backup og meta

Penggaris Mata Serlah Kecantikan... Tapi Hati-hati, Silap Gaya Pakai Boleh Terkena Jangkitan!

Penggaris Mata Serlah Kecantikan... Tapi Hati-hati, Silap Gaya Pakai Boleh Terkena Jangkitan!

Bagi kebanyakan wanita, eyeliner sudah dianggap sebagai alatan ‘ruji’ dalam aplikasi solekan. Digunakan untuk menambahkan definisi pada kontur mata, ia juga hadir dalam pelbagai bentuk dan warna. Tapi, benarkah memakai eyeliner sebenarnya berbahaya untuk kesihatan mata?

Semasa sedang fokus menggunakan maskara dan penggaris mata, risiko jangkitan yang berupaya dipicu oleh produk kecantikan kegemaran anda ini mungkin tidak akan terlintas di fikiran.

Namun tahukah anda, wujudnya ‘sarang’ bakteria dan kulat tersembunyi di sebalik alat solek mata itu? Ngerinya!

Tenang dulu, perkongsian ini bukan bertujuan untuk memangkah penggunaan penggaris mata atau yang sewaktu dengannya…

Secara ringkasnya, memakai eyeliner dengan kaedah yang betul dan pengamalan teknik kebersihan yang baik, memainkan peranan penting dalam mencegah potensi jangkitan mata!

Ingin tahu dengan lebih lanjut? Teruskan pembacaan!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Mata, sila dapatkannya di sini.

Tip-tip keselamatan solekan mata

#1 Pilih produk yang selamat dan berkualiti tinggi

Solekan mata yang selamat bermula dengan produk dibeli dan bahan-bahan yang terkandung di dalamnya.

Tisu pada kelopak mata kita sebenarnya adalah yang kedua ternipis dan sangat sensitif berbanding kulit di bahagian badan lain.

Menurut pakar, elakkan daripada memakai eyeliner dan maskara yang bersifat kalis air kerana ia sukar dicuci.

Jika tidak dibersihkan dengan betul, ia berupaya merengsakan kawasan mata lantas memicu jangkitan!

Periksa juga faktor alergen dalam bahan solek, ia selalunya terdiri daripada bahan pengawet seperti formaldehyde, parabens, Balsam of Peru atau logam berat seperti nikel dan krom.

Sekiranya anda mengalami reaksi alergi, segera cuci kesan solekan dan gunakan kompres sejuk untuk mengecutkan pembengkakan.

#2 Mengaplikasi solekan dengan berhati-hati

ibu mengandung pakai alat solek

Ketika mengenakan penggaris mata, pastikan untuk menghindari garis di bahagian dalam kelopak mata (waterline).

Menurut Dr. Ritesh Patel, Pakar Optometris di See & Be Seen Eyecare di Toronto, apa sahaja yang diletakkan di sepanjang bulu mata atau garis kelopak mata berisiko untuk masuk ke dalam mata.

Selain itu, tip menggunakan pengepit bulu mata pula, kepitkan bulu mata terlebih dahulu sebelum memakai maskara agar ia kekal bersih.

Elak gunakan pengepit bulu mata yang diperbuat daripada nikel jika anda sensitif terhadap logam berat.

#3 Buang alat solek mata selepas 3 bulan

Ya, perihal ini sering kali terlepas pandang, namun pemakaian makeup mata yang berusia lebih daripada jangka hayat dikatakan berupaya menyebabkan jangkitan!

Saranan pakar, jika kalian tidak pasti dengan jangka hayat suatu produk kosmetik, pastikan untuk menyingkirkannya selepas 3 bulan penggunaan.

Penggunaan alat solek yang sudah expired hanya akan meningkatkan kemungkinan bakteria atau kulat untuk terbentuk.

Lebih-lebih lagi jika dipakai secara langsung ke kawasan mata, maka tidak mustahil untuk kalian mengalami jangkitan mata yang serius!

Salah satu kaedah yang sangat mudah diamalkan untuk mengingatkan diri akan jangka hayat suatu produk, letakkan label tarikh pembelian dan anggaran waktu ia harus dibuang.

Senang saja, kan?

#4 Mata sensitif memerlukan kosmetik hypoallergenic

Jika anda sememangnya mempunyai sejarah alahan atau mata yang sensitif, pakar menyarankan untuk menggunakan alat solek mata yang bersifat hypoallergenic agar risiko kerengsaan dapat dielakkan.

Hypoallergenic, juga sinonim dengan ‘di bawah purata’ atau ‘kurang’ alergenik, bermaksud bahawa bahan tersebut dipercayai hanya akan menyebabkan reaksi alergi yang lebih sedikit berbanding produk lain.

Saat memilih alat solek, perhatikan label dengan teliti untuk mengenal pasti produk yang dicipta khas bagi mata sensitif.

Dengan lambakan jenama solekan di pasaran, anda pasti boleh mendapatkan kosmetik yang selamat, bebas alergen dan hypoallergenic.

#5 Elakkan berkongsi alat solek!

Ya, selepas sudah berbelanja besar membeli produk kosmetik terbaharu, anda pastinya ingin berkongsi memakainya dengan rakan atau ahli keluarga, kan?

Tetapi, perlu kalian fahami, apabila berkongsi alat solek, ia bermaksud anda turut berkongsi bakteria!

Perihal ini mungkin tidak menjadi masalah, sehinggalah anda dan rakan mengalami jangkitan yang sama.

Oleh itu untuk mengelakkan perkara sebegini terjadi, adalah disarankan untuk tidak sesekali berkongsi alat solek, terutamanya makeup mata seperti penggaris mata dan maskara, okey?

#6 Baca label dan elakkan bahan berbahaya

kecantikan

Memberikan perhatian terhadap label ramuan pada alat solek yang ingin dibeli amat mustahak!

Sebagai contoh, kohl, produk yang digunakan dalam solekan mata di negara lain, dikaitkan dengan isu keracunan plumbum dalam kalangan kanak-kanak.

Bahan lain yang harus dielakkan termasuk talkum, BHA (butylated hydroxyanisole), urea, sulfat dan phthalates.

Sebahagian daripada bahan ini berfungsi sebagai pengawet, penstabil atau agen anti-caking, tetapi ia juga mampu merengsakan kulit atau dikaitkan dengan risiko kanser dalam jumlah yang besar!

Rumusan

Akhir kata, jika anda mengalami sebarang isu dengan makeup mata; kemerahan, kesakitan, kerengsaan, atau perubahan penglihatan, hentikan penggunaan semua produk kosmetik dan temui doktor mata dengan kadar segera!

Pemakaian dan pengamalan teknik kebersihan solekan yang salah berisiko merosakkan mata anda, jadi berhati-hatilah semasa menggunakannya.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. https://health.clevelandclinic.org/eyeliner-bad-eyes-keep-makeup-harming-health/
  2. https://medlineplus.gov/eyeinfections.html
  3. https://wexnermedical.osu.edu/blog/eye-makeup-risks
  4. https://lifestylecollective.org/2019/10/28/mascara-the-good-the-bad-and-the-downright-ugly/
  5. https://www.urmc.rochester.edu/encyclopedia/content.aspx?ContentTypeID=1&ContentID=724#:~:text=The%20main%20danger%20with%20sharing,with%20your%20eye%20care%20provider.

Versi Terbaru

15/09/2021

Ditulis oleh Nisreen Nadiah

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

Maskara atau Sambungan Bulu Mata?

Ketumbit Boleh Berlaku Di Atas & Bawah Kelopak Mata! Mana Lebih Berbahaya?


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 15/09/2021

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan