backup og meta

Sambungan Bulu Mata, Suatu Trend Yang Mencantikkan Tetapi Turut Memudaratkan?

Sambungan Bulu Mata, Suatu Trend Yang Mencantikkan Tetapi Turut Memudaratkan?

Pada zaman dahulu, maskara amat penting bagi memastikan bulu mata kekal rapi. Namun berbeza kebelakangan ini apabila wujud alternatif baru iaitu teknik sambungan bulu mata (eyelash extensions).

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Mata, anda boleh klik di sini.

Apa hukumnya dalam agama islam?

Sebelum pergi dengan lebih lanjut, haruslah kita semua tahu perkara penting ini terlebih dahulu. Sebenarnya, hukum menggunakan extension bulu mata dalam islam adalah haram untuk orang muslim!

Pun begitu, tidak menjadi masalah buat anda yang bukan Islam untuk menggunakan alat solek ini memandangkan ia memang benar mampu mencantikkan mata. Namun, benarkah ia akan memudaratkan?

Apa itu sambungan bulu mata?

Terdapat pelbagai cara untuk memastikan penampilan bulu mata kekal lama. Penggunaan maskara adalah yang paling mudah dan tidak melibatkan kos yang tinggi.

Kaedah lain termasuk penggunaan bulu mata palsu, pemindahan bulu mata (eyelash transplants), solekan kekal atau farmaseutikal yang menggalakkan pertumbuhan bulu mata.

sambungan bulu mata

Secara teknikal, penyambung bulu mata adalah berbeza dengan kategori ini.

Penyambung ini adalah serat tunggal dan bukannya jaluran bulu mata yang dilekatkan satu per satu atau dalam kumpulan kecil ke bulu mata semula jadi anda untuk meningkatkan penampilannya yang panjang dan penuh.

Kebanyakan bulu mata diperbuat daripada serat sintetik seperti nilon yang diikat menggunakan pelbagai jenis gam profesional.

Manakala sutera adalah bahan lain yang digunakan untuk sambungan ini. Malah, ada juga bulu mata yang diperbuat daripada bulu haiwan.

Biasanya penyambung bulu mata menggunakan penyepit kecil dan gam separuh kekal yang dirumus khas. Prosedur ini boleh mengambil masa selama dua jam, dan mata anda kekal tertutup selama tempoh prosedurnya.

Hasilnya biasanya kekal tiga hingga empat minggu dan kemudiannya kembali sebagai bulu mata semula jadi.

Apa bahaya sambungan bulu mata?

Kesan penyambung bulu mata biasanya tidak disebabkan oleh penyepit kecil (tweezers). Sebaliknya adalah disebabkan oleh gam yang digunakan untuk mengikat sambungan sintetik di tempatnya.

Ini kerana ia sering mengandungi formaldehid atau bahan kimia lain yang boleh menyebabkan kerengsaan dan reaksi alergi.

sambungan bulu mata

Artikel yang diterbitkan dalam Consumer Reports membincangkan mengenai beberapa kes yang mana pesakit mengalami jangkitan dan tindak balas alergi terhadap pelekat berasakan formaldehid yang digunakan untuk sambungan ini.

Akademi Oftalmologi Amerika (AAO) juga bertindak balas terhadap laporan yang memberi amaran kepada pengguna mengenai bahaya alat solek ini.

AAO menyatakan bahaya sambungan bulu mata mengakibatkan:

  • Jangkitan kornea mata
  • Jangkitan kelopak mata
  • Kelopak mata bengkak
  • Kehilangan bulu mata sementara atau kekal

Selain itu, menggosok, menyentak atau menarik boleh mematahkan bulu mata semula jadi anda dan juga menyebabkan kerosakan kekal pada folikel bulu mata.

Walaupun jarang, sambungan ini juga boleh membawa kepada serat yang terperangkap di bawah tisu mata, yang mungkin memerlukan pembedahan untuk membuangnya.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Eyelash Extension Facts and Safety, https://www.aao.org/eye-health/tips-prevention/eyelash-extension-facts-safety, Accessed Oct 23 2023.
  2. Are Eyelash Extensions Safe? Risks & Benefits, https://myvision.org/eye-health/eyelash-extensions/, Accessed Oct 23 2023.
  3. Eyelash Extensions: Your Eye’s New Best Frenemy, https://rightasrain.uwmedicine.org/body/eyelash-extension-risks, Accessed Oct 23 2023.
  4. The Health Risks of Eyelash Extensions, https://news.umiamihealth.org/en/the-health-risks-of-eyelash-extensions/, Accessed Oct 23 2023.
  5. Ask an Ophthalmologist: Are False Eyelashes Safe?, https://www.jeffersonhealth.org/your-health/living-well/ask-an-ophthalmologist-are-false-eyelashes-safe, Accessed Oct 23 2023.

 

Versi Terbaru

25/10/2023

Ditulis oleh Farah Aziz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Amy Kor

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Rimas Pakai Cermin Mata, Inginkan Penglihatan Yang Jelas? Cuba Pembedahan LASIK

Malu Keluar Rumah Sebab Mata Tumbuh Ketumbit, Ini 5 Cara Cepat Hilangkan Bengkak


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Amy Kor

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 25/10/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan