backup og meta

Benarkah Masalah Mata Kering Ada Kaitan Dengan Migrain? Ini Jawapan Kajian!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 05/05/2023

    Benarkah Masalah Mata Kering Ada Kaitan Dengan Migrain? Ini Jawapan Kajian!

    Dari tajuk artikel ini, pasti anda terfikir dan tertanya adakah benar mata kering itu penyebab migrain dan apakah migrain berbahaya? Untuk tahu lebih lanjut, teruskan baca artikel ini okay!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Mata, anda boleh dapatkannya di sini.

    Mengapa kekeringan mata berlaku?

    Sindrom mata kering (penyakit mata kering) adalah keadaan kompleks yang melibatkan gangguan fungsi air mata, dan juga kelainan di permukaan mata.

    Ini selalunya berpunca daripada peningkatan kehilangan cecair pada permukaan mata, termasuk kenaikan kandungan garam atau penurunan pengeluaran air mata.

    Walau bagaimanapun, banyak bukti menunjukkan kebanyakan individu mempunyai gejala mata kering yang tidak berkaitan dengan punca di atas, menjadikan ia lebih rumit.

    Contohnya, kadangkala sindrom ini boleh terjadi akibat kondisi perubatan, seperti sindrom Sjögren.

    Secara kebetulan, individu dengan kondisi autoimun ini juga mengalami migrain dan sakit kepala yang jauh lebih tinggi berbanding mereka yang tidak.

    penyebab migrain

    Benarkah kekeringan mata penyebab migrain?

    Gejala mata kering dipercayai lebih biasa terjadi dalam kalangan penghidap migrain.

    Migrain adalah sakit kepala dengan intensiti yang berbeza-beza dan biasanya disertai dengan sensitiviti terhadap cahaya dan bunyi.

    Terdapat beberapa bukti menunjukkan kekeringan mata boleh menjadi penyebab migrain, tetapi dengan cara yang berbeza.

    Sebagai contoh, migrain boleh bertahan lebih lama atau melibatkan gejala seperti mual, muntah, atau sensitif terhadap deria.

    Bukan itu sahaja, para penyelidik juga mendapati gejala mata kering sering berlaku kepada individu yang mengalami migrain.

    Walau bagaimanapun, lebih banyak kajian perlu dijalankan untuk menilai hubungan antara kedua kondisi ini.

    Ini kerana masih belum jelas sama ada masalah kekeringan pada mata adalah penyebab migrain atau ia hanyalah sekadar simptom sakit kepala.

    Tambah lagi, penyebab migrain dan mata kering boleh dicetuskan oleh pelbagai perkara. Sesetengah ubat preskripsi turut boleh menjadi antara punca yang menyumbang kepada kondisi ini.

    Satu penjelasan yang agak munasabah adalah kedua penyabab migrain mungkin adalah angkara keradangan.

    Sekiranya anda mengalami sebarang kecederaan atau penyakit, kawasan yang terjejas sering berlaku keradangan sebagai tindak balas.

    Di samping itu, jika anda cenderung mengalami migrain, ia mungkin juga disebabkan oleh perbezaan struktur pada mata.

    penyebab migrain

    Dalam kajian 2015, para penyelidik mendapati mereka yang mengalami migrain mempunyai struktur okular yang berbeza berbanding individu yang tidak mengalaminya.

    Bagi menjawab persoalan sama ada mata yang kering boleh jadi penyebab migrain, jawapannya mungkin ya…

    Tapi, seperti yang telah dijelaskan, penyelidikan lebih mendalam harus dilakukan untuk membuktikan keputusan yang lebih tepat.

    Faktor-faktor yang mungkin berpotensi

    Disebabkan kaitan antara kedua-dua kondisi ini masih belum dapat dipastikan, beberapa teori ini mungkin dapat memberikan penjelasan yang logik.

    Pakar berpendapat kedua kondisi tersebut mungkin berkongsi mekanisme:

    • Keradangan: Proses keradangan ternyata ada kaitan dengan sindrom mata kering dan migrain
    • Central sensitization: Kondisi ini berlaku apabila sistem saraf pusat anda bertindak balas secara berlebihan terhadap rangsangan tertentu, seperti cahaya, bunyi, atau sentuhan, menyebabkan kesakitan yang lebih kuat dan toleransi kesakitan yang rendah
    • Genetik: Terdapat komponen genetik yang dikenal pasti dalam kedua-dua kondisi ini, yang membawa maksud ia mungkin disebabkan oleh faktor keturunan. Sindrom mata kering malah dikaitkan secara genetik dengan IBS, sakit pelvis kronik, dan fibromyalgia
    • Trigeminal nerve pathway: Saraf trigeminal, yang terbesar dari 12 saraf kranial, membekalkan saraf ke mata dan terlibat dalam pengeluaran air mata. Para saintis percaya, apabila sistem saraf trigeminal diaktifkan, ia dapat mencetuskan migrain dan aura. Masalah kekeringan mata juga dianggap sebagai akibat daripada saraf trigeminal yang diaktifkan, terutamanya kerana terdapat ujung saraf trigeminal yang padat di kornea

    Merawat mata yang kering

    penyebab migrain

    Antara rawatan awal boleh dilakukan bagi masalah mata kering adalah air mata tiruan (penitis mata untuk bantu mengekalkan kelembapan pada permukaan luar mata), dijual over-the-counter (OTC) dalam bentuk cecair, gel, atau krim.

    Air mata tiruan yang bebas bahan pengawet ini mungkin sesuai dijadikan sebagai rawatan, walaupun harganya agak mahal.

    Untuk pilihan lain, penitis mata preskripsi yang mengandungi bahan-bahan seperti lifitegrast dan cyclosporine turut dapat membantu meningkatkan pengeluaran air mata.

    Doktor mungkin memberi anda salah satu daripada ubatan ini jika air mata tiruan didapati tidak berkesan.

    Antara strategi lain yang boleh dicuba adalah dengan menjauhkan diri daripada penghawa dingin dan meletakkan pelembap udara di bilik tidur atau tempat kerja.

    Selain itu, ingatkan diri untuk berkelip secara berkala ketika sedang menghadap skrin komputer ataupun semasa membaca.

    Sekiranya anda mempunyai sebarang kebimbangan atau persoalan, lakukan konsultasi bersama doktor atau pakar mata untuk mendapatkan kepastian.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 05/05/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan