Kita dah biasa membaca rahsia wanita dan kaum lelaki tetap mengatakan perempuan adalah individu yang rumit. Tidak mengapa dan kali ini, jom kita bongkar rahsia lelaki pula!
Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kesihatan Mental, anda boleh klik di sini.
Rahsia lelaki
Penulis tidak nafikan, kebanyakan lelaki akan sedaya upaya untuk tampil tenang di hadapan individu lain, khususnya wanita.
Apatah lagi jika wanita tersebut adalah wanita kesayangannya.
Tapi jangan anda menyangka air yang tenang itu, tiada buaya, eh…itu lain. Opss..jangan marah.
Sebenarnya, sekeras-keras kaum Adam ini, dalam hati mereka punya taman, tau! Berikut adalah beberapa fakta tentang lelaki:
#1. Bercakap tentang perasaan
Selalunya wanita dikatakan suka berkongsi apa yang dirasakan dengan individu lain.
Tetapi sebenarnya lelaki juga boleh berkongsi apa yang dirasai. Tetapi anda sebagai wanita perlu memulakan langkah terlebih dahulu.
Anda boleh tanyakan kepada pasangan anda, apa yang akan dilakukannya jika mempunyai hujung minggu romantis atau mungkin apa difikirkan ketika saat pertama kali berjumpa anda.
Percayalah, jawapan yang akan diberikan akan mendedahkan mengenai perasaannya dan membuatkan anda lebih dekat kepada si dia.
#2. ‘I Love You’ melalui perbuatan
Jika pasangan anda adalah lelaki yang mudah meluahkan rasa sayang melalui kata-kata, mesti berbunga-bunga hati, bukan?
Tetapi, ada juga jenis lelaki agak sukar menyatakan kasih sayang secara lisan, dan lebih menunjukkannya melalui perbuatan.
Fakta tentang lelaki bila jatuh cinta adalah mereka mungkin akan mengurut badan anda apabila anda lenguh, membantu mengemas rumah dan sebagainya.
#3. Serius dalam komitmen? Ini rahsia lelaki yang tidak disangka, kan?
Jika anda telah lama menjalinkan hubungan cinta, tetapi tidak pernah sekali si dia berbicara mengenai perkahwinan, bersabar.
Ia bukan bermakna si dia mempermainkan anda, tetapi ini adalah mereka menganggap perkahwinan bukanlah perkara boleh dibuat main.
Apabila si dia mengajak anda untuk berkahwin, percayalah, itu tandanya si dia bersedia memberikan komitmennya.
#4. Tetap mendengar
Apabila berbicara, pastinya anda akan menerima respons seperti “ye ke?” atau “oh, macam tu”, yang membawa erti mereka sedang mendengar apa yang dikatakan anda.
Namun, kaum lelaki jarang melakukannya. Tetapi, tidak mengatakan apa-apa tidak bermakna si dia tidak memberikan perhatian kepada anda.
Pasangan anda mungkin sedang mendengar dan memikirkan tentang apa yang anda katakan. Pastinya ia rahsia lelaki yang tidak pernah anda ketahui, bukan?
#5. Masa untuk diri
Menyebut ‘me-time’ biasanya akan dikaitkan dengan wanita. Hakikatnya, ini fakta tentang lelaki yang kita sering tidak sedar; kaum lelaki juga memerlukan masa untuk diri sendiri.
Mungkin si dia perlukan masa untuk melakukan hobi kegemarannya seperti:
- bersenam di gim
- memancing
- bermain futsal bersama kawan-kawan
#6. Seperti ayahnya, antara rahsia lelaki
Untuk mengetahui sikap pasangan anda dalam perhubungan, cubalah untuk mengenali ayahnya.
Bagaimana perhubungan antara keduanya dan cara ayahnya melayan ibunya pasti boleh menjadi petunjuk bagaimana si dia akan melayan anda.
#7. Melepaskan kisah lalu
Wanita cenderung mengingati dan berpegang kepada pengalaman negatif.
Ini sekali gus akan membuatkan kaum Hawa lebih terdedah kepada tekanan, kemurungan dan kesedihan.
Berbeza dengan lelaki, mereka mudah move on lebih cepat.
Jadi mungkin apabila anda ingin berbicara mengenai pertengkaran yang berlaku semalam, pasangan anda sudah melupakan mengenainya.
#8. Tidak faham
Kalau anda berharap dengan menggunakan ekspresi muka atau nada berbeza boleh membuat si dia lebih memahami anda, anda silap!
Ini kerana lelaki dikatakan sukar untuk mengesan atau memahami apa yang cuba anda sampaikan melalui raut wajah mahupun nada suara.
Cara mudah, berterus-terang sahaja.
#9. Rahsia lelaki yang bukan lagi rahsia: Seks
Lelaki sentiasa berfantasi mengenai seks, ia fakta tentang lelaki yang diketahui umum.
Individu lelaki di bawah usia 60 tahun akan berfikir mengenai seks sekurang-kurangnya sekali sehari.
Namun ia hanyalah sekadar fantasi dan bukan benar-benar akan melakukannya, okay?
Bagi lelaki, seks bukanlah sekadar cara lelaki lepaskan nafsu semata-mata. Ia adalah satu perlakuan penting melambangkan komitmen dalam perhubungan.
Kaum Adam juga menggemari jika pasangan memulakannya terlebih dahulu. Jadi para isteri sekalian, take note about this, okay? Jangan malu-malu!
Tetapi ada masanya, lelaki juga tidak mempunyai keinginan untuk melakukan hubungan seks.
Seperti wanita, mereka juga mungkin berasa tertekan disebabkan kerja dan tugasan harian.
Peringatan!
#10. Penuhi keinginan
Fakta tentang lelaki paling besar adalah ingin difahami. Wanita mempunyai keinginan yang perlu dipenuhi, begitu juga dengan lelaki.
Satu fakta tentang lelaki yang patut anda tahu, andai seorang lelaki berasa tidak dihargai, dia mungkin akan menjadikannya sebagai alasan untuk menyibukkan diri dengan perkara lain seperti bermain permainan video atau berpaling arah.
Memahami tentang rahsia lelaki
Lelaki juga inginkan diri untuk difahami. Mereka bukanlah mesin yang boleh membaca minda atau fikiran individu lain.
Tidak wujud hubungan yang rumit jika kedua-dua pasangan saling memahami dan berterus-terang. Paling penting, sentiasa bertolak ansur.
[embed-health-tool-ovulation]