home

What are your concerns?

close
Inaccurate
Hard to understand
Other

Pengambilan Anak Angkat di Malaysia

Pengambilan Anak Angkat di Malaysia

Proses pengambilan anak angkat di Malaysia sebenarnya tidak semudah yang disangkakan. Tidak semua individu dibenarkan untuk mengambil anak angkat dan terdapat kriteria-kriteria yang akan menentukannya. Pasangan yang telah berkahwin namun masih belum mempunyai anak akan mempunyai kelebihan namun bagi individu yang masih bujang, masih wujud harapan untuk mengambil anak angkat.

Jika anda dan pasangan sudah mempunyai anak, anda masih boleh mengambil anak angkat tetapi namun pasangan yang telah berkahwin namun masih belum mempunyai anak akan diberi keutamaan.

Piawaian pengambilan anak angkat

Di Malaysia, keutamaan akan diberikan kepada pasangan berkahwin yang masih belum mempunyai anak dan menepati piawaian berikut:

  • Berumur kurang 45 tahun bagi yang ingin mengambil bayi. Umur 60 tahun pula merupakan had umur bagi yang ingin mengambil kanak-kanak.
  • Telah berkahwin sekurang-kurangnya 5 tahun.
  • Pendapatan pasangan sekurang-kurangnya RM5,000 sebulan.
  • Bebas hutang (hutang piutang anda akan diperiksa oleh OrphanCARE). Sekiranya pendapatan pasangan sebanyak RM8,000 sebulan namun mempunyai tanggungan hutang sebanyak RM9,000, permohonan anda akan ditolak.
  • Salah seorang daripada pasangan adalah warganegara Malaysia.
  • Tinggal dan bekerja di Semenanjung Malaysia.
  • Kriteria untuk mengambil bayi atau kanak-kanak adalah sama sahaja, kecuali untuk satu perkara. Bayi hanya boleh diambil sebagai anak angkat bagi pasangan yang tidak mempunyai anak sahaja.

Apakah prosedur mengambil anak angkat?

Anda perlu pergi ke OrphanCARE untuk mengisi borang lalu mendaftar sebagai bakal ibu bapa angkat. Organisasi ini kemudiannya akan memeriksa kriteria-kriteria yang perlu dipatuhi dan sekiranya anda menepati piawaian tersebut, anda akan dihubungi untuk menghadiri temuduga. Semasa temuduga ini, organisasi ini akan menolak permohonan pasangan yang ingin mengambil anak angkat atas dasar yang salah. Contohnya, mereka ingin mengambil anak angkat kerana kesunyian atau untuk menjaga mereka apabila tua kelak. Namun begitu, tidak semua permohonan yang dirasakan salah ini akan ditolak kerana kadang-kadang pasangan ini juga tidak memahami apa yang mereka jawab ketika sedang ditemuduga.

Isu-isu lain yang berkaitan

Pasangan boleh memilih sama ada bayi lelaki atau perempuan, warganegara Malaysia atau bayi dari luar negara. Selain itu, mereka juga boleh memilih untuk mengambil bayi dari baby hatch atau walk in. Terdapat beberapa perbezaan antara mengambil bayi dari baby hatch dengan mengambil bayi dari ibu yang telah berdaftar dengan organisasi.

Bayi yang berada di baby hatch tidak mempunyai warganegara. Selain itu, bayi ini juga tidak lagi mempunyai hubungan dengan ibu kandungnya. Ini akan menyebabkan ibu bapa angkat perlu hadir ke mahkamah setiap bulan dalam sekitar dua tahun.

Sementara itu, mereka yang mengambil anak angkat daripada ibu kandungnya sendiri tetap akan mempunyai hubungan sepanjang hayat bayi tersebut. Ini dapat membantu untuk mengetahui sejarah perubatan keluarga bayi tersebut. Sebagai contoh, jika anda mungkin memerlukan rawatan seperti pendermaan darah atau organ untuk bayi tersebut, sejarah perubatan ini akan membantu.

Selain itu, pasangan yang mengambil anak angkat daripada ibu kandungnya sendiri, perlu membantu dari segi kewangan ketika ibu kandung melahirkan bayi tersebut. Jika ibu kandung tersebut masih bekerja, pasangan juga boleh membantu ketika ibu kandung tersebut sedang dalam waktu pantang. Pasangan perlu menyediakan apa yang diperlukan oleh ibu kandung. Selain itu, ibu kandung juga boleh mengunjungi OrphanCARE sebelum melahirkan sekiranya berhasrat menyerahkan bayi mereka atas dasar yang tersendiri.

Bagi pengambilan kanak-kanak, prosesnya mungkin akan sedikit berlainan. Kanak-kanak tersebut akan diperiksa terlebih dahulu sesuai dan serasi dengan bakal ibu bapa kandung mereka.

Selepas proses pengambilan anak angkat ini selesai, OrphanCARE masih lagi akan memeriksa dan mengikuti perkembangan pasangan yang mengambil anak angkat bagi memastikan segalanya berjalan lancar dan tidak berlaku sebarang kesalahan tingkah laku terhadap anak angkat mereka.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

Considering adoption? http://thotsntots.com/considering-adoption/. Accessed February 28, 2017.

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Ahmad Farid Disemak pada 12/09/2019
Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel