Ciuman merupakan salah satu cara kita menunjukkan perasaan cinta dan sayang kepada pasangan. Ada pelbagai bentuk ciuman; ada cium romantik dan ada juga ciuman yang dikongsi antara ahli keluarga dan kawan-kawan tanda sayang. Tidak dinafikan, ciuman merupakan satu perbuatan yang sangat bermakna, terutamanya cium mulut yang merupakan lambang cinta antara dua jiwa.
Bukan itu sahaja, disebabkan ciuman mempunyai impak yang besar terhadap kemesraan suami dan isteri, ramai orang yang ingin belajar teknik ciuman yang betul untuk menggoda pasangan masing-masing.
Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan rahsia cium mulut dan bagaimana ia boleh memberi impak positif terhadap kesihatan fizikal dan mental anda.
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Mental, sila dapatkannya di sini.
5 trivia menarik mengenai ciuman
- Ciuman paling panjang di dunia berdurasi lebih daripada 58 jam. Wow!
- Kajian saintifik mengenai ciuman dipanggil ‘philematology’.
- Anda boleh bakar kalori hanya dengan bercium!
- Cium mulut setiap hari boleh membuatkan gigi menjadi sihat.
- Cium romantik baik untuk kesihatan fizikal dan mental.
9 jenis cium mulut romantik untuk pasangan suami isteri
Sebenarnya, ada banyak jenis ciuman yang wujud di dunia ini. Walaupun ia mungkin dilakukan dengan cara yang berbeza, namun semua ciuman bertujuan untuk menunjukkan rasa cinta atau kasih terhadap pasangan.
Sebenarnya, ciuman yang hangat, berahi dan mesra bukanlah sesuatu yang sukar untuk dilakukan.
Malah, setiap jenis ciuman – French kiss atau American kiss, bukanlah sains berat!
Jika anda ingin belajar jenis ciuman dan cara untuk melakukannya, anda berada di tempat yang betul! Pastikan anda baca sampai habis, sebab ciuman paling menarik ada pada penghujung artikel!
1. French kiss atau ciuman Perancis
Siapa yang tidak pernah dengar mengenai French kiss?
Cium romantik yang penuh berahi ini selalunya dilakukan sebagai ‘pembuka’ seks. Selalunya, ciuman ini dilakukan dengan mulut terbuka dan disertai dengan permainan lidah yang intim.
French kiss sebenarnya mudah untuk dilakukan. Pertama sekali, pastikan kepala anda atau kepala pasangan sedikit senget sebelum mencium bibir mereka. Julurkan lidah secara perlahan-lahan sehingga bertemu dengan lidah pasangan. Voila, mudah bukan!
2. American kiss
Pasti ramai yang tertanya-tanya, apakah bezanya antara French kiss dan American kiss? Kedua-dua ciuman ini merupakan cium mulut yang romantik dan berahi. Namun, ciuman Amerika tidak menggunakan lidah!
Ciuman jenis inilah yang selalunya dapat anda tonton di kaca televisyen, terutamanya yang mempunyai rating PG-13.
3. Flying kiss atau air kiss
Flying kiss atau air kiss bukanlah satu ciuman yang romantik, ia merupakan sejenis ciuman yang boleh diberikan kepada sesiapa sahaja, termasuklah rakan-rakan anda.
Air kiss pula dilakukan oleh kaum Hawa, terutamanya jika sudah lama tidak berjumpa. Selalunya, ciuman ini akan dilakukan sambil berlaga pipi! Muah! Muah! Muah!
4. Asyik cium mulut sahaja, cuba cium pipi!
Cium pipi merupakan satu bentuk ciuman yang paling mudah dan straight to the point!
Suami isteri boleh melakukan ciuman ini untuk menunjukkan betapa cinta dan sayangnya mereka kepada pasangan masing-masing. Ia merupakan satu bentuk ciuman yang intim dan romantik tetapi tidak sensual.
Lagipun, semua orang tahu cara untuk cium pipi! Tidak perlu ada teknik tertentu pun untuk lakukan ciuman jenis ini. Cuma muncungkan mulut dan cium sahajalah pipi pasangan anda. Mudah bukan!
5. Cium dahi
Ciuman di dahi mungkin sedikit berbeza dengan ciuman pipi – ia merupakan satu simbol yang menandakan betapa besarnya cinta, kasih serta sayang seseorang kepada kita.
Sama seperti cium bibir, ciuman di kawasan dahi juga sangat romantik namun tidak erotik. Ia boleh membuatkan sesiapa sahaja, terutamanya isteri, rasa gembira dan terharu.
Oleh sebab itu, ciuman di dahi selalunya dilakukan oleh ibu bapa kepada anak-anak atau suami kepada isteri masing-masing sebagai lambang kemesraan.
6. Bosan cium mulut? Cuba cium leher!
Jika anda ingin mencuba ciuman jenis lain yang lebih berani, anda boleh cuba cium leher pasangan. Ciuman ini selalunya dilakukan bersama gigitan-gigitan manja, sesuai dilakukan ketika foreplay.
Malah, ciuman di leher juga boleh membawa kehidupan seks anda ke tahap yang seterusnya. Kawasan leher penuh dengan titik-titik sensitif, terutamanya untuk wanita. Ciuman manja di sekitar leher dan belakang telinga pasti akan membuatkan isteri anda teruja!
7. Ciuman vampire
Kalau anda dan isteri sudah selesa bercium di kawasan leher, apa kata anda cuba lakukannya dengan gigitan yang lebih kuat. Ciuman yang turut dikenali sebagai vampire kiss ini pasti akan meninggalkan kesan, jadi hati-hati ya kepada sesiapa yang perlu bekerja pada keesokan hari!
Baca juga:
- Encik Suami Nak Hidup 5 Kali Ganda Lebih Lama? Kajian Kata Kena Kerap Cium Isteri!
- Seks Oral & Ciuman Boleh Jadi Punca Jangkitan Kelamin HPV, Bagaimana Elak?
- Ciuman Bibir Ke Bibir Ada Risiko Penyakit Berbahaya? Ini 6 Mitos Mengenai Mononucleosis!
8. Ciuman di bahu
Ciuman jenis ini sangat sesuai dilakukan ketika berpelukan. Namun, ciuman di bahu selalunya membawa beberapa makna. Kadangkala, ia dilakukan sekadar untuk bermesra, namun ada juga yang mencium bahu sebagai tanda ingin bersenggama!
9. Ciuman… cicak?
Betul tu, anda tak salah baca! Ciuman cicak merupakan sejenis ciuman yang hanya menggunakan lidah. Ya, lidah sahaja! Tidak ada bibir yang bertemu dalam ciuman cicak. Tapi, jangan pandang rendah ya. Belum cuba belum tahu!
[embed-health-tool-ovulation]