backup og meta

Lubang Kencing Di Bawah Batang Zakar? Ini Tanda Masalah Hipospadia

Lubang Kencing Di Bawah Batang Zakar? Ini Tanda Masalah Hipospadia

Mesti ramai yang belum tahu bahawa hipospadia adalah salah satu daripada kondisi yang boleh berlaku kepada lelaki dan ia berkaitan dengan masalah pada alat kemaluan.

Dikatakan juga bahawa kondisi ini akan beri masalah kepada sistem perkumuhan dan pembiakan lelaki. Benarkah? Jom baca artikel ini untuk tahu dengan lebih lanjut.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Lelaki, sila dapatkan di sini.

Apa itu kondisi hipospadia bagi lelaki?

Lubang kencing pada alat sulit lelaki normal terletak di hujung zakar. Pun begitu, wujud juga satu kondisi yang menyebabkan lubang itu terletak di bawah batang zakar.

Kondisi yang dimaksudkan itu adalah hipospadia. Untuk pengetahuan anda semua, hipospadia adalah kelainan pada zakar yang boleh berlaku sejak bayi itu lahir lagi.

Ia akan terjadi apabila bukaan lubang kencing atau uretra yang menyalurkan air kencing daripada pundi kencing tidak terletak di tempat asal dan berada di tempat lain.

hipospadia adalah

Menurut Centers for Disease Control and Prevention (CDC), hipospadia adalah kondisi yang sangat jarang berlaku dan mungkin hanya akan terjadi pada seorang dalam setiap 200 bayi yang lahir di Amerika Syarikat!

Seperti mana yang telah kami nyatakan di awal artikel tadi, kondisi ini sudah tentu akan beri kesan yang negatif terhadap sistem perkumuhan serta pembiakan seorang lelaki.

Apa punca kondisi hipospadia bagi lelaki?

Sehingga ke hari ini, punca sebenar kondisi ini masih belum lagi dapat dipastikan secara klinikal. Namun, saintis percaya bahawa ia ada kaitan dengan mutasi genetik.

Menurut Boston’s Children Hospital, kelainan pada alat kemaluan bayi lelaki ini adalah disebabkan oleh kerosakan hormon ketika janin berada di dalam perut ibu mereka.

Dalam pada itu, faktor risiko seperti genetik, sejarah keluarga, usia hamil lewat, pendedahan zat kimia serta perawatan kesuburan juga mungkin memainkan peranan penting.

Disebabkan itu pula, pemeriksan kandungan semasa kehamilan atau selepas kelahiran itu perlu dilakukan untuk melihat sebarang gejala hipospadia adalah sangat penting.

Bagaimana mengesan kondisi ini lebih awal?

Dalam usaha untuk kesan kondisi ini dengan lebih awal lagi, para ibu bapa perlu melihat dan memeriksa alat kelamin bayi lelaki mereka bagi menilai ketidaknormalan.

hipospadia adalah

Gejala paling utama hipospadia adalah lubang kencing terletak pada bahagian bawah zakar dan bukan di hujung zakar seperti mana bayi lelaki yang normal.

Uretra bagi bayi lelaki dengan masalah ini mungkin akan wujud pada bahagian bawah yakni di sekitar hujung, sekitar pangkal atau tengah-tengah alat sulit mereka.

Selain itu juga, wujud beberapa lagi antara lain gejala hipospadia. Ia adalah seperti yang berikut:

  • Kulup pada hujung zakar hanya menutupi bahagian atas kepala zakar
  • Memiliki zakar yang agak melengkung atau membengkok
  • Mempunyai saluran atau aliran kencing yang tidak normal

Bagaimana cara untuk rawat kondisi ini?

Sekiranya kondisi ini dibiarkan tanpa sebarang tindakan berupa rawatan, maka bayi lelaki tersebut akan mengalami masa sukar di saat buang air kecil atau ketika seks.

Ada dua perkara penting yang perlu dibimbangkan terhadap bayi dengan kondisi hipospadia iaitu:

  1. Air kencing sukar untuk dikeluarkan ke tempat pembuangan yang tepat.
  2. Air mani sukar untuk dipancutkan ke dalam faraj pasangan mereka.

Dalam usaha untuk mengelakkan masalah ini daripada berlaku, maka ibu bapa perlu bertindak dengan kadar segera. Pembedahan minor alat sulit bayi adalah jalan yang terbaik.

Melalui prosedur pembedahan korektif ini, doktor akan menghiris dan membuat lubang kencing baru pada hujung zakar dan lubang kencing yang lama pula akan ditutup.

hipospadia adalah

Penting untuk ibu bapa tahu bahawa ia perlu dilakukan awal yakni pada usia bayi 6 ke 12 bulan!

Wujudkah kesan sampingan lain hipospadia?

Selain daripada dua kesan utama kondisi yakni pada sistem perkumuhan dan pembiakan lelaki, mungkin tiada kesan sampingan lain yang berlaku pada perkembangan bayi.

Pun begitu, tindakan lambat ibu bapa untuk melakukan pembedahan mungkin akan buat anak mereka terganggu dari aspek emosi terutama apabila mereka dewasa kelak.

Jadi, apa yang ibu bapa perlu buat? Jalani pemeriksaan semasa kehamilan dan selepas kelahiran untuk menilai jika wujud sebarang ketidaknormalan pada bayi anda.

Konklusinya, hipospadia adalah kondisi yang boleh diperbetulkan melalui prosedur klinikal. Apa yang penting, ibu bapa perlu bertindak dengan segera sebelum terlambat!

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Hypospadias, https://www.chop.edu/conditions-diseases/hypospadias, Accessed Apr 8 2022.
  2. Hypospadias Repair Surgery, https://www.chp.edu/our-services/urology/patient-procedures/hypospadias, Accessed Apr 8 2022.
  3. Hypospadias, https://www.urologyhealth.org/urology-a-z/h/hypospadias, Accessed Apr 8 2022.
  4. Hypospadias, https://www.childrenshospital.org/conditions/hypospadias, Accessed Apr 8 2022.
  5. Abnormal Development of the Penis/Male Urethra, http://www.meddean.luc.edu/lumen/meded/urology/abnpendv.htm, Accessed Apr 8 2022.

Versi Terbaru

21/06/2022

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Maria Stork


Artikel Berkaitan

Orang Cakap, Saiz Zakar Lelaki Gemuk Selalunya Kecil- Fakta Atau Sekadar Mitos?

Ada 2 Kategori Zakar Semasa Ereksi Iaitu 'Shower' & 'Grower', Anda Yang Mana Satu?


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 21/06/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan