backup og meta

Bipolar TIDAK SAMA Dengan Kemurungan! Ini Yang Perlu Anda Tahu Tentang Beza Kedua-duanya

Bipolar TIDAK SAMA Dengan Kemurungan! Ini Yang Perlu Anda Tahu Tentang Beza Kedua-duanya

Pernahkah anda mendengar mengenai penyakit bipolar? Tahukah anda bahawa ada daripada kalangan kita yang mungkin mengalami gangguan bipolar ini?

Anda mungkin tidak begitu pasti berkenaan penyakit ini. Malah, bagi mereka yang mengetahuinya, mereka biasa menganggapnya sama dengan episod kemurungan.

Namun, ia ternyata salah kerana penyakit bipolar dan kemurungan sebenarnya adalah 2 keadaan yang berbeza.

Jika anda ingin mengetahuinya dengan lebih lanjut, sila ikuti kupasan ringkas di bawah ini.

Ini beza antara kemurungan dan penyakit bipolar

Ramai yang tersalah anggap dengan mengatakan gangguan bipolar ini sama dengan kemurungan disebabkan kedua-duanya mempunyai episod kemurungan.

Namun, ternyata keadaan ini adalah 2 kondisi yang berbeza.

#1. Satu unipolar dan satu lagi bipolar

Kemurungan dikelaskan sebagai gangguan unipolar, manakala gangguan bipolar adalah bipolar, sesuai dengan namanya.

Ini bermakna, bagi penghidap bipolar, mereka mengalami kedua-dua waktu “turun” dan “naik” emosi.

Manakala bagi mereka yang mengalami kemurungan, mereka hanya mengalami waktu “turun” sahaja dan tidak mengalami waktu mania atau waktu “naik”. 

#2. Simptom yang berbeza

gangguan bipolar

Bagi episod kemurungan, ia biasanya melibatkan 5 atau lebih simptom yang berlaku dan ini berlangsung selama berhari-hari dalam tempoh yang agak panjang.

Antara simptom kemurungan ialah rasa sedih melampau, putus asa, rasa seperti tidak berguna, rasa bersalah, hilang minat melakukan sesuatu, sakit kepala atau mempunyai niat untuk mencederakan dan membunuh diri.

Manakala bagi gangguan bipolar, anda mungkin akan mengalami kemurungan, tetapi ada masanya anda akan mengalami sesuatu yang sebaliknya daripada kemurungan tersebut.

Ada masanya anda menunjukkan simptom-simptom kemurungan, tetapi ada kalanya anda tidak menunjukkan sebarang simptom atau apa-apa episod yang disebut sebagai mania.

Antara simptom-simptom mania adalah berlakunya peningkatan tenaga, menjadi agresif, tidak berasa letih, banyak melakukan aktiviti lain, berfikir yang bukan-bukan bahkan menjadi mudah marah.

#3. Faktor risiko yang berbeza

Sesiapa sahaja boleh mengalami kemurungan.

Namun, risiko tersebut akan semakin meningkat jika anda mengalami sebarang kesakitan yang serius atau mempunyai sejarah kemurungan dalam kalangan ahli keluarga yang lain.

Selain itu, risiko juga meningkat daripada faktor psikologi atau persekitaran.

Manakala bagi penghidap gangguan bipolar, punca utama ia berlaku adalah tidak diketahui.

Simptom-simptom bipolar juga mungkin lebih disedari ketika waktu remaja atau awal dewasa.

Selain itu, mereka yang mempunyai bipolar juga berkemungkinan untuk mengalami perkara yang lain seperti fobia sosial, gangguan keresahan, dan juga gangguan tekanan pasca-trauma (PTSD).

#4. Mengesan kemurungan dan penyakit bipolar

Bagi mereka yang mempunyai gangguan bipolar, pengesanan atau diagnosis mungkin agak sukar untuk dilakukan disebabkan oleh kesukaran menentukan sebarang faktor mania dalam diri anda.

Sekiranya doktor tidak menyedari sebarang simptom-simptom mania yang wujud, doktor mungkin menganggap bahawa anda sedang mengalami kemurungan dan bukannya bipolar.

Untuk memastikan agar diagnosis dilakukan dengan tepat, anda perlu menceritakan segala sejarah perubatan dan ubatan yang sedang atau pernah anda ambil sebelum ini.

Nyatakan juga sekiranya anda pernah terlibat dengan sebarang penyalahgunaan dadah atau sebagainya.

Dengan cara ini, doktor akan dapat menentukan dengan lebih tepat apakah sebenarnya yang sedang anda alami. 

#5. Cara merawat kemurungan atau gangguan bipolar

penyakit bipolar

Bagi mereka yang menghidap kemurungan, ubat antikemurungan biasa digunakan sebagai pilihan rawatan utama.

Selain itu, terapi perbualan juga merupakan salah satu daripada pilihan rawatan yang tersedia. Ada juga jenis kemurungan yang mungkin memerlukan gabungan rawatan antara ubat-ubatan dan juga psikoterapi.

Manakala bagi penghidap bipolar, doktor akan menggunakan ubatan penstabil mood untuk merawat gangguan tersebut.

Ubat antikemurungan tidak digunakan untuk merawat masalah bipolar kerana ia hanya akan memburukkan lagi keadaan.

Selain itu ubat penstabil mood juga mungkin digunakan untuk merawat gangguan lain seperti PTSD dan gangguan keresahan.

Kesimpulan

Namun begitu, terdapat satu persamaan antara kedua-dua gangguan ini iaitu keduanya tidak dapat dielakkan.

Namun, anda boleh belajar untuk mengetahui tanda awal atau simptom bagi gangguan bipolar mahupun kemurungan.

Berbincang dengan doktor agar episod yang berlaku tidak menjadi bertambah buruk dan memberi kesan kepada kesejahteraan mental dan kualiti hidup anda. 

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

http://www.adaa.org/understanding-anxiety/related-illnesses/bipolar-disorder

https://www.nimh.nih.gov/health/topics/bipolar-disorder/index.shtml

http://www.adaa.org/understanding-anxiety/related-illnesses/bipolar-disorder-2

https://www.nimh.nih.gov/health/topics/depression/index.shtml

http://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/bipolar-disorder/basics/symptoms/con-20027544

Versi Terbaru

11/04/2021

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Bagaimana Gangguan Bipolar Boleh Menjejaskan Aktiviti Seks Saya?

Perubahan Mood Tak Semestinya Tanda Bipolar


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 11/04/2021

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan