Dekati Orang Kemurungan Undang Aura Negatif Pada Anda- Kemurungan Berjangkit?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 11/03/2020

Berhadapan atau mengendalikan orang yang kemurungan dalam keluarga terdekat tidak semudah yang anda sangkakan.

Bukanlah sesuatu yang pelik jika individu yang mengendalikannya akan turut berasa sedih atau mengalami emosi yang negatif seperti yang dialami oleh orang yang kemurungan.

Disebabkan itu, timbul satu persoalan, adakah kemurungan boleh menular atau berjangkit kepada individu lain?

Kemurungan boleh berjangkit, tetapi bukanlah seperti penyakit fizikal

orang yang kemurungan

‘Jangkitan’ atau penularan kemurungan sangat berbeza dengan penularan penyakit fizikal lain seperti flu yang disebabkan oleh bakteria atau virus.

Anda tidak akan terus dijangkiti kemurungan hanya disebabkan anda menemani orang yang kemurungan atau berada di sampingnya seharian. 

Apa yang anda alami atau rasakan itu bukanlah kemurungan, tetapi kesedihan, emosi dan mood yang negatif. Fenomena yang sama turut akan berlaku jika ia adalah emosi atau perasaan yang positif.

Sebagai contoh, apabila anda melihat individu lain bergelak-ketawa, anda akan turut sama ketawa tanpa anda sedari.

Bukan sahaja emosi, malah tingkah laku negatif juga dapat ‘berjangkit’ kepada diri anda.

Sebagai contoh, jika rakan-rakan anda berhenti daripada merokok, anda juga berkemungkinan akan melakukan tindakan yang serupa.

Jika rakan anda amat gemar memakan makanan segera, maka anda juga mempunyai kecenderungan untuk menyukainya.

Kemurungan boleh menular dengan cara yang sama, tetapi perantaranya bukanlah bakteria atau virus.

Perantara dalam penularan kemurungan ialah tingkah laku yang negatif.

Antara contoh tingkah laku negatif yang mungkin berlaku ialah bersikap pesimis, menjauhi diri daripada pergaulan sosial, mudah berasa marah, sering mengeluh dan pelbagai contoh lain lagi.

Pengaruh kemurungan yang boleh berlaku

orang yang kemurungan

Selain itu, penularan kemurungan ini tidak mengambil masa yang lama.

Pada tahun 2014, sekumpulan penyelidik ada menjalankan kajian terhadap 100 pasangan mahasiswa yang akan menjadi rakan sebilik.

Setiap mahasiswa dikehendaki untuk tinggal bersama pasangannya dalam tempoh antara 3 hingga 6 bulan.

Setelah 6 bulan, mahasiswa yang tinggal bersama pasangan yang sering termenung telah menunjukkan lebih banyak ciri-ciri berlakunya kemurungan.

Para penyelidik membuat kesimpulan bahawa perkara ini terjadi disebabkan oleh mereka yang terkesan ini mempunyai cara berfikir yang sama seperti rakan sebiliknya. 

Siapa yang lebih berisiko untuk ‘dijangkiti’ kemurungan?

Kemurungan boleh mempengaruhi individu lain.

Namun, kekebalan anda terhadap ‘jangkitan’ kemurungan dari orang yang murung ini bergantung kepada banyak faktor seperti genetik, pengalaman masa lalu, serta tahap stres yang anda alami.

Risiko kemurungan akan berlaku pada tahap yang lebih tinggi dalam kalangan individu yang mempunyai keadaan-keadaan seperti berikut:

  • Mempunyai sejarah kejadian orang yang kemurungan dalam keluarga
  • Memiliki genetik yang boleh memicu kemurungan untuk berlaku
  • Sedang mengalami perubahan yang besar dalam hidup seperti kematian, perceraian dan muflis
  • Dibesarkan oleh ibu bapa yang mempunyai kemurungan
  • Sedang mengalami situasi stres yang berat sehingga boleh mempengaruhi kemampuan untuk berfikir
  • Terlalu bergantung kepada individu lain seperti ahli keluarga, rakan dan juga pasangan

Kemurungan tidak hanya menular daripada individu yang terdekat seperti ibu bapa, anak, pasangan, rakan baik atau rakan sebilik.

Malah, anda juga boleh mendapat emosi negatif yang sama melalui interaksi di media sosial.

Ketika mana terdapatnya perkara buruk yang berlegar-legar di media sosial, kebanyakan pengguna media sosial gemar untuk memberikan respons dengan hantaran atau komen yang bersifat negatif.

Begitu juga apabila terdapat sesuatu berita atau perkara yang positif, kebanyakan individu akan memberikan respons yang baik.

Tambahan lagi, sejak kebelakangan ini, terdapat juga beberapa kes individu yang mempunyai inspirasi atau idea untuk membunuh diri hanya kerana mereka telah melihat perlakuan yang sama dilakukan oleh orang lain di media sosial. 

Apakah yang boleh anda lakukan apabila perasaan murung menular?

orang yang kemurungan

Apabila anda menyedari bahawa anda mempunyai simptom-simptom kemurungan, cara yang terbaik adalah dengan mencari bantuan profesional.

Dapatkan konsultasi bersama ahli psikologi atau ahli psikiatri untuk mengatasi simptom tersebut.

Sekiranya perlu, ajaklah orang lain yang kemurungan dalam keluarga anda untuk bersama dengan anda bagi mendapatkan konsultasi. 

Di saat anda menjalani kaunseling rutin bersama dengan ahli profesional, cubalah untuk menguruskan stres yang sedang anda alami.

Jangan lupa untuk saling memberikan sokongan antara satu sama lain agar anda dan orang yang mengalami kemurungan dapat berkembang ke arah yang lebih baik. 

Ingatlah bahawa anda sebenarnya tidak bersendirian dalam mendekati ahli keluarga atau orang yang kemurungan walaupun anda juga mempunyai kemurungan.

Anda sentiasa boleh mendapatkan sokongan daripada individu-individu yang boleh dipercayai.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Alami Burnout Sewaktu Bertugas? Ikuti 7 Tip Ini Untuk Bantu Anda Kurangkannya

    Bagi petugas barisan hadapan dan mereka yang kerja lebih masa, mereka lebih berisiko mengalami sindrom burnout. Jangan risau, ikuti 7 tip untuk mengatasinya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

    Normal Ke Jika Saya Selalu Mengingati Mati? Ini 3 Kesan Yang Perlu Diketahui

    Anda mungkin kadangkala terfikir mengenai kematian. Namun, adakah mengingati mati dengan kerap merupakan satu perkara yang normal?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

    Puasa Ketika PKP Tak Bermaksud Jadi Antisosial, Walaupun Tanpa Bazar, Ini 4 Cara Kekal Berhubung!

    Anda mungkin sudah bosan berada di rumah ketika penjarakan sosial berlangsung. Namun, ada cara seronok untuk anda kekalkan interaksi sosial bersama kenalan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Coronavirus, COVID-19 31/03/2020

    Mungkinkah PKP Akan Berakhir? Sebelum Jadi Gila, Ini 7 Langkah Penjagaan Diri Di Rumah

    Aduh...daripada 2 minggu, dilanjutkan menjadi sebulan. Makin stres sepanjang tempoh PKP? Haaa...ini 7 langkah penjagaan diri di rumah yang patut anda cuba.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Coronavirus, COVID-19 30/03/2020

    Artikel lain untuk anda

    bunuh diri

    Berniat Nak Bunuh Diri Tanda Ada Masalah Otak? Ini Fakta Yang Anda MESTI Tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 05/06/2020
    hubungan sosial

    Tak Perlu Jumpa Orang, TV Dah Cukup Untuk Bersosial-Kajian, Ini Cara Baru Tingkat Kesihatan Mental!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 02/06/2020
    cara-meningkatkan-kecerdasan-otak

    Bukan Saja Badan, Otak Pun PENTING Untuk Dijaga. Bagaimana? Ini Caranya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 02/06/2020
    meroyan selepas bersalin

    Bila Meroyan Akan Berakhir? Awas! Usah Biarkan, Ia Boleh Berlanjutan Jika Tak Dirawat

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 15/05/2020