backup og meta

Lelaki, Cara Untuk Tahu Zakar Anda Sihat Dan Kuat, Lihat Pada 7 Ciri Ini!

Lelaki, Cara Untuk Tahu Zakar Anda Sihat Dan Kuat, Lihat Pada 7 Ciri Ini!

Kadangkala, lelaki itu sendiri tidak tahu jika alat kemaluan mereka berada pada tahap yang sihat, kuat atau bermasalah. Tidak perlu gusar lagi, anda juga boleh periksa ia sendiri di rumah dengan berpandukan pada ciri atau kriteria zakar sihat seperti dalam artikel ini.

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Lelaki, anda boleh klik di sini.

Kesihatan zakar lelaki daripada 4 aspek umum!

Untuk pengetahuan anda semua, setiap orang lelaki itu perlu memiliki alat kelamin dengan fungsi pada tahap optimum agar mereka mampu untuk menjalani kehidupan yang serba normal.

Alat sulit lelaki memainkan peranan yang cukup besar serta penting di dalam sistem perkumuhan dan pembiakan mereka. Tanpa zakar yang sihat, maka kehidupan lelaki juga akan terjejas.

Sekiranya anda mahu tahu sama ada alat kemaluan sihat atau tidak, teliti pada 4 aspek utama ini:

zakar sihat

Warna zakar yang sihat

Umumnya, alat sulit lelaki yang sihat mempunyai warna seakan sama seperti tona kulit seseorang itu. Bermakna jika kulit mereka cerah, maka zakar juga cerah dan begitu pula sebaliknya.

Pun begitu, lelaki juga mungkin memiliki warna zakar yang 1-2 tona lebih gelap, kecoklatan atau kemerahan berserta bintik-bintik hitam dan putih sebagai petanda wujud risiko penyakit.

Dalam erti kata lebih mudah, warna alat kelamin lelaki yang normal adalah hampir sama dengan warna kulit mereka. Jika ada perbezaan sedikit atau ketara, segera jumpa pakar sakit tuan.

Saiz zakar sihat

Berbeza bergantung kepada individu sendiri, saiz purata alat kelamin lelaki masyarakat kita adalah sekitar 5-10 sentimeter ketika sedang normal dan 15-20 sentimeter apabila sudah tegang.

Baca lagi artikel berkaitan:

Zakar bersaiz kecil yakni kurang daripada 5 sentimeter mungkin masih normal tetapi lain pula halnya jika ia terlalu kecil dan di bawah 1 sentimeter. Ini adalah kondisi dinamakan zakar mikro.

Selain genetik, hormon atau penyakit, ada banyak lagi faktor risiko yang mungkin memberi kesan kepada saiz alat sulit lelaki termasuk tabiat buruk menghisap rokok atau meminum arak.

Bentuk zakar sihat

Kebiasaannya, bentuk zakar adalah lurus sahaja tidak kira semasa ereksi atau tidak. Namun jika ia agak melengkung sedikit ke bawah, atas atau sisi, ia masih di dalam kategori yang normal.

zakar sihat

Sekiranya ia bengkok pada darjah yang agak teruk, ini mungkin petanda penyakit Peyronie! Lelaki yang lahir dengan kondisi ini mungkin akan mengalami kesakitan teruk pada alat kemaluan ketika ereksi dan seks lantas perlu menjalani rawatan lanjut.

Tekstur

Kebiasaannya, tekstur zakar adalah sedikit kasar tidak seperti kulit badan yang lain dan ada folikel rambut terutama pada bahagian batang lantas membuat ia terasa seakan timbulan biji-biji.

Seandainya mula timbul benjolan atau ketulan tidak normal pada alat kemaluan anda, ia mungkin petanda bahawa ada risiko jangkitan seksual. Dalam pada itu, ia juga adalah indikator awal kepada risiko penyakit yang jauh lebih teruk yakni kanser zakar.

Berikut adalah antara kriteria zakar sihat!

Berdasarkan 4 aspek umum di atas tadi, lelaki mungkin sudah boleh mendapatkan gambaran awal sama ada alat kemaluan masing-masing itu adalah di tahap sihat, kuat atau bermasalah.

zakar sihat

Dalam pada itu, ada beberapa ciri lain kaum Adam perlu faham untuk tahu kalau zakar tidak bermasalah:

Ciri zakar yang sihat #1. Mampu berereksi

Lelaki memerlukan ereksi yang agak kuat agar usaha untuk membuang air kecil atau memasukkan zakar ke dalam faraj ketika seks itu lebih mudah. Jika tidak, akan timbul masalah seksual lain.

Penjelasan yang paling utama untuk masalah itu adalah lelaki agak lemah libido atau mati pucuk.

Ciri zakar sihat #2. Boleh berejakulasi

Alat kemaluan lelaki juga perlu memiliki kemampuan untuk ejakulasi yang bagus agar air mani itu dapat dipancutkan atau disalurkan tepat ke rahim wanita dalam usaha merancang kehamilan.

Ada lelaki yang mempunyai masalah pengeluaran atau pengunduran air mani ke dalam pundi kencing.

#3. Menjalankan fungsi dengan baik

Apabila digabungkan kesemua perkara di atas tadi, kita dapat simpulkan di sini bahawa ciri zakar sihat paling utama adalah ia mampu menjalankan fungsinya yakni untuk sistem perkumuhan dan pembiakan dengan baik. Ini adalah perkara yang paling penting.

Jika lelaki ada sebarang masalah berkaitan dengan alat kemaluan, segera jumpa pakar sakit tuan!

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Penis health: Identify and prevent problems, https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/mens-health/in-depth/penis-health/art-20046175, Accessed Sep 6 2022.
  2. Penis health: Identify and prevent problems, https://middlesexhealth.org/learning-center/articles/penis-health-identify-and-prevent-problems, Accessed Sep 6 2022.
  3. Is My Penis Normal?, https://kidshealth.org/en/teens/penis.html, Accessed Sep 6 2022.
  4. Penis Health, https://nutritionfacts.org/topics/penis-health/, Accessed Sep 6 2022.
  5. Penis Health, https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/15666-penis-health, Accessed Sep 6 2022.

Versi Terbaru

08/09/2022

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Lelaki 'Parking' Batang Zakar Ke Atas Atau Ke Bawah Masa Pakai Seluar Dalam?

Zakar Bengkok Ke Sisi? Cuba 6 Cara Ini Agar Lurus, Biar Senang Nak Masuk!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 08/09/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan