backup og meta

Malu Ada Masalah Ereksi Semasa Bersetubuh, Ini Tabiat Yang Harus Dielakkan

Malu Ada Masalah Ereksi Semasa Bersetubuh, Ini Tabiat Yang Harus Dielakkan

Terdapat banyak perkara yang boleh menyebabkan masalah ereksi lelaki. Jadi, apakah yang patut anda elak sekiranya tidak mahu kebolehan untuk mendapatkan ereksi terganggu? Artikel ini akan memberi anda maklumat lanjut berkaitan persoalan ini.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Lelaki, sila dapatkannya di sini.

Masalah ereksi lelaki, elakkan 6 perkara ini 

Makanan manis atau pencuci mulut

Walaupun aneh bunyinya, tetapi pengambilan pencuci mulut yang manis dengan kerap, boleh mengganggu keupayaan anda untuk mengekalkan ereksi.

Ini kerana peningkatan paras gula dalam darah akibat daripada pengambilan makanan manis seperti pencuci mulut akan merangsang rembesan hormon insulin yang akan menekan penghasilan hormon testosteron.

Hubung kait gula-insulin-testosteron ini juga menjelaskan kenapa selepas kita bangun dari tidur (tempoh panjang tanpa makanan), kita akan mengalami ereksi awal pagi secara semula jadi.

Masalah ereksi lelaki – Tidak cukup tidur

masalah ereksi lelaki

Tidur yang nyenyak dan mencukupi adalah sangat penting bagi tubuh badan dan juga minda. Menurut kajian yang melibatkan pelajar lelaki dari University of Chicago, jika seseorang itu tidur sekitar 5 jam atau kurang, paras testosteron mereka akan turun sebanyak 10%.

Tidur yang mencukupi adalah penting dalam penghasilan hormon testosteron. Justeru, dapatkan sekitar 8 jam waktu tidur sehari bagi meningkatkan keupayaan anda untuk mendapatkan ereksi yang memuaskan.

Minuman soya

Soya adalah sumber protein yang baik khususnya untuk mereka yang mengamalkan diet vegan. Walau bagaimanapun, pengambilan soya yang terlalu banyak, sebagai contoh, hidangan minuman dan juga makanan berteraskan soya yang banyak dalam hidangan harian, boleh mengakibatkan masalah ereksi.

Masalah ereksi lelaki – Merokok

kesan-merokok

Merokok adalah perkara yang jelas dan nyatanya berbahaya untuk kesihatan. Khususnya, merokok merosakkan dinding salur darah – salur darah badan, termasuklah salur darah yang membekalkan darah kepada zakar.

Apabila berlaku kerosakan salur darah yang mengakibatkan sekatan salur darah, bekalan darah akan disalurkan ke organ-organ penting badan manakala zakar adalah antara bahagian yang terakhir mendapat bekalan darah yang mencukupi, walaupun dengan rangsangan seks.

Tambahan lagi, merokok turut mempengaruhi wanita juga dengan mengurangkan rasa nikmat mereka ketika bersetubuh.

Ubat Anti-murung

Antara perkara yang mengganggu keupayaan untuk mendapatkan ereksi, ubat anti-murung adalah salah satu daripada perkara yang mengungguli senarai tersebut. Sesetengah ubat anti-murung seperti Lexapro, Prozac dan juga Paxil berupaya untuk menurunkan nafsu syahwat dan juga melambatkan ejakulasi.

Dadah rekreasi

Menurut Dr, Mohit Khera, Professor Madya dalam bidang Urologi dan pengarah Andrologi di Baylor College of Medicine, bahan-bahan yang membawa kepada rasa khayal seperti kokaina (cocaine), methadone atau marijuana berupaya untuk menyebabkan masalah ereksi lelaki.

Sekiranya anda mengalami masalah berkaitan ereksi, semak semula diet dan juga tabiat anda kerana mungkin ada perkara yang anda lakukan tanpa anda sedari, mengganggu keupayaan untuk mengekalkan ereksi.

Sekiranya anda masih mengalami masalah berkaitan ereksi, disarankan agar anda berjumpa dengan doktor. Lebih lama masalah ini dibiarkan tanpa bantuan pakar, lebih teruk dan bahaya jadinya.

Hello Health Group tidak memberi nasihat perubatan, diagnosis ataupun rawatan.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Erectile dysfunction. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/erectile-dysfunction/symptoms-causes/syc-20355776. Accessed 12 May 2022.
  2. Erectile dysfunction. https://www.niddk.nih.gov/health-information/urologic-diseases/erectile-dysfunction/symptoms-causes. Accessed 12 May 2022.
  3. Erectile dysfunction. https://www.urologyhealth.org/urology-a-z/e/erectile-dysfunction-(ed). Accessed 12 May 2022.
  4. Natural remedies for erectile dysfunction. https://blackdoctor.org/9-tips-to-grow-your-hair-overnight/?utm_source=Bing&utm_medium=cpc&utm_campaign=BDO_Hair_Search_GrowHairOvernight&msclkid=083089ab802814b490eeebd0609ed926. Accessed 12 May 2022.
  5. To overcome erectile dysfunction. https://www.health.harvard.edu/mens-health/5-natural-ways-to-overcome-erectile-dysfunction. Accessed 12 May 2022.

Versi Terbaru

12/05/2022

Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Nurul Halifah


Artikel Berkaitan

Ini Bagaimana Keinginan Seksual Mempengaruhi Wanita Semasa Hamil

HIV Tersebar Melalui Seks Bebas, Tapi Benarkah Gigitan Nyamuk Juga Boleh Sebarkan Virus Ini?


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab · Disemak pada 12/05/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan