backup og meta

Kecelaruan Bipolar Satu Masalah Mental. Ini Yang Perlu Difahami...

Kecelaruan Bipolar Satu Masalah Mental. Ini Yang Perlu Difahami...

Terdapat beberapa jenis masalah mental. Anda mungkin pernah mendengar mengenai kecelaruan stres pascatrauma, kecelaruan obsesif-kompulsif. Tetapi, adakah anda pernah mendengar tentang kecelaruan bipolar?

Adakah anda tahu tentangnya? Ikuti artikel ini untuk mendapatkan jawapannya.

Apakah itu kecelaruan bipolar?

Kecelaruan bipolar, juga dikenali sebagai kemurungan manik atau penyakit manik-depresi, adalah masalah mental.

Kecelaruan ini boleh menjejaskan emosi anda, tahap aktif, dan keupayaan untuk melakukan aktiviti harian, seperti membasuh pinggan mangkuk atau memasak makanan.

Mereka yang mengalami gangguan bipolar mengalami perubahan mood melampau.

Mereka kadangkala merasa sangat gembira (dalam episod manik) dan kadangkala merasa sangat sedih (dalam episod kemurungan). Tahap manik yang lebih rendah adalah episod hipomanik.

Mereka masih boleh merasa normal antara episod manik dan kemurungan.

Apabila anda berada dalam episod manik, anda berasa sangat gembira, tidak senang duduk, sangat gemar berceloteh dan penuh dengan tenaga.

masalah mental

Bagaimanapun, mood yang terlalu baik tidak baik, anda mungkin menjalani hubungan seks rambang yang boleh membawa kepada jangkitan seksual.

Apabila anda berada dalam episod kemurungan, anda merasa sangat sedih, tidak bernilai, tiada harapan, tidak bertenaga, tidak selesa dan tidak cukup tidur.

Anda mungkin mempunyai idea untuk bunuh diri, atau cuba untuk membunuh diri sendiri.

Simptom-simptom boleh berlangsung selama beberapa minggu, bulan, atau bahkan tahun. Anda boleh mengalaminya beberapa kali seminggu.

Simptom yang kompleks ini membuatkan kecelaruan ini sukar didiagnosis. Oleh itu, adalah penting untuk menemui seorang pakar kesihatan untuk menentukan sama ada anda mempunyai gangguan bipolar atau jenis penyakit mental lain.

Jenis gangguan bipolar

Terdapat empat jenis gangguan bipolar yang paling biasa ditemui, iaitu:

Kecelaruan Bipolar I

Jika anda mengalami kecelaruan jenis ini, anda mungkin perlu pergi ke hospital untuk penjagaan profesional.

Episod manik anda berlangsung selama seminggu atau lebih. Episod kemurungan berlangsung selama dua minggu atau lebih. Anda juga mungkin mengalami episod dengan campuran rasa sangat sedih dan sangat gembira.

Kecelaruan Bipolar II

Jika anda mempunyai episod kemurungan dan episod hipomanik, anda mungkin mengalami kecelaruan bipolar II. Episod manik yang berlangsung sekurang-kurangnya seminggu mungkin tidak muncul.

Kecelaruan Siklotimia (cyclothymia)

Jika gangguan siklotimia ini berlaku, anda mungkin mengalami episod hipomanik dan episod kemurungan selama dua tahun atau lebih (satu tahun atau lebih jika pada kanak-kanak dan remaja).

Terdapat beberapa episod hipomanik dan depresi, tetapi simptom tidak spesifik.

penyakit mental

Jenis lain

Jika anda tidak memenuhi kriteria tiga jenis kecelaruan bipolar di atas, tetapi masih mempunyai simptom gangguan ini, anda mungkin mempunyai jenis lain yang berkaitan dengan kecelaruan ini.

Kecelaruan yang berlaku adalah masalah mental serius.

Sekiranya anda mengalami kecelaruan ini, anda boleh mengalami perubahan mood. Anda boleh merasa sangat bahagia dalam episod manik dan kemudian merasa sangat sedih dalam episod depresi.

Kecelaruan bipolar adalah kompleks dan perlu didiagnosis di hospital.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Bipolar Disorder. https://www.nimh.nih.gov/health/topics/bipolar-disorder/index.shtml. Accessed December 2, 2016.

Bipolar disorder. http://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/bipolar-disorder/basics/definition/con-20027544. Accessed December 2, 2016.

https://www.nami.org/About-Mental-Illness/Mental-Health-Conditions/Bipolar-Disorder

Versi Terbaru

25/08/2020

Ditulis oleh Helma Hassan

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

Wanita Lebih Ramai Alami Kecelaruan Bipolar? Ambil Tahu 14 Tanda Amaran Ini!

Bagaimana Gangguan Bipolar Boleh Menjejaskan Aktiviti Seks Saya?


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 25/08/2020

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan