Kaum Adam mungkin pernah mengalami situasi kemaluan lelaki gatal seperti digigit semut tetapi ia bukan disebabkan oleh serangga kecil itu bukan? Jadi, apa dia punca sebenar masalah ini? Jom baca artikel untuk tahu dengan lebih lanjut tentangnya.
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Lelaki, anda boleh klik di sini.
Adakah kegatalan pada kemaluan lelaki normal?
Untuk pengetahuan anda semua, kulit adalah organ tubuh badan terbesar dan kegatalan (pruritus) itu boleh terjadi di mana-mana bahagian organ ini tidak terkecuali pada kemaluan.
Pruritus mungkin terjadi akibat pelbagai faktor risiko termasuk iritasi, infeksi, alergi serta keadaan kesihatan tertentu yang memicu sensasi dan rasa sehingga anda perlu segera menggaru kulit.
Baca lagi artikel berkaitan:
- Nak Tahu Ubat Gatal Kulit Berkesan Yang Dijual Di Farmasi? Dapatkan 3 Jenis Ini!
- 3 Punca SEBENAR Kulit Anda Masih Rasa Gatal Walaupun Baru Lepas Mandi!
- Kulit Gatal Angkara Gegata (Urtikaria), Ini Rupanya 7 Penyebab Ia Berlaku!
Lazimnya, kegatalan pada kulit itu normal kerana ia merupakan reaksi atau tindak balas automatik tubuh badan untuk menghambat di samping mengelak masalah menjadi lebih teruk.
Apabila kemaluan lelaki gatal seperti digigit semuttanpa keberadaan serangga kecil itu pada sekitar zakar mereka, ini mungkin adalah tanda bahawa wujud sesuatu yang tidak kena.
Jangan garu sampai ia merah dan parah, anda perlu tahu apa punca sebenar di sebalik masalah ini!
Ini antara punca kegatalan pada kemaluan lelaki!
Sekiranya anda menggaru zakar dengan terlampau kuat dan kerap, wujud risiko untuk ia tercedera sekali gus mengakibatkan kesakitan yang bakal menjejaskan kualiti kehidupan kita semua.
Untuk mengelakkan perkara di atas berlaku, sila periksa jika ia adalah akibat perkara yang berikut:
#1. Gigitan serangga seperti semut
Pertama, situasi kemaluan lelaki gatal seperti digigit semut mungkin berpunca akibat zakar telah digigit oleh serangga itu sendiri yang anda tidak perasan gara-gara saiznya yang kecil.
Ataupun, ia juga mungkin angkara gigitan serangga dan haiwan kecil yang lain contohnya nyamuk, hama, kutu, pepijat atau tungau. Maka, sila sentiasa berwaspada dengan persekitaran anda.
#2. Iritasi kulit angkara produk
Ada pelbagai produk pencuci atau peluntur seperti sabun yang mungkin tidak sesuai dengan kulit individu sekali gus mengakibatkan iritasi pada kulit. Ini adalah akibat bahan kimia yang digunakan di dalam produk itu bersifat menghakis atau merengsa kulit.
Dalam pada itu, penggunaan pakaian yang tidak sesuai fabriknya atau jenis juga boleh memicu kesan sama.
#3. Infeksi kulit akibat mikrob
Kadangkala, kegatalan pada kulit kemaluan mungkin didalangi oleh jangkitan mikrob seperti kulat, bakteria dan virus. Jika ia cuma dibiarkan, kegatalan yang ringan mungkin bertambah teruk malah berubah menjadi kesakitan kronik pada jangka masa panjang.
Penyakit kelamin seperti sifilis, herpes, trikomoniasis dan lain-lain turut menyumbang masalah ini.
#4. Pelbagai masalah kulit yang lain
Selain itu, kemaluan lelaki gatal seperti digigit semutini mungkin disebabkan oleh masalah kulit termasuk ekzema, dermatitis atau psoriasis yang tidak dikawal dan dirawat dengan baik.
Apa yang lebih membimbangkan adalah masalah-masalah ini bukan hanya akan menjejaskan kulit kemaluan malahan keseluruhan kawasan tubuh badan jika kondisi ini dibiarkan begitu sahaja.
#6. Mengabaikan kebersihan kemaluan
Terakhir, kemaluan lelaki gatal seperti digigit semutitu juga mungkin adalah salah individu sendiri yang cenderung untuk mengabaikan kebersihan kemaluan dan bersikap sambil lewa sahaja.
Sedangkan, kita semua sudah sedia maklum bahawa kawasan alat sulit adalah tempat yang ‘kotor’ ekoran ia adalah anggota yang bertanggungjawab untuk mengeluarkan cecair air kencing.
Bukan itu sahaja, persekitaran yang sering lembap, tertutup dan tersembunyi ini juga sangat ideal untuk dijadikan sebagai ‘rumah’ oleh serangga dan haiwan kecil serta mikrob punca gatal.
Apa individu perlu buat untuk elak & rawat?
Sekiranya anda selalu mengalami masalah kemaluan lelaki gatal seperti digigit semut, kekal tenang kerana ia adalah isu umum yang dilalui oleh ramai orang dan ia boleh dielak serta dirawat.
Antara usaha yang anda perlu cuba adalah mengelak dan merawat kesemua faktor risiko yang telah disenaraikan di atas sebelum masalah kegatalan pada kemaluan anda menjadi lebih teruk.
Dalam masa yang sama, sentiasa jaga kebersihan kemaluan anda agar tidak terdedah kepada risiko iritasi, infeksi, alergi atau keadaan kesihatan yang juga akan membawa masalah kegatalan.
Wujud kemungkinan jika kegatalan di kemaluan bukan disebabkan oleh punca-punca di atas tetapi diakibatkan oleh perkara lain. Jadi, segera jumpa doktor atau pakar kulit untuk diagnosis.