Gaya Seks Bebas? Ini 5 Perkara Mengenai Penyakit Kelamin Perlu Anda Ketahui

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 14/04/2020

Pernahkah anda mendengar mengenai penyakit kelamin atau STD? Jika anda seorang individu yang mengamalkan seks bebas, ada 5 perkara tentang jangkitan STD ini yang perlu anda ketahui.

Jangkitan STD

Penyakit kelamin atau STD merupakan antara jangkitan yang mungkin tidak mempunyai sebarang simptom atau tanda yang boleh diperhatikan sebagai amaran.

Jika anda aktif secara seksual, anda perlu mendapatkan maklumat tentang penyakit kelamin dan mengetahui cara terbaik yang dapat melindungi anda daripada jangkitan.

Mungkin beberapa fakta mengenai penyakit kelamin ini harus anda ketahui.

5 perkara mengenai penyakit kelamin

Mitos 1: Wujud simptom pada pasangan anda

Antara isu utama mengenai penyakit kelamin, kebanyakan jangkitan STD ini tidak mempunyai sebarang simptom atau hanya simptom ringan, terutamanya kepada individu wanita.

Sesetengah simptom STD boleh pergi dan kembali selepas beberapa tempoh.

Jangkitan kelamin ini boleh menjejaskan fungsi badan anda, dan ia boleh tersebar kepada pasangan anda, walaupun anda tidak mempunyai sebarang simptom.

Mitos 2: STD boleh menjangkiti dari sebarang objek yang digunakan pesakit

STD hanya merebak melalui faraj, dubur, atau seks oral. Sesetengah jangkitan ini mungkin tersebar kepada bayi ketika proses kehamilan, kelahiran atau menyusu badan.

Herpes boleh tersebar melalui ciuman, jika lepuh (blister) herpes berada dalam mulut atau sekitar bibir. Hepatitis B, sifilis, dan HIV – virus AIDS, boleh merebak melalui perkongsian jarum atau sebarang objek yang tercemar melalui darah, dan juga hubungan seksual.

Jangkitan STD tidak akan merebak melalui bersalaman, pelukan, tempat duduk mangkuk tandas, tuala, hidangan makanan, telefon atau gigitan serangga.

Mitos 3: Simptom STD mungkin menyebabkan gangguan tetapi tiada kesan serius

Penyakit kelamin yang tidak dirawat boleh menyebabkan masalah yang lebih kronik. Ia boleh menyebabkan kemandulan, masalah pada saluran kencing, kanser vulva, serviks, faraj, zakar dan dubur.

Sesetengah penyakit kelamin, termasuk sifilis dan AIDS boleh mengakibatkan kematian. Tiada penyakit kelamin yang tidak berbahaya.

jangkitan STD

Mitos 4: Tunggu sehingga muncul simptom

Menunggu sehingga munculnya simptom adalah satu perbuatan sia-sia yang mungkin mendatangkan bahaya memandangkan penyakit kelamin mungkin tidak menunjukkan sebarang simptom.

Sebaiknya, jika anda mengesyaki atau merasakan anda mungkin berisiko kepada jangkitan ini, sila berjumpa doktor secepat mungkin dan pemeriksaan makmal boleh menentukan sama ada anda dijangkiti atau tidak.

Pasangan anda juga berisiko untuk dijangkiti, maka pemeriksaan juga perlu dilakukan. Setiap penyakit kelamin memerlukan rawatan perubatan profesional.

Mitos 5: Hanya sekali jangkitan

Apa yang perlu anda tahu tentang jangkitan STD, badan anda tidak membina sebarang imunisasi kepada sebarang penyakit kelamin.

Jika pasangan anda dijangkiti, anda berdua mungkin akan menyebarkan jangkitan ini sesama sendiri, melainkan anda dan pasangan mendapatkan rawatan dan merawat segala masalah kesihatan sebelum kembali melakukan seks.

Malah, jika anda pernah terkena jangkitan STD, anda berkemungkinan besar akan dijangkiti sekali lagi.

Apakah simptom penyakit kelamin?

Seperti yang dijelaskan awal tadi, kadangkala tidak wujud sebarang simptom kepada jangkitan ini. Antara simptom berkaitan STD yang mungkin dialami, seperti:

  • Benjolan, luka atau ketuat berhampiran mulut, dubur, zakar atau faraj.
  • Bengkak atau kemerahan berhampiran zakar atau faraj.
  • Ruam.
  • Kesakitan ketika kencing.
  • Kehilangan berat, kurang membuang air besar, berpeluh pada waktu malam.
  • Sakit badan, demam dan menggigil.
  • Penyakit kuning (jaundice).
  • Keluar cecair dari faraj atau zakar. Cecair dari faraj mungkin mengeluarkan bau.
  • Pendarahan pada faraj, selain dari tempoh haid.
  • Kesakitan ketika hubungan seksual.
  • Kegatalan yang kronik pada bahagian zakar atau faraj.

Merawat penyakit kelamin

Kebanyakan penyakit kelamin boleh dirawat dengan antibiotik. Jika anda diberikan antibiotik, penting untuk anda mengambilnya sehingga habis walaupun simptom anda sudah tiada.

Jangan pernah mengambil ubatan kepunyaan individu lain untuk merawat penyakit anda. Ini kerana ia menyebabkan kesukaran untuk didiagnosis dan merawat jangkitan.

Mengelakkan penyebaran penyakit kelamin

5-perkara-mengenai-penyakit-kelamin

  • Jika anda mempunyai jangkitan STD, berhenti melakukan sebarang perhubungan seksual sehingga anda berjumpa doktor dan mendapatkan rawatan.
  • Ikuti arahan doktor untuk rawatan.
  • Gunakan kondom apabila ingin melakukan hubungan seks, terutama dengan pasangan baru.
  • Jangan melakukan hubungan seks melainkan doktor mengatakan anda boleh melakukannya.
  • Kembali mendapatkan pemeriksaan doktor untuk pemeriksaan semula.
  • Pastikan pasangan anda turut mendapatkan rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    20 Tanda Anda Menghidap Sifilis, Hati-Hati Jika Anda Aktif Bersetubuh Tanpa Perlindungan!

    Sifilis adalah sejenis penyakit jangkitan kelamin yang disebabkan oleh bakteria Treponema pallidum. Ikuti artikel ini untuk mengetahui lebih lanjut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab

    2 KEBAIKAN Telan Air Mani Suami, Tapi Hati-Hati Juga Dengan Risiko STD Ya!

    Mungkin ada antara kita yang terfikir untuk cuba menelan air mani. Namun mungkin anda terfikir, adakah selamat untuk anda telan air mani pasangan anda?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

    Industri Pelacuran Perlu Diberi Didikan Untuk Elak Penyakit Kelamin, Bukan Hinaan Tapi Bantuan

    Ikuti artikel ini untuk mengetahui berkenaan dengan pemberian akses khidmat kesihatan yang baik kepada golongan pelacur ketika mereka sibuk mencari wang.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

    14 Perkara Tentang Seks Yang TIADA SIAPA Tahu & Ambil Kisah, Sedangkan Penting!

    Seks merupakan perkara sukar dibincang secara terangan, dianggap sebagai isu 'dalam selimut'. Banyak perkara salah mengenai seks menjadi kepercayaan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Artikel lain untuk anda

    penyakit kelamin

    “Saya Pancut Luar, Takkan Dapat Penyakit Kelamin Lah”, Adakah Anda 100% Pasti?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 17/04/2020

    Kalau Suami Tak Suka Pakai Kondom, Anda Boleh Pakai Kondom Wanita Untuk Rancang Kehamilan?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 09/04/2020

    Sebaiknya Sebelum Rancang Nak Hamil, Buat Ujian Penyakit Kelamin! Ini Sebabnya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 15/03/2020
    sengal badan selepas bersetubuh

    Jangan Pandang Ringan Jika Rasa Sengal Badan Lepas Bersetubuh, Ada Yang Kena Jumpa Doktor!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 15/03/2020