3 Cara Menangani Mati Pucuk

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 01/12/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Adakah anda mengalami kesukaran menangani mati pucuk? Jangan berputus asa, terdapat beberapa cara yang boleh anda usahakan untuk menangani masalah ini.

Dapatkan pemeriksaan kesihatan menyeluruh dengan kerap

Berjuta-juta lelaki yang mengalami mati pucuk atau disfungsi ereksi (erectile dysfunction/ED) malu bercakap dengan doktor tentang simptom mereka. ED adalah gangguan yang sangat biasa dalam kalangan lelaki, oleh itu anda tidak perlu merasa malu atau enggan bertanya doktor untuk nasihat, bimbingan, dan rawatan. Walau bagaimanapun, perlu diingat bahawa ED bukanlah sebahagian daripada proses penuaan, sebaliknya boleh menjadi petunjuk yang menunjukkan bahawa ada sesuatu yang tidak berfungsi dengan baik dalam badan anda. Dalam erti kata lain, ia menandakan masalah lain yang perlu dirawat. Sebelum membuat keputusan untuk merawat mati pucuk, pertimbangkan untuk mengadakan temu janji dengan doktor terlebih dahulu, untuk mengetahui sama ada terdapat sebarang isu yang boleh menjejaskan fungsi ereksi anda.

Sekiranya anda mempunyai gula dalam darah tinggi, kolesterol tinggi, atau tekanan darah tinggi, penyakit ini menjadikan anda lebih cenderung mengalami ED. Penyakit jantung dan diabetes adalah dua keadaan serius yang biasanya dikenal pasti bermula dengan simptom ED.

Bersenam dengan kerap dan pastikan berat badan anda terkawal

Senaman adalah sesuatu yang sering diabaikan, tetapi ia memainkan peranan yang luar biasa dalam melindungi kesihatan dan mengawal berat badan anda. Utamakan  aktiviti fizikal seperti pergi ke gim, yoga, berjalan kaki, mendaki, berenang, taekwondo, berlari, berbasikal, atau apa sahaja yang membuatkan anda cergas dan fikiran anda tenang. Usahakan untuk terlibat dalam aktiviti tersebut sekurang-kurangnya 4 kali seminggu, selama 30 minit untuk setiap masa. Seperti yang dinyatakan dalam kajian yang dijalankan oleh Harvard, lelaki yang tidak mengambil bahagian dalam aktiviti fizikal adalah 41% lebih cenderung untuk mengalami mati pucuk.

Di samping itu, bersenamlah dengan kerap untuk mengawal berat badan anda. Saiz pinggang yang lebih besar sebenarnya dikaitkan dengan kadar ED yang lebih tinggi. Namun demikian, untuk memastikan proses kecergasan tubuh lebih pantas dan mudah, amalkan diet seimbang. Pastikan makanan anda mengandungi banyak buah-buahan, sayur-sayuran, sejumlah protein dan lemak yang sihat.

Buang tekanan dalam hidup anda

Dalam masalah mati pucuk, keresahan adalah punca utamanya. Dengan erti kata lain, melegakan atau menyingkirkan tekanan harian boleh membantu ereksi anda. Cuba untuk meninggalkan segala tekanan anda di tempat kerja tanpa membawanya ke rumah. Jika anda jenis yang kuat bekerja dan sering kusut dengan pelbagai perkara di fikiran, mungkin ini masa yang sesuai untuk mengubah gaya kerja atau bebanan kerja anda.

Jika anda mempunyai jadual ketat yang menuntut tenaga kerja berterusan tanpa rehat, beri diri anda peluang untuk bercuti sekali sekala. Kerja keras secara berlebihan bukan sahaja memberi kesan kepada fungsi ereksi anda, tetapi juga membawa komplikasi dalam aspek lain dalam kehidupan anda.

Sebelum mendapatkan bantuan ubat-ubatan, cubalah cara mudah tersebut. Anda akan terkejut dengan keberkesanannya. Walau bagaimanapun, dalam keadaan di mana semua usaha-usaha di atas tidak membuahkan hasil, jangan teragak-agak untuk menemui doktor untuk nasihat, bimbingan dan rawatan lanjut.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Mengejutkan! Gangguan Tidur Apnea Boleh Jadi Punca Mati Pucuk? Ini Dapatan Kajian

    Anda mungkin biasa dengar tentang apnea tidur, tetapi tahukah anda kaitan antara gangguan lena ini dengan masalah mati pucuk?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Apnea Tidur, Tidur Berkualiti 30/12/2020 . 3 minit bacaan

    Bukan Hanya Lelaki, Wanita Juga Boleh Alami KETAGIHAN Seks! Ini Ciri Orang Gila Seks

    Ketagihan seks adalah masalah yang boleh berlaku sama ada kepada lelaki mahupun kaum wanita. Ini perbezaan signifikan yang perlu diketahui.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kesihatan Mental, Ketagihan 16/12/2020 . 3 minit bacaan

    Rasa Pedih Ketika Kencing Selepas Seks? Mungkin Anda Terkena Jangkitan Saluran Kencing

    Mengalami jangkitan saluran kencing (UTI) selepas seks adalah keadaan biasa yang berlaku pada wanita. Fahami mengapa masalah ini terjadi.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Jangkitan Saluran Kencing, Urologi 16/12/2020 . 3 minit bacaan

    Biar Betul! Kalau Zakar Tak Menegang Pagi Hari Petanda Mati Pucuk? – Ini Jawapannya

    Mungkin ramai yang sudah tahu apa itu mati pucuk namun apa puncanya ya? Ada yang mengaitkannya dengan morning wood! Jom klik untuk baca lebih lanjut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Kesihatan Lelaki, Mati Pucuk 27/10/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    ubat mati pucuk

    7 Tanda Bahaya Anda OVERDOS VIAGRA, Ada Yang Sampai Sakit Masa Ereksi!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 04/02/2021 . 3 minit bacaan
    masalah mati pucuk

    Lelaki Yang Ada Masalah MATI PUCUK Boleh Cuba Herba Kambing Ini, BERKESAN!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 03/02/2021 . 3 minit bacaan
    tahan air mani

    Capai Orgasma TANPA Terpancut Air Mani? Sengaja Atau Tidak, Ini Yang Akan Berlaku Pada Anda!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 22/01/2021 . 3 minit bacaan
    mati pucuk bagi lelaki

    Hubungan Kelamin Terjejas, Ini 5 Penyakit Kronik Yang Boleh Buat Suami Mati Pucuk

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 07/01/2021 . 3 minit bacaan