Apabila mendapat mata kering, pesakit mungkin berasa sakit dan tidak selesa. Terdapat beberapa pilihan untuk rawatan mata kering yang boleh melegakan simptom dan membantu mata menjadi lebih baik.
Menukar alam sekitar
Alam sekitar adalah faktor yang paling biasa yang menyebabkan masalah mata kering. Justeru, pemilihan cara yang bagus untuk hidup dan bekerja, mengelakkan rokok dan angin yang kuat akan dapat membantu mengurangkan risiko mendapat mata kering atau menjadikannya lebih buruk. Anda boleh melindungi mata semasa bermain sukan seperti motosikal, menunggang ataupun bermain ski dengan memakai kaca mata pelindung.
Menambah asid lemak dalam diet
Asid lemak Omega-3 terbukti dapat mengurangkan simptom-simptom mata kering dengan meminimakan keradangan dalam badan, terutamanya keradangan mata. Cuba makan lebih banyak makanan yang kaya dengan nutrien ini bagi membantu melegakan keadaan mata kering.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen