Manakala jangkitan pada kelenjar Meibom pula akan menyebabkan kondisi bernama Hordeolum Internal yang akan mengakibatkan ketumbit pada dalam kawasan kelopak mata.
Jika terjangkit kuman pada kelopak mata, ia akan menyebabkan rasa sakit, pedih dan gatal selain dipenuhi dengan nanah.
Ia boleh berlaku pada mana-mana kawasan kelopak?
Seperti yang telah kami nyatakan di atas tadi, memang benar bahawa ia boleh berlaku pada mana-mana kawasan kelopak mata.
Kebiasaannya, jangkitan ini boleh berlaku kepada dua bahagian luar pada kelopak mata yakni di bawah dan di atas.
Ia juga selalu terjadi pada sebelah mata sahaja namun ada kemungkinan boleh berlaku pada kedua-duanya secara serentak.
Berfokuskan pada ketumbit bawah mata serta atas mata pada kelopak, ia adalah kondisi yang bernama Hordeolum Eksternal.
Kondisi ini adalah disebabkan oleh jangkitan kuman dan berikut adalah simptom-simptomnya:
- Kelopak mata menjadi sakit dan pedih
- Kelopak mata menjadi bengkak
- Kelopak mata menjadi gatal
- Kelopak mata menjadi merah
- Mata menjadi berair dan bertahi
- Radang kelopak mata (luaran)
- Sensitif terhadap cahaya

Meskipun kebanyakan simptom hanya wujud pada kawasan luar kelopak mata (sama ada di bawah atau atas), ia masih boleh membawa kepada jangkitan lebih teruk di bola mata.
Persoalannya, yang mana satu lebih berbahaya di antara ketumbit tak hilang pada bahagian kelopak bawah mata dengan atas mata?
Ketumbit bawah mata atau atas mata lebih berbahaya?
Dalam kebanyakan kes, ketumbit yang berlaku sama ada di bawah atau atas mata pada kelopak boleh hilang dengan sendirinya.
Ia juga mungkin tidak akan mendatangkan sebarang bahaya dan komplikasi lain sekiranya jangkitan tersebut dirawat segera.
Untuk menjawab persoalan ini, kedua-dua jenis ketumbit sama ada di bawah mata atau atas mata pada kelopak adalah mungkin tidak berbahaya.
Meskipun begitu, ini bukanlah bermakna kalian hanya perlu membiarkannya sahaja kerana ada kemungkinan ia adalah gejala penyakit berbahaya yang lain.
Jadi, apa yang anda boleh lakukan jika terjadinya ketumbit tak hilang pada kawasan sekitar kelopak mata ini?
Apa yang penderita boleh lakukan?

Paling penting, anda perlu terus berjumpa doktor untuk menjalani diagnosis bagi menentukan jenis ketumbit yang dialami.
Ujian pada mata akan dilakukan dan kemudiannya anda mungkin akan diberikan ubatan atau rawatan bergantung pada jenisnya.
Kebiasaannya, ketumbit bawah mata atau atas mata pada kelopak akan pulih dengan sendiri selepas beberapa hari.
Sementara itu, ada beberapa tip umum yang kalian boleh cuba untuk merawat kondisi ini iaitu:
Sekiranya ketumbit pada luar kelopak mata ini masih tidak hilang selepas beberapa hari, prosedur pembedahan untuk membuangnya mungkin perlu dilakukan.
Untuk mengelakkan sebarang komplikasi lain akibat keadaan kesihatan mata ini, segera berjumpa doktor untuk rawatan lanjutan okay!