mental yang alami kerabat diraja Britain adalah satu daripada ribuan kes berkaitan gangguan mental di dunia. Ia bukanlah satu masalah yang boleh dibiarkan tanpa mendapatkan rawatan sewajarnya.

Jika anda atau individu rapat yang anda kenali mungkin berdepan dengan gangguan yang boleh menyebabkan tekanan kepada mental, dapatkan rawatan dengan segera agar keadaan tidak menjadi lebih buruk. Jangan memandang remeh isu ini.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

https://hellosehat.com/berita/berita-luar-negeri/kesehatan-mental-kerajaan-inggris/ / Accessed on Feb 9, 2020.

https://www.telegraph.co.uk/royal-family/2020/02/07/prince-harry-opens-mental-health-therapy-exclusive-jp-morgan/

https://www.her.ie/life/prince-harry-opened-mental-health-struggle-342914

https://www.mirror.co.uk/news/uk-news/prince-harry-opens-up-mental-21290707

Versi Terbaru

13/02/2020

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Ingin Tahu Tahap Stres Dan Anxiety Anda? Lakukan Ujian DASS, Buat Online Lebih Cepat Tahu!

Nampak Tenang Namun Jiwa Bergejolak, Usah Normalisasi Sindrom Itik!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 13/02/2020

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan