backup og meta

Kajian Kata Ada Banyak Sebab Individu Bersenggama, Rupa-rupanya Bukan Hanya Sekadar Tuntutan Nafsu!

Kajian Kata Ada Banyak Sebab Individu Bersenggama, Rupa-rupanya Bukan Hanya Sekadar Tuntutan Nafsu!

Berjimak, ia adalah satu kenikmatan yang sudah jadi kemestian buat setiap pasangan bercinta terutamanya yang bergelar suami isteri. Disebabkan itu, ia wajarlah dilakukan dengan kekerapan yang betul demi kehidupan yang sejahtera. Tanpanya, sudah pasti akan hambar dan tidak bermaknalah kehidupan di kamar tidur buat kalian berdua. Namun begitu, apakah definisi hubungan seksual yang sebenarnya?

Apakah penyebab manusia perlu bersenggama? Jom sama-sama kita ikuti artikel ini untuk tahu definisi hubungan seksual yang sebenar!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Seksual sila dapatkannya di sini.

Definisi hubungan seksual yang sebenar

Sebelum pergi dengan lebih mendalam lagi, wajarlah untuk kita semua tahu definisi hubungan seksual atau juga dikenali sebagai hubungan intim.

Buat anda yang mungkin belum tahu lagi, definisi hubungan seksual adalah perbuatan persetubuhan di antara dua manusia berlainan jantina.

Ia dilakukan dengan cara penetrasi alat kemaluan – zakar lelaki dimasukkan dan didayungkan ke dalam faraj wanita sehingga keluar air mani.

Adalah salah satu aspek yang sangat penting dalam kehidupan pasangan bercinta terutamanya buat mereka yang bergelar suami isteri.

Jika tidak mahu atau tidak mampu melakukannya, suami isteri sangatlah digalakkan untuk melakukan ‘ringan-ringan’ dalam usaha memuaskan nafsu syahwat masing-masing.

Persoalannya, kenapa ia mesti dilakukan oleh manusia?

Kenapa manusia perlu melakukan hubungan intim?

Ya, seakan sudah sebuah menjadi lumrah kehidupan kita di mana bersetubuh adalah perbuatan yang biasa dilakukan oleh pasangan bercinta.

Pun begitu, kami sama sekali tidak kata yang kalian boleh melakukan persetubuhan sebelum berkahwin kerana ia banyak kemudaratan.

Apa yang menjadi persoalan adalah kenapa manusia perlu bersenggama sekiranya faktor syahwat ditolak ke tepi? Ini jawapannya!

Menurut kajian terbaharu yang diterbitkan di dalam jurnal National Library of Medicine, terdapat ratusan (237) penyebab manusia mesti melakukan persetubuhan dan ia bukan sekadar berkait dengan syahwat sahaja.

Ini kerana manusia memang lahir dengan sifat dan cara fikir yang sangat kompleks dan kadangkala sangat sukar dianalisis oleh sains.

Berikut adalah beberapa sebab mengapa hubungan intim penting:

#1. Fizikal

Pertama sekali, sudah tentu ia didasari oleh fitrah kejadian manusia yang lahir dengan hawa nafsu terhadap segala perkara berkenaan jimak.

Di dalam percintaan pula, akan wujud satu keinginan atau kemahuan dalam diri individu yang mendambakan sentuhan pasangan secara fizikal.

Sama ada sebelum atau selepas berkahwin, ini adalah normal kerana anda ingin bereksperimen dengan perkara yang selama ini hanya bermain atau berlegar dalam fikiran sahaja.

#2. Emosional

kebaikan bersenggama

Selain itu, bersetubuh juga sudah pasti sangat berkaitan rapat dengan faktor emosi yang dimiliki oleh setiap manusia di muka bumi ini.

Semua orang akan memiliki hasrat untuk mencintai serta dicintai oleh orang lain dan jimak adalah salah satu daripada cara untuk merealisasikannya.

Perasaan cinta juga akan hadir bersama perasaan yang lain iaitu kasih, rindu dan tanggungjawab untuk melaksanakan komitmen di dalam perhubungan.

#3. Sosial

Dalam pada itu, sesetengah individu juga dipercayai melakukan hubungan intim untuk melengkapkan status atau taraf sosial kehidupan mereka.

Bagi mereka, ia adalah penting untuk beberapa sebab sosial antaranya supaya menjadi lebih popular, membalas dendam kesumat, membuat orang cemburu dan lain-lain.

Dengan mengaku pernah melakukannya, individu cenderung untuk berasa bahawa diri sudah melebihi atau menjangkaui orang lain yang dianggap sebagai pesaing hidup.

#4. Jaminan

Akhir sekali, kajian tersebut turut mendapati bahawa individu bersenggama di atas dasar ingin menjamin perhubungan bersama pasangan tercinta.

Ini kerana ada orang yang beranggapan bahawa bersetubuh adalah satu perkara yang akan ‘mengikat’ pasangan mereka daripada curang atau pergi kepada individu lain.

Seakan sudah menjadi satu tugas, persetubuhan cenderung dianggap sebagai satu perbuatan yang mesti dilakukan di dalam perhubungan untuk melanjutkan zuriat dan keturunan.

tip bersenggama

Berkahwin adalah jalan penyelesaiannya!

Walau apapun sebab yang dinyatakan di atas mengenai kenapa orang mesti buat seks, ia tidak wajar dijadikan alasan untuk melakukannya luar nikah.

Ini kerana anda dan pasangan perlu tahu bahawa persetubuhan sebelum berkahwin boleh mendatangkan banyak mudarat terhadap kesihatan fizikal dan emosi individu.

Maka berkahwinlah dan jadikan perkahwinan itu sebagai satu laluan atau sandaran untuk menyalurkan syahwat dengan cara yang nikmat, halal dan selamat.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/17610060/
  2. https://www.optionsforsexualhealth.org/facts/sex/decision-making/
  3. http://www.goodchoicesgoodlife.org/choices-for-young-people/articles-158918/
  4. https://www.concordia.ca/students/health/topics/sexuality-and-safersex/237-reasons-why-peoplehavesex.html
  5. https://vaestoliitto-fi-bin.directo.fi/@Bin/80b12d3b60e24461bbba40ab054ca81a/1597048298/application/pdf/263353/Finsex09_Chapter%207.pdf

Versi Terbaru

19/04/2024

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: Annes Nadia


Artikel Berkaitan

Ini Sebab Mengapa Tak Boleh Buat Seks Dengan Ramai Pasangan, Bukan Sebab HIV Sahaja!

Selamatkan Kehidupan Seks Anda & Pasangan Meski Diserang Depresi, Ini 4 Caranya!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 19/04/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan