Dilabel Antisosial Sebab Asyik Dengan FB? Ini Masanya Anda Detoks MedSoc, Banyak Keburukan!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 11/06/2020 . 4 minit bacaan
Share now

Boleh dikatakan, hampir setiap orang mempunyai sekurang-kurangnya satu akaun media sosial. Bahkan, ada pula yang memiliki 5 akaun media sosial sehingga penggunaannya telah mengambil alih realiti kehidupan mereka yang sebenar.

Oleh itu, apa yang perlu dilakukan untuk mengurangkan penggunaan media sosial ini?

Sebab-sebab seperti yang dinyatakan di bawah ini mungkin boleh dipertimbangkan untuk anda mula melakukan detoks media sosial.

Apakah yang dimaksudkan dengan detoks media sosial?

Kemajuan teknologi pada masa kini sememangnya sangat membantu dalam segala aspek kehidupan kita.

Ini termasuklah untuk tujuan mencari maklumat dan juga bersosial.

Walau bagaimanapun, penggunaan kemudahan seperti media sosial dengan kerap boleh menyebabkan ketagihan media sosial yang kemudiannya memberikan kesan terhadap kualiti hidup kita.

Jika anda sudah mula berasa bahawa hidup anda sering dihabiskan dengan menggunakan media sosial, mungkin ini saatnya untuk anda mula melakukan detoks media sosial.

Detoks media sosial ini biasanya dilakukan dengan cara mengurangkan atau mungkin menggantikan penggunaannya secara terus.

Detoks ini membantu anda untuk melihat kembali apa yang telah anda tinggalkan di dunia nyata anda.

Mengapa anda memerlukan detoks media sosial?

detoks media sosial

Sebarang ketagihan terhadap sesuatu perkara pasti memberikan kesan buruk kepada kehidupan anda, termasuklah ketagihan penggunaan media sosial dan juga teknologi.

Ketagihan seperti ini boleh menjejaskan pelbagai aspek kehidupan anda seperti kesihatan, hubungan kekeluargaan, persahabatan dan juga keperibadian anda. 

Berikut merupakan beberapa sebab mengapa anda mungkin perlu mula melakukan detoks media sosial. 

#1. Boleh mempengaruhi kesihatan mental

Salah satu kesan yang cukup membimbangkan akibat daripada penggunaan media sosial secara berlebihan adalah, ia boleh meningkatkan risiko gangguan mental seperti kemurungan. 

Sebuah kajian daripada BMC Public Health menyatakan bahawa, kanak-kanak yang berusia 10 tahun dan aktif menggunakan internet akan mempunyai kesan negatif sehingga mereka dewasa kelak.

Perkara ini berlaku kerana sejak mereka kecil, mereka telah dipaparkan dengan standard kejayaaan atau kecantikan yang begitu tinggi, yang mungkin bersifat ‘palsu’ di media sosial.

Akibatnya, apabila kanak-kanak ini menjadi dewasa, mereka menjadi tidak pernah puas dengan apa yang mereka miliki, yang akhirnya akan menyebabkan mereka kemurungan. 

Detoks media sosial bertujuan untuk mengurangkan risiko-risiko seperti ini yang semestinya boleh menjejaskan kesihatan mental anda.

#2. Mengurangkan keintiman dalam perhubungan

detoks media sosial

Pada waktu anda ketagih menggunakan media sosial, sedar atau tidak, anda sebenarnya sedang mengurangkan kualiti waktu bersama individu-individu yang mempunyai perhubungan dengan anda.

Ini bukan sahaja melibatkan hubungan suami isteri, malah hubungan kekeluargaan, persaudaraan, rakan sekerja dan lain-lain lagi.

Menurut Nels Oscar, Ketua Kumpulan Penyelidikan dari Oregon State University, media sosial bersifat sangat pantas dalam mempengaruhi tingkah laku seseorang individu.

Anda mungkin akan mengabaikan orang yang berada di sekeliling anda kerana hanya memberikan tumpuan kepada apa yang terpapar pada skrin telefon anda. 

Selain itu, media sosial juga mempunyai keterbatasan atau had dalam cara berinteraksi dengan baik.

Ini boleh mendorong kepada tercetusnya salah faham yang mungkin berlaku antara pelbagai pihak.

Sebagai contoh, anda memberikan ‘like’ pada gambar rakan anda yang dianggap kelakar. Namun bagi rakan anda, ia adalah gambar dirinya yang dianggap memalukan. 

#3. Mengganggu kesihatan fizikal

Bukan hanya menjejaskan kesihatan mental, malah kesihatan fizikal anda juga akan turut terganggu akibat daripada ketagihan media sosial. 

Pada tahun 2014, terdapat satu kajian yang mendapati bahawa individu dewasa yang berumur antara 19 hingga 32 tahun cenderung untuk lebih kerap membuka akaun media sosial mereka.

Kekerapan semakan akaun media sosial ini mencapai sehingga 30 kali dalam masa seminggu. 

Sebanyak 57% daripada mereka pula dilaporkan mengalami masalah gangguan tidur yang disebabkan oleh 3 perkara seperti di bawah ini:

  • Sering aktif di media sosial dan internet sehingga lewat malam
  • Media sosial meningkatkan rangsangan emosi dan juga kognitif yang lebih tinggi pada waktu malam
  • Cahaya daripada skrin telefon atau gajet lain dapat mengganggu kualiti tidur seseorang individu

Tidur yang tidak mencukupi boleh memberikan risiko kepada kesihatan seperti peningkatan risiko penyakit jantung.

Selain itu, ‘melekap’ terlalu lama depan komputer juga membuatkan individu cenderung mengalami gaya hidup sedentari yang akhirnya akan meningkatkan sindrom metabolik.

Inilah sebabnya mengapa anda perlu mempertimbangkan untuk melakukan detoks media sosial untuk mengurangkan kesan negatif ke atas kesihatan diri anda. 

Tip untuk melakukan detoks media sosial

detoks media sosial

Setelah anda mengetahui sebab mengapa anda perlu melakukan detoks ini, mari kita ketahui pula bagaimana untuk mengurangkan penggunaan media sosial dengan lebih berkesan. 

Beberapa tip atau strategi yang dapat membantu anda ialah:

  • Rancang untuk melakukan detoks media sosial antara tempoh 3 minggu hingga 3 bulan
  • Deactivate atau nyahaktifkan akaun-akaun media sosial anda untuk sementara waktu seperti Instagram atau Facebook
  • Membuang aplikasi media sosial daripada telefon dan gajet anda
  • Melakukan aktiviti lain yang dapat mengisi kekosongan anda seperti bersukan atau melakukan hobi yang anda gemari

Melakukan detoks ini sememangnya agak sukar, apatah lagi jika anda sememangnya sudah lama ketagihan menggunakan media sosial.

Pada peringkat awal anda melakukan detoks ini, anda mungkin akan berasa sedikit gelisah dan akan sentiasa membelek telefon anda.

Namun, anda akan dapat melakukan perubahan ini secara perlahan-lahan dan kemudiannya menikmati kualiti kehidupan yang lebih baik. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    WOW! Percaya Atau Tidak, Ada Satu Jenis Diet Yang Boleh Bantu Kita Lawan Depresi!

    Ya, mungkin ramai sudah tahu akan manfaat diet mediterranean. Namun tahukah anda ia juga bagus untuk bantu lawan depresi? Jom klik artikel ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diet Sihat, Pemakanan Sihat 07/01/2021 . 3 minit bacaan

    Memori Tahun 2020, Ini 5 Pengajaran Yang Tidak Boleh Dilupakan

    Dalam beberapa hari lagi kita akan menyambut tahun baharu 2021. Ada beberapa pengajaran dan memori daripada tahun 2020 yang mungkin takkan dilupakan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 23/12/2020 . 3 minit bacaan

    Azam 2021 Mahu Tingkatkan Kesihatan Mental, Ingin Jayakannya, Guna 5 Tip Ini!

    Apa azam tahun baru kalian? Adakah mahu menuju kesihatan mental yang lebih terjamin? Jika ya, jom klik untuk tahu tip menjayakannya pada tahun depan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 18/12/2020 . 3 minit bacaan

    Orang GILA KERJA Ada Masalah Mental, Cuba Periksa Tanda-tanda Ini!

    Adakah anda tergolong dalam kalangan gila kerja? Bagi mengetahui jika anda seorang yang sibuk bekerja, kenalinya melalui tanda-tanda ini.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 17/12/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    kesan tabiat buruk pada wajah

    Tak Guna Membazir Beli Produk Anti Penuaan Mahal-Mahal Jika Masih Buat Tabiat Ini…

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 22/01/2021 . 3 minit bacaan
    positif toksik

    Tak Semua Kata-kata Positif Itu Bagus, Tabiat Positif Toksik BAHAYA Kepada Mental Anda!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 18/01/2021 . 3 minit bacaan
    kesihatan mental

    PTSD Bukan Hanya Sebab Perang! Ini Cara Kenalpasti Anda Menghidap PTSD & Cara Atasinya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 15/01/2021 . 3 minit bacaan
    kekuatan mental

    Nak Mental Kuat Ada Caranya! Ikut 5 Langkah Ini, Termasuk Mandi Air Sejuk Waktu Pagi!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 12/01/2021 . 3 minit bacaan