backup og meta

Gemar Kongsi Gambar Makanan Di Media Sosial Petanda Sakit Mental?

Gemar Kongsi Gambar Makanan Di Media Sosial Petanda Sakit Mental?

Sudah lama jadi trend di mana individu post dan share gambar makanan di platform media sosial.

Apa yang lebih menarik, kiriman ini akan dapat ratusan malah ribuan tanda suka daripada rakan alam maya mereka. Persoalannya, adakah ia satu aktiviti yang sihat atau boleh undang bahaya?

Ini kerana ramai pakar juga telah menyuarakan kebimbangan di mana mereka yang ada ketagihan foodporn itu mungkin ada masalah mental. Terus baca artikel ini untuk tahu lebih lanjut!

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Mental, sila dapatkannya di sini.

Kenapa ada orang suka kongsi gambar makanan?

Setiap daripada kita pasti mempunyai rakan di alam maya yang sangat gemar mengirim foto atau video tentang juadah di atas meja makan mereka. Pernahkah anda fikir apa punca sebenarnya?

Menurut Pakar Diet, Susan Albers, berikut adalah antara beberapa sebab individu melakukannya:

Sekadar untuk perkongsian

Jika pada zaman dahulu, makanan yang sedap-sedap hanya boleh dikongsikan kepada kenalan secara berdepan, ataupun bercerita melalui telefon atau e-mel, kini, hanya dengan memuat naik satu gambar dalam internet mampu untuk menceritakan semua.

Perkongsian ini bukan sahaja cepat dan mudah, ia juga boleh dilakukan pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat hanya dengan satu klik pada peranti pintar yang kebanyakan individu miliki.

gambar makanan

Sebagai punca pendapatan

Dalam pada itu, perkongsian ini juga boleh membantu untuk mempromosi restoran milik sendiri atau orang lain. Dengan capaian jalur lebar yang luas, seantero dunia akan tahu tentangnya.

Begitu juga dengan konsep pay for review yang banyak digunapakai oleh pempengaruh media, ia secara tidak langsung akan dapat dijadikan punca pendapatan yang amat menguntungkan.

Kongsi gambar makanan untuk menunjuk

Mungkin niat anda bukan untuk menunjuk keenakan atau kemewahan makanan yang dimakan, namun semua orang tidak memiliki persepsi yang sama dan cenderung untuk buruk sangka.

Akibatnya, individu lain mungkin akan berprasangka bahawa anda ingin menunjuk terutama apabila juadah atau restoran yang terlibat itu ternama ataupun dalam kategori yang mahal dan melebihi kemampuan orang lain.

Kongsi gambar makanan untuk menasihat

Sebagai pempengaruh terutama mereka yang aktif di dalam bidang kesihatan dan pemakanan khususnya, media sosial boleh menjadi platform untuk menyebarkan pengetahuan sedia ada.

Di platform ini juga, mereka boleh memberikan kesedaran tentang diet nutrisi, resipi atau segala macam lagi aspek pemakanan yang boleh digunapakai oleh semua pengikut media sosial.

Tanda amaran individu perlu bantuan

Kadangkala, individu mungkin akan banyak mengirim gambar makanan di laman sosial untuk memberitahu bahawa mereka ada gangguan pemakanan. Dalam erti kata lebih mudah, mereka memerlukan bantuan daripada pengikut di alam maya!

gambar makanan

1 per 3 individu hanya akan mengambil dan memuatnaik gambar makanan di media sosial tetapi tidak pula berminat untuk makan. Ia mungkin hanya akan jadi hiasan di profil mereka.

Disebabkan itu pula, ramai pakar yang mula mempersoalkan rasional di sebalik aktiviti ini. Apa yang lebih menakutkan, pakar menyimpulkan ia juga mungkin petanda penyakit mental.

Benarkah ia antara petanda penyakit mental?

Apabila individu gemar mengambil dan mempamerkan gambar diri di khalayak ramai atau internet, mereka cenderung untuk digelar sebagai narsisistik kerana terlalu obses dengan diri sendiri.

Namun bagaimana pula jika mereka hanya gemar post dan share gambar makanan? Adakah ia antara petanda penyakit mental? Pakar ini ada pendapat yang mungkin anda perlu fikirkan.

Menurut Pakar Kesihatan Mental, Dr Valerie Taylor, ia mungkin benar petanda penyakit mental!

“Individu merakam banyak foto dan video yang dirasakan penting sebagai kenangan pada masa akan datang. Ketika di restoran, fokus yang terlalu banyak diberikan pada makanan di meja makan itu akan jadi masalah besar,” jelas beliau lagi.

gambar makanan

Ini kerana mereka cenderung untuk sibuk mengambil, memuatnaik dan melayan respons daripada pengikut di media sosial yang rancak bercerita tentang makanan yang dipersembahkan.

Akibatnya, ia akan mencipta satu ‘gelembung’ di mana individu hanya fokus pada peranti pintar sahaja tetapi tidak kepada orang di sekeliling atau makanan yang ada di meja makan sendiri.

Hargailah makanan dengan cara yang betul!

Konklusinya, kami tidak kata bahawa mengambil dan memuatnaik foto serta video makanan di media sosial anda itu salah, namun ia mungkin perlu dilakukan dengan lebih berwaspada serta berpada agar tidak timbul sebarang isu kesihatan mental lain!

Selain untuk elak diri menjadi ‘antisosial‘, anda juga perlu lebih berhati-hati kerana aktiviti ini juga boleh membawa kepada masalah berat badan angkara terlalu obses dengan makanan.

Apa yang boleh kami nasihatkan, hargailah makanan dengan cara yang betul. Caranya, makan, minum dan berinteraksi bersama orang di sekeliling untuk kesihatan mental yang lebih sihat.

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Third of social media users order food just to take pictures — but don’t eat it!, https://www.studyfinds.org/social-media-influencer-food-pictures/, Accessed June 1 2022.
  2. The Social Dilemma: Social Media and Your Mental Health, https://www.mcleanhospital.org/essential/it-or-not-social-medias-affecting-your-mental-health, Accessed June 1 2022.
  3. Social Media Effects on Eating Disorders, https://socialmediavictims.org/mental-health/eating-disorders/, Accessed June 1 2022.
  4. The Effects of Social Media on Mental Health, https://lancastergeneralhealth.org/health-hub-home/2021/september/the-effects-of-social-media-on-mental-health, Accessed June 1 2022.
  5. 8 Signs You Need to Take a Break From Social Media, https://health.clevelandclinic.org/signs-you-need-to-take-a-break-from-social-media/, Accessed June 1 2022.

Versi Terbaru

10/05/2024

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Patut Diam Atau Balas Komen Negatif Di Akaun Media Sosial? Ini Yang Perlu Anda Lakukan!

Cemburu Lihat ‘Keindahan’ Di Media Sosial? Ini Cara Gunakannya Dengan Bijak!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 10/05/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan