Di dada-dada akhbar sering kali mengongsikan berita kecerdasan buatan atau artificial intiligence (AI) yang mampu melakukan pelbagai perkara dan mampu menyerupai manusia.
Di dada-dada akhbar sering kali mengongsikan berita kecerdasan buatan atau artificial intiligence (AI) yang mampu melakukan pelbagai perkara dan mampu menyerupai manusia.

Kecerdasan buatan di Malaysia mempunyai potensi digunakan bergantung pada tahap pekerjaan seseorang. Hal ini kerana, hampir dua pertiga (65%) pekerja di Malaysia berpotensi menggunakan AI generatif untuk 5-20% daripada pekerja biasa mereka.
Manakala hanya sebahagian kecil (1%) berkemungkinan menggunakan AI generatif lebih daripada 20% kerja.
Persoalannya, adakah ia benar-benar memberikan kebaikan di dalam kehidupan seharian manusia ataupun membawa kerosakan?
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Mental, sila dapatkannya di sini.
Berita kecerdasan buatan yang dikongsikan dari eWEEK yang bertajuk Talking to AI ‘Is Not Therapy,’ Mental Health Scholar Warns telah membincangkan mengenai kebergantungan chatbot AI untuk sokongan kesihatan mental di Amerika Syarikat dan ini membimbangkan pakar kesihatan!
Hal ini kerana, 55% rakyat Amerika di dalam lingkungan umur 18 hingga 29 telah beralih kepada chatbots AI kerana mudah untuk diaskes dan dapat kekalkan rahsia mengenai maklumat diri.
Walau bagaimanapun, pakar memberi amaran bahawa walaupun chatbot AI boleh menawarkan sokongan, namun mereka tidak mempunyai sifat empati dan pemahaman untuk terapi yang berkesan.
Walaupun AI tidak sesuai sebagai pengganti rawatan kesihatan mental, ia masih boleh memainkan peranan sebagai sokongan. Sebagai contoh:
Antara jenis alat terapi AI:

Sebuah penyelidikan telah dijalankan semasa pandemikCOVID-19 mendapati bahawa chatbots digital dikaitkan dengan pengurangan ketara dalam kebergantung kepada bahan seperti alkohol, dadah dan sebagainya.
Satu tinjauan mendapati bahawa chatbot GPT3 telah membantu untuk mencegah 30 pengguna pelajar (3 peratus daripada 1,006 yang ditinjau) daripada cubaan membunuh diri.
Namun, AI tidak sepatutnya menjadi pengganti kepada pakar psikologi, kaunselor, atau doktor yang bertauliah.
Antara keburukan AI ialah:
Berbeza dengan industri automatif, menglibatan AI di dalam kesihatan memerlukan empati bagi memahami punca masalah mental seseorang itu berlaku.
Terapi kesihatan mental ialah memerlukan doktor atau pakar untuk memahami isyarat yang bukan lisan, tambahan pula emosi manusia yang kompleks yang tidak dapat ditafsirkan secara sahih oleh AI.
Perkara ini jarang sekali ditunjukkan di dalam berita kecerdasan buatan.
Antara berita keceradasan fizikal yang menarik untuk dikkongsikan ialah daripada National Eating Disorders Association (NEDA) yang telah melumpuhkan chatbot yang bernama Tessa selepas mendapati ia memberi nasihat diet yang berpotensi membahayakan indvidu yang mempunyai ganggung pemakanan.
AI ini tidak mampu memberikan jawapan dan konsulatasi yang logik seperti yang diberikan oleh ahli terapi atau dietian.

Cuba anda bayangkan, anda selesa meluahkan perasaan dengan AI atau doktor?
Bercakap dengan AI amat membosankan dan dapat dirasai serba kekurangan berbanding bercakap dengan manusia kerana dapat berkomunikasi secara 2 hala.
Ada pengkritik berpendapat bahawa AI sepatutnya berfungsi hanya untuk menyokong profesional kesihatan mental dan tidak sekali-kali menggantikan mereka.
Isu data privasi tidak boleh lari selagi mana kita menggunakan teknologi di dalam kehidupan seharian. Namun, di dalam aspek kesihatan ia ia menimbulkan persoalan praktikal tetapi juga etika.
Kebimbangan privasi, keselamatan data dan potensi tidak adil adalah semua isu yang memerlukan pertimbangan yang teliti dan keselamatan.

Kegunaan kecerdasan buatan di Malaysia memang membantu dalam banyak aspek kehidupan, tetapi apabila melibatkan isu kesihatan mental, kita tidak boleh mengabaikan peranan penting hubungan manusia.
Bercakap dengan AI akan memberikan kelegaan sementara, tetapi ia bukan penyelesaian sebenar. Namun, jika tidak berhati-hati, ia boleh menyebabkan lebih banyak mudarat berbanding manfaat.
Sekiranya anda atau orang yang anda sayangi sedang bergelut dengan masalah kesihatan mental, carilah bantuan daripada profesional seperti doktor dan pakar.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Dr. Jodi Halpern on why AI isn’t a magic bullet for mental health https://publichealth.berkeley.edu/news-media/research-highlights/why-ai-isnt-a-magic-bullet-for-mental-health. Diakes pada 9 April 2025
AI And Mental Health Theraphy https://www.yourcounselling.ca/ai-and-mental-health-therapy/. Diakses pada 9 April 2025
An eating disorders chatbot offered dieting advice, raising fears about AI in health https://www.npr.org/sections/health-shots/2023/06/08/1180838096/an-eating-disorders-chatbot-offered-dieting-advice-raising-fears-about-ai-in-hea. Diakses pada 9 April 2025
The Economic Impact of Generative AI: THE FUTURE OF WORK IN MALAYSIA https://ai.gov.my/media/thought-leadership/Reports-06-EN-Economic-Impact-of-Generative-AI-MY-1.pdf Diaskes pada 9 April 2025
Maples, B., Cerit, M., Vishwanath, A. et al. Loneliness and suicide mitigation for students using GPT3-enabled chatbots. npj Mental Health Res 3, 4 (2024). https://doi.org/10.1038/s44184-023-00047-6
Versi Terbaru
10/04/2025
Ditulis oleh Norhanan Abdul Latip
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Diperbaharui oleh: Ahmad Farid
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor