Ibu mengandung sememangnya akan mengalami perubahan sama ada secara fizikal atau emosi. Namun ia boleh menyebabkan kemurungan dan memberikan kesan kepada kandungan.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group
Ibu mengandung sememangnya akan mengalami perubahan sama ada secara fizikal atau emosi. Namun ia boleh menyebabkan kemurungan dan memberikan kesan kepada kandungan.
Kemurungan adalah keadaan yang boleh mempengaruhi cara berfikir, bertindak dan emosi seseorang.
Dianggarkan 6% wanita akan mengalami kemurungan pada 1 tahap dalam kehidupan mereka. Jumlah ini meningkat kepada 11%, atau 1 daripada 10 bagi wanita hamil.
Wanita dikatakan lebih berisiko untuk mengalami kemurungan apabila sedang berbadan dua, beberapa minggu dan bulan selepas melahirkan anak.
Bagi ibu mengandung, perubahan hormon yang berlaku boleh mempengaruhi bahan kimia otak dan menyebabkan kemurungan dan kegelisahan.
Selalunya, wanita mengandung tidak sedar mereka sedang mengalami tekanan.
Mereka akan menganggap ia adalah antara simptom kehamilan. Hakikatnya ia lebih daripada itu.
Berita baiknya, kemurungan yang dialami, boleh dirawat. Namun, tanpa rawatan yang betul, ia boleh memberi kesan kepada kandungan dan juga ibu mengandung itu sendiri.
Kemurungan boleh hadir secara perlahan-lahan. Simptom atau gejala yang dialami setiap individu adalah berbeza.
Ia boleh menjadi simptom yang ringan, sederhana atau teruk.
Berikut antara tanda-tanda kemurungan yang boleh dikenal pasti:
Perubahan pada perasaan
Perubahan dalam kehidupan seharian
Perubahan pada badan
Sekiranya anda hamil dan mempunyai gejala atau tanda-tanda kemurungan seperti yang dikongsikan di atas, sebaiknya lakukan pemeriksaan dengan doktor.
Bolehkah kemurungan yang dialami ibu mengandung memberikan kesan kepada kandungan dan juga diri ibu tersebut?
Ya, sudah tentu. Bahkan wanita hamil yang murung meningkatkan risiko untuk keadaan seperti:
Apabila kemurungan terjadi kepada wanita mengandung tidak dirawat dengan sewajarnya, anda mungkin akan mengabaikan aspek penjagaan kendiri.
Anda akan cenderung untuk tidak mengambil makanan yang sihat dan seimbang serta mengabaikan pemeriksaan pranatal yang telah dijadualkan untuk anda.
Wanita hamil dengan tanda-tanda kemurungan boleh melakukan tabiat yang tidak sewajarnya seperti merokok, mengambil minuman beralkohol serta penggunaan ubatan yang berbahaya.
Kemurungan yang dialami semasa mengandung boleh berlanjutan dan mengakibatkan berlakunya postpartum depression atau meroyan.
Jika keadaan ini berlaku, ia akan menyukarkan jalinan hubungan dan penjagaan antara bayi dan ibunya.
Wanita hamil yang mempunyai tanda-tanda kemurungan boleh mempunyai pemikiran untuk membunuh diri atau menyakiti kandungan.
Walaupun keadaan seperti itu jarang berlaku, tetapi risikonya wujud.
Berikut pula kesan kepada kandungan:
Bayi yang dilahirkan secara pramatang melibatkan kelahiran yang berlaku terlalu awal, sebelum usia 37 minggu.
Keadaan ini mendedahkan bayi kepada pelbagai risiko berkaitan kesihatan.
Melibatkan bayi yang bersaiz kecil dan tidak mengikut perkembangan saiz kehamilan yang sepatutnya. Keadaan ini disebut sebagai SGA, small for gestational age.
Bayi mempunyai berat lahir yang rendah. Ini bermakna bayi anda dilahirkan dengan berat kurang daripada 2.5 kilogram.
Ia meningkatkan risiko bayi untuk berdepan masalah kesihatan yang serius.
Kesan kepada kandungan bukan sahaja ketika bayi. Namun kemurungan yang dialami ibu mengandung turut mendatangkan impak pada kanak-kanak apabila membesar.
Mereka akan menjadi lebih mudah marah, kurang aktif, sukar menumpukan perhatian dan mempunyai ekspresi wajah yang terhad.
Bayi yang dilahirkan oleh wanita hamil dengan kemurungan juga akan berdepan masalah pembelajaran, tingkah laku serta gangguan perkembangan secara keseluruhan.
Kemurungan yang dialami oleh ibu mengandung, jika tidak dirawat akan meningkatkan risiko meroyan.
Ia 1 keadaan serius yang boleh berlanjutan selama beberapa bulan hingga bertahun-tahun selepas bersalin.
Sudah tentu ia akan merumitkan anda untuk bonding dengan si manja.
Rawatan awal untuk kemurungan dapat membantu anda berasa lebih baik dan bersedia menjaga bayi selepas bersalin.
Rawatan boleh merangkumi 1 atau lebih perkara berikut:
Kesimpulannya, jika anda mengalami sebarang simptom atau tanda-tanda kemurungan yang disenaraikan, jangan pendam sendiri. Kongsikan bersama individu yang anda percayai.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen