Kepada peminat Kim Kardashian, Kanye West dan Pete Davidson, anda pasti tahu mengenai kemelut yang melanda 3 selebriti Hollywood ini. Kes Kim Kardashian cerai selepas menikah dengan penderita bipolar, Kanye telah mendapat liputan yang meluas di media sosial.
Semuanya bermula apabila Kanye menuduh Kim menculik anak-anak mereka dan menghalang mereka untuk berjumpa.
Kanye juga lantang mengutuk teman lelaki baharu Kim, Pete di media sosial dan telah berkali-kali menghantar ugutan bunuh kepada pelawak tersebut.
Tidak dinafikan, semua ini telah meletakkan Kim dalam keadaan yang sukar, terutamanya apabila Kanye percaya bahawa tindakannya itu boleh merapatkan semula hubungan di antara kedua-duanya.
Walau bagaimanapun, ini bukan pertama kali Kim Kardashian terpaksa ‘bertahan’ dengan tindakan drastik Kanye.
Pada tahun 2020, Kanye telah menulis beberapa tweet yang menimbulkan kecaman terhadap dirinya serta ahli keluarga mereka. Kim telah memuat naik satu kenyataan yang berbunyi:
“Seperti apa yang orang ramai ketahui, Kanye menghidap kecelaruan bipolar. Semua orang; sama ada yang menghidapnya atau hidup bersama individu yang mengalami kondisi ini pasti faham akan segala kesukaran dan keperitan yang perlu ditanggung.”
Malah, Kim akui bahawa menikah dengan penderita bipolar bukanlah sesuatu yang mudah.
Kim juga meminta pengikutnya di media sosial untuk tidak memandang serong terhadap Kanye, kerana tindakan lelaki itu adalah cerminan daripada kecelaruan bipolar yang dihidapinya.
Jadi, mampukah individu bipolar mempunyai hubungan yang sihat pada masa hadapan? Adakah semuanya akan berakhir seperti kes Kim Kardashian cerai? Mari ikuti penerangan kami.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Mental, sila dapatkannya di sini.
Pensyarah Psikologi kongsi tip jika ada yang ingin menikah dengan penderita bipolar
Menurut Pensyarah Psikologi dari Taylor’s University, Pang Chia Yee, tindakan Kanye di media sosial sememangnya merupakan antara cerminan kecelaruan bipolar.
Kecelaruan bipolar merupakan sejenis penyakit mental yang menyebabkan perubahan drastik dari segi tenaga, mood, tahap aktiviti, konsentrasi dan keupayaan untuk melakukan aktiviti harian.
Apabila pesakit bipolar mengalami depresi, mereka akan rasa sedih yang amat sangat. Pada masa yang sama, mereka juga akan berhenti melakukan aktiviti yang disukai.
Namun, apabila mood mereka bertukar kepada mania, mereka akan rasa terlalu gembira, sangat bersemangat dan bertenaga.
Tetapi, perubahan drastik dari segi emosi ini akan membuatkan pesakit bipolar sukar tidur malam serta tidak dapat melakukan keputusan dengan waras.
Menikah dengan penderita bipolar bukanlah sesuatu yang mudah. Jika pasangan anda mengalami kondisi ini, ada banyak perkara yang perlu diambil kira.
Chia Yee yang juga merupakan Pakar Psikologi Seks dan Perhubungan berkata, masalah mereka yang ada hubungan dengan pesakit bipolar mungkin berbeza dan sukar difahami, lebih-lebih lagi oleh orang biasa.
Jadi, bagaimanakah caranya untuk mengesan sama ada pasangan kita menghidap kecelaruan bipolar? Ini tip daripada Chia Yee.
1. Kenal pasti bendera merah dalam hubungan
“Apabila pesakit kecelaruan bipolar menghadapi masalah mood, perubahan emosi ini sangat drastik dan boleh berubah dari mania ke depresi dalam masa yang singkat.”
Mereka juga mungkin akan melakukan perkara-perkara yang di luar jangkaan seperti Kanye.
Antara ciri-ciri penghidap bipolar yang boleh diperhatikan ialah:
- Mengalami ketagihan alkohol atau dadah.
- Sering berbelanja tanpa kawalan.
- Mood swing yang sangat kerap.
Walau bagaimanapun, dalam satu-satu perhubungan, mungkin sulit untuk kita kenal pasti semua simptom-simptom bipolar ini terutamanya dalam diri orang yang dicintai.
Oleh sebab itu, pendapat pakar dan diagnosis yang bertepatan sangatlah penting. Pesakit bipolar juga perlu mengambil ubat-ubatan dan melalui terapi untuk mengawal kondisi yang mereka alami.
Baca juga:
- Hubungan Toksik, Ini 14 Tanda Anda Kaki Kongkong & Jangan Teruskan Kalau Nak Kekal Lama
- Hari Toleransi Sedunia: Sejauh Manakah Anda Harus Bersabar Dengan Perilaku Toksik?
2. Jika pasangan menghidap kecelaruan bipolar, cuba untuk lebih memahami
Dalam ‘perang dingin’ antara tiga selebriti ini, Kim dan Pete banyak mengambil langkah berdiam diri. Mereka juga tidak memburukkan lagi keadaan dan cuba bertolak ansur dengan Kanye.
Sama jugalah jika pasangan anda menghidap bipolar, anda perlulah lebih memahami dan bersedia untuk bertolak ansur serta memberikan kata galakan kepada mereka.
Penghidap kecelaruan bipolar selalunya sukar untuk mendapatkan bantuan orang lain. Mereka merasakan diri mereka ibarat satu beban.
Oleh sebab itu, anda perlu sentiasa ingatkan pesakit bahawa anda menyayangi mereka dan hanya inginkan yang terbaik.
Menikah dengan penderita bipolar juga bermaksud anda perlu menyokong pesakit dengan cara membawa mereka mendapatkan rawatan pakar secepat mungkin.
3. Galakkan penghidap kecelaruan bipolar untuk mendapatkan bantuan
Tunjukkan sokongan anda pada pasangan dengan memberi galakan untuk terus menjalani terapi.
Pada masa yang sama, anda perlu kekal tenang terutamanya ketika mereka mengalami episod mania atau depresi.
Jangan sesekali anggap pasangan akan sembuh sendiri tanpa rawatan. Semakin awal kecelaruan bipolar dirawat, semakin baiklah prognosisnya.
Sebagai orang yang menikah dengan penderita bipolar, anda perlulah banyak bersabar. Perjalanan anda sangat panjang. Namun, itu tidak bermaksud hubungan ini tidak dapat kekal lama.
Dengan bantuan pakar, anda dan pasangan mampu mengharungi semuanya bersama. Tidak mustahil, kita boleh menikah dengan penderita bipolar dan hidup bahagia. Jadikan kisah Kim Kardashian cerai ini sebagai satu pengajaran.