backup og meta

Angkara Menangis Teresak-esak, Mata Jadi Sembap? Ada 5 Petua Untuk Hilangkannya!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 15/06/2021

    Angkara Menangis Teresak-esak, Mata Jadi Sembap? Ada 5 Petua Untuk Hilangkannya!

    Kondisi ini sering kali berlaku terutamanya selepas kita menangis namun tidak ramai yang tahu cara menghilangkan mata sembab.

    Ia bukan sahaja akan menjejaskan penampilan, malahan juga menyebabkan ketidakselesaan pada kawasan mata yang terkesan.

    Jadi, usah lagi khuatir jika anda mengalaminya kerana kami akan senaraikan beberapa rawatan mata sembab yang boleh dicuba!

    Menangis boleh buat mata jadi sembap?

    Setiap manusia yang normal pasti pernah atau akan menangis ekoran kesedihan dan kesakitan yang dirasai oleh sanubari.

    Bahkan perkara pertama yang kita lakukan di saat keluar sahaja daripada perut si ibu ke dunia ini adalah menangis.

    Persoalannya, mengapa perbuatan yang tidak disengajakan ini boleh sebabkan mata sembap?

    Ini kerana jaringan kulit di sekitar mata akan menyerap kembali air mata yang mengalir keluar lantas menyebabkan pengumpulan air di kawasan mata.

    Selain itu, fenomena ini turut didalangi oleh respons otak yang akan meningkatkan aliran darah ke bahagian wajah setiap kali anda sedang beremosi.

    Untuk pengetahuan anda, bukan menangis sahaja yang boleh buat mata jadi sembap kerana wujud lagi antara punca yang lain.

    mata merah selepas menangis

    Terlebih tidur juga adalah antara sebabnya?

    Selain menangis, fenomena ini juga sering berlaku setiap kali kalian terlebih tidur pada waktu malam dalam kadar yang ideal. Kenapa?

    Ketika kita tidak tidur di siang hari, kelopak mata akan terus berkedip bagi memastikan bola mata kekal bersih dan lembap dengan air mata.

    Ketika sedang tidur pula, air mata tidak akan berhenti terhasil namun kelopak mata tidak berkedip lantas menyebabkan pengumpulan air mata.

    Kadangkala, lebihan cecair yang terkumpul ini akan terserap pada tisu di sekitar mata lalu menyebabkan ia kelihatan sembap dan bengkak.

    Disebabkan itu, kawasan mata anda mungkin akan kelihatan agak sembap setiap kali terlebih tidur pada waktu malam.

    Apa cara menghilangkan mata sembab ini?

    Sebenarnya, rawatan mata sembap ini tidaklah sesukar mana dan boleh dilakukan hanya di rumah!

    #1. Tuaman suhu sejuk

    Apa-apa sahaja tuaman suhu sejuk mampu membantu merawat kebengkakan dan keradangan kerana ia mengurangkan aliran darah.

    Jadi, tuaman air batu, pek ais atau sekadar sudu/garpu yang disejukkan dalam peti ais mungkin boleh membantu merawat masalah ini.

    Untuk lebih mudah, anda juga boleh membeli topeng muka sejuk yang ada di pasaran.

    Cara menghilangkan mata sembap #2. Sayur timun

    Selalu lihat orang lain meletakkan timun pada kelopak mata mereka? Ya ia merupakan antara cara berkesan sebagai rawatan mata sembab.

    Ini kerana timun memiliki kandungan air yang sangat tinggi lantas boleh menghidrat kulit serta mengurangkan kebengkakan dan keradangan.

    Selain itu, ia juga mengandungi kandungan anti radang, antioksidan dan kaya vitamin K yang mampu mengurangkan lingkaran gelap bawah mata.

    Cara menghilangkan mata sembap #3. Uncang teh

    Satu uncang teh kebiasaannya mengandungi kafein dan tannins yang bagus untuk merawat segala masalah berkaitan tisu pada tubuh badan.

    Tidak kira jenis teh sama ada teh hijau, teh hitam atau teh bunga, kesemuanya boleh digunakan dan teh chamomile dikatakan paling efektif.

    Caranya mudah sahaja iaitu larutkan ia di dalam air suam kemudian sejukkannya di dalam peti ais buat seketika sebelum diletakkan pada mata.

    ketumbit mata

    #4. Minum air dengan secukupnya

    Apabila kita menangis, air mata yang mengalir keluar itu akan menyebabkan tubuh badan kita kehilangan sedikit cecair.

    Jika ia berlarutan pula, maka adalah tidak mustahil untuk tubuh badan kehilangan banyak air lantas menyebabkan dehidrasi.

    Maka adalah sangat penting untuk kalian minum air dengan secukupnya iaitu sekitar 8 gelas sehari atau mungkin lebih.

    Cara menghilangkan mata sembap #5. Urutan mata

    Anda juga boleh cuba mengurut secara perlahan bahagian mata sembap bagi melancarkan kembali aliran darah di kawasan terbabit.

    Caranya adalah mengurut secara perlahan bermula dari atas (kening) ke bawah (kawasan lingkaran gelap) dengan dua jari.

    Namun anda harus ingat agar tidak melakukannya dengan terlalu kuat atau ganas kerana khuatir kesan sampingan lain pula timbul.

    Jika 5 cara menghilangkan mata sembap ini masih tidak menunjukkan perubahan, segera berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat, ubatan dan rawatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 15/06/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan